Friday, 1 June 2012

masa dah sampai

esok bermula hidup aku yang baru. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.

debar dia hanya Dia yang tahu, cuak dia hanya Dia yang faham, sedih dan sebaknya hati aku hanya Dia yang mampu beri ketenangan.

ya Allah permudahkan urusanku, langkah hidupku, perjalanan dalam menggapai cita cita ku. amiin

"semua kau nak bawak, kang kau menyesal"

"nak pergi berapa tahun ni? pindah rumah?"

"haa jangan balik rumah lagi dah bawak barang macam nak lari rumah"

"bawak je semua husna, bawak lagi"

haaa itulah kata kata ahli keluarga aku masa aku bawwa barang. ah aku takesah. aku firstime jauh camni, dahla lama. harap memahami hahahaha :P

goodluck budak UiTM. lepasni aku jd dak UiTM la ni ahhaha. doakan aku dan rakan rakan. adios!

Wednesday, 23 May 2012

negeri keropok lekor

assalamualaikum, bismillah

syukur alhamdulillah, masih bernafas. diberi kesempatan utk update blog. syukur lagi sebab apa yg aku post sebelum ni, aku dapat. alhamdulillah. AllahuAkbar. itu je yg mampu aku lafazkan setiap hari. bersyukur yg amat. teramat sangat. 

apa yang aku impikan semakin hampir, tapi ranjaunya semakin berduri. aku tahu tu. tapi satu je yang tak kena, tempat dia bertukar -,- jadi negeri keropok lekor pulak. bukan atas pulau dah ni. jujurla, aku tak berapa senang dgn tempat yg diatur ni. aku susah terima. masa mula mula cek UPU, dah sujud syukur dah dapat kulinari. alhamdulillah, tapi, utk tahu mana kampusnya, esok kena cek keesokan harinya pulak. lagi satu debaran. bila dah esoknya, cek dapat DUNGUN. yes, im happy :D hehehe. nampak tak kepalsuan dia disitu? 

Allah sendiri dah kata "mungkin apa yang kamu suka tidak baik bagi kamu, dan apa yang kamu tidak suka baik bagi kamu.........." aku hanya reda. pasrah dengan ketentuan Ilahi. aku hanya mampu sujud dan bersyukur :) aku tahu inilah aturan yg terbaik dari Dia. memang pada mulanya aku sedih, menitis airmata memikirkan tempat aku yg sgt jauh dari keluarga. salah satu pengangkutan utama utk ke KL adalah bas. aku sangat takut. macam macam aku fikir. tapi disebabkan cita cita dan impian yg menggunung. aku ketepikan tu semua

aku tahu aku boleh. kakak aku, si 'petunjuk' tu ada mesej "jangan nak melepak je dgn kawan kawan, belajar sikit susah" amekaw sedebuk aku dapat. memang, semua pendebat mulut kalau dah sekali cakap memang pedih. tp yang ni tak cakap pun pedih. haha. tersentap jiwa raga aku. memang aku anak perempuan last, beza aku dgn adik aku lelaki 7tahun. tipula kalau aku tak manja, memang for sure aku homesick punyalah nanti.. nak nak lagi aku ni mana pandai berdikari. serious. tula kelemahan aku paling besar rasanya. kot la. mana pernah jauh2 lama lama. tak pernah. takut sangat nak jauh dgn family ni :(
mohon kekuatan dari-Mu

aku dah dapat bayang dah, nanti dekat U nak makan tade pergi dapur cek peti sejuk. kena pergi kantin/kedai beli makanan. BELI BUKAN FREE yea. nanti nak tengok tv mcm biasa dkt rumah ni, mana ada dah. nanti nak pergi tandas sejengkal je dkt rumah ni, mana ade dah dkt U. tade dah. tadapat bayang aku nak pergi tandas pukul 2 3 pagi camne. dahla perut aku suka meragammmmmmm. heeeeiii serrrrrraaaammmmmmmmmmmm!! makin fikir makin menjadi. jadi aku akan gunakan pendekatan WATLEK WATKOOL :D *hokmu

tapi, lagi sekali. sebabkan IMPIAN DAN CITA CITA yang menggunung serta nak hadiahkan segulung ijazah utk abi umi, aku kan tempuhi ranjau ni satu persatu dengan berhati hati. aku AKAN! ni tekad. aku akan belajar bahasa France, impian aku dapat bekerja sana atau jejak sana. itu je :) cepat aminnnkaaaannnn hehe. ada la lagi impian lain, tapi tak termasuk la dkt sini

dah cukup panjang aku bebel, aku mohon kekuatan dari-Nya. pinjamkan aku kekuatan itu. mohon aku pandai bawa diri dan pandai pilih kawan. semoga aku dapat jumpa kawan kawan yang baik dan sekepala :) semoga aku dapat roomate yg memahami dan baikhati :) amin amin yaRobbal'alamiiinn

untuk kawan kawan yang dah masuk U dan bakal masuk U/matriks semoga kita berjumpa lagi. moga kita jumpa lagi dengan karier masing masing hehe. macam awal sangat pulak moga aku ni. doakan saya dan rakan berjaya harungi ranjau baru dan berjaya hendakNya. amiin

walau kita jauh, hati kita selalu dekat. walau awak di utara saya di timur inshaAllah ada masa bertemu lagi :)


UiTM DUNGUN, TERENGGANU HERE I COMEEEEE! :D



okay, nantikan post seterusnya.

menanti,
KAHK


Monday, 30 April 2012

seronok kan bulan baru?

salam :)

alhamdulillah. mungkin ini bulan penentu kepada saya, dan rakan rakan ataupun tidak. yang pasti, aku akan redha. inshaAllah.

aku sentiasa menanti. aku sendiri taktahu apa yang aku nantikan. tapi, information hp aku pun "waiting". aku masih takfaham. takpe, aku tunggu je.

semoga apa yg saya dan rakan rakan harapkan, akan tercaapai. saya tahu, semua pun rasa macamtu kan. lepasni masing masing bawa diri, ikut haluan utk capai cita-cita. macamtu jugak saya.

jadi, ini impian saya.



ye, UITM Pulau Pinang. sangat sangat harap dapat masuk sini. sila AMINKAN sekarang!




hallamaakk bila la dapat jejak kan? 



dan, akhirnya. inilah jurusan yang saya mahukan. "Cullinary Art". AMINKAN lagi sekali. thankyou :') *gambar cilok maa


dapat tengok baju pun dah cukup lega, teruja. pakai apron je pun dah serrronok taw. sy dh dapat pisau kecil sbb haritu ada masuk kelas memasak bersama Chef Sabri Hassan. haih lagila eksaited. hanya Dia yang tahu.




dan untuk awak, semoga maju jaya! :)

hidup mesti akan lebih seronok bila semua yang kita inginkan akan tercapai, inshaAllah. utk semua, semoga maju jaya! teruskan impian, dan cita cita :)

"Know what you want, Follow your dream, Dont give up, Pray harder"


mohon maaf utk semua kesilapan. doakan saya, dan semoga semua impian anda tercapai!

sekian utk harini,
KAHK

Saturday, 14 April 2012

ini satu cerita yang mengharukan

salam :)

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi utk semua kenangan manis, indah, pahit, payau yg pernah aku alami. yg paling penting, sbb masih bisa bertemu dgn hari bertuah ini.

REUNION MAFIA 5 SAAD ABI
WAQAS.


Mungkin org pelik, kenapa perlu 'mafia' tu? jujurla, saya pun taktahu. tiba tiba ada group dkt fb nama dia 'mafia 5 saad' dan itu adalah kelas saya! uuu pada mulanya, saya tak suka dgn 'mafia' nampak mcm ganas, terlalu 'game' dan... tak menggambarkan langsung ciri ciri ahli kelas kami! langsung! saya serious ni...

nk tahu apa ciri-ciri ahli kelas kami?
1- tak havoc mcm kelas form5 lain
2- sungguhlah sopan, ayu dan senyap
3- semua mcm buat hal masing masing
4- mcm tak kesah kelas lain
5- mcm tak bergaul dgn kelas lain
6- kelas ni mmg suka buat hal sendiri
7- kelas ni selalu terpinggir *sbb kelas kat bawah, kelas lain dkt tgkt3
8- ahlinya macam sikit..... terutama banin
9- banat banin mcm ..... jauh panggang dari api haha
10- penyayang, tp tak tunjuk. ego la tu semua haha

ha, tulah ciri2 kami. mcmne boleh dpt title 'mafia' tu kan? saya pun pelik. gila gila pelik. tp bila fikir balik, mengikut pendapat saya, itulah ciri2 kami sebenarnya. dalam diam, kami mampu memimpin org lain, contohnya pelajar mithali banatm dari kelas saya. paling tak percaya, ketua dan penolong kelas terbaik/contoh adalah dari kelas saya. nampak tak maknanya? senang cerita, semua sibuk la dlu, segan nk tunjuk sayang kelas, tapi dalam diam semuanya sebenarnya rapat... haha. aku dah pening apa aku type

saat-saaat yang mengharukan bila...

Guru kelas kami 'form4' dlu, Cikgu Wasitah Hassan aka grandma aka permaisuri mafia hehe minta buat reunion, dan beliau sendiri menyatakan hasrat utk belanja kami makan sate. kami tanpa melengahkan masa terus buat reunion, hasilnya :") beginilah hehe



sayang semua, semua. tanpa anda, siapalah saya nak duduk kelas sesorang :')

cukup2 je kerusi utk yang datang haha




nampak tak permaisuri hati kami? :''D

salah satu ucapan dari rakan sekelas : ''mungkin lepas ni susah nak jumpa, tak buat reunion kat rumah aku dah. semua dah pergi jauh-jauh..."

pesan cikgu pula : "kamu dah dapat mana mana, jangan lupa contact cikgu. bagitahu ckgu, jangan lupa cikgu, jangan lupa contact cikgu........'' okay cikgu, inshaAllah :')

p/s : akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA SEMUA MAFIAN DAN SEMUA :) jumpa lagi kelak dgn CERITA baru. jangan lupa MAFIAN!

yg seronok harini,
KAHK

Thursday, 8 March 2012

aku pegang satu beban

assalamu'alaikum

aku pelik, kenapa mesti aku ya yang galas ni semua?
aku tahu, takde sape yg tahu selain aku dan Dia.

kalau pun 'beliau' tahu, adakah 'beliau' dikira seorang yg dayus?
dan aku pula dikira sebagai apa? pengecut, penakutt?

ya, secara jujurnya aku memang penakut dan pengecut. sebab benda ini semua membabitkan kebahagiaan sesuatu institusi. institusi yang sangat penting.

"aku kalau ada orang nak ambil, aku pergi je" - apa benda ni? ni apa benda ni?

sekarang ni, kalau betul sayangkan 'kami' , 'dia' takkan buat perkara macamtu.
im serious bro.
and, kalaupun betul2 sayangkan 'beliau', kenapa masih mengungkit cerita lama, kenapa tidak berusaha semampu yg mungkin?

ya, aku tahu 'dia' mungkin sudah penat. memang layaknya 'dia' peroleh kebahagiaan sekarang. tapi ingatla balik janji Allah. disebalik kesusahan pasti ada kesenangan. kenapa mesti ambil jalan mudah? pleasela, 'anda' ada jawatan yang hakiki. 'anda' pasti dengan 'orang' tersebut? yang entah mana asal usulnya. pasti??!

secara jujurnya, aku sendiri takpasti sampai kapan aku akan terus betah utk menahan benda ni semua. aku taktahu.
yg aku tahu, semuanya demi 'kita'.

aku takkan jadi 'penghancur', tapi kalau aku tak dedahkan, mungkin satu masa akan 'hancur' jugak.
tapi.........

ahhhh! banyak sangat tapi.

aku rasa utk aku buat keputusan tu terlalu besar.

aku mungkin penakut. sebab aku takuut 'kebahagiaan' yang aku kecapi dulu akan berakhir dan tiada penyambungnya. AKU SANGAT TAKUT.

tapi apakan daya, orang seperti aku siapa nak percaya. betul tak? lebih baik aku diam, dan terus diam sambil menyaksikan 'drama' yang semakin menjadi jadi. aku kira ianya sudah tamat tahun lepas, rupanya masih bersambung. astaghfirullah

andai orang tahu apa beban yang aku tanggung sekarang ni, mungkin mereka pun akan buat sepertimana aku. percayalah. agak laama juga aku tanggung beban ni. tak sangka dengan segala kekuatan yg aku ada ni, aku mampu hadapi sendiri. SENDIRI.

dan percayalah, 'anda' semua tidak mahu tahu. percayalah kerana anda semua tidak aakan bisa percaya.

lappy inilah yg menjadi saksi dan bukti segala 'kesaksian' yang aku lihat. tapi aku bukan manusia yg kejam. aku tak sanggup. orang buat aku, aku boleh tahan. tapi kalau aku nak 'menghancurkan' institusi ini, aku tidak sanggup.

kerna hanya Dia yang tahu betaapa aku sangat menyayangi 'mereka'.

''biar orang lihat kita takbaik, tapi hakikatnya kita baik. jangan orang lihat kita baik, tapi hakikatnya kita tidak baik" -Dr Muhaya *twitter

ini bukan aku,
KAHK

Wednesday, 7 March 2012

tahun baru. aku ditakuk lama

assalamu'alaikum semua :)

ya Allah, lama tak bersua di blog. password lama ada masalah. penulis terlupa. haiyoo. ni semua sbb spm. eceh. so alhamdulillah, bertemua kembali :)

saya rindu kawan lama saya ni. hehe.

later post,

"let bygone be bygone''

saya,
Khalidah Alhusna Kamilen

Sunday, 9 October 2011

painkiller

assalamu'alaikum blogger :)

alhamdulillah, aku sakit :) *amboi positi betul aku kan.

yeah, sakit gigi yang nak tumbuh kat belakang tu. eloklah aku sakit, kurang SIKIT bercaakaaapp. sikit jew huuu.well, semua naik hairan plus pelik bila aku diam. tula aku dah kaata aku takboleh diam.. huu. bila aku cakap dalam sakit, meke suruh senyap. ahah

serious, i need alllll the painkiller in the world. aaaaa.
alangkah indahnya hidup kalau ada jugak painkiller utk hilangkan rasa duka dalam kehidupan?
kenapa takde? huu mesti ada hikmahnya tersendiri.

ala lagipun painkiller berkesan utk beberapa jam je. bukannya selama lama nya.

now, baklaaaa painkillerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !

motif? aku sakit mulut sekarang ni.

bybyyyyeeeeeee :p

Tuesday, 4 October 2011

aku tak tahu. tak tahu

assalamu'alaikum blogger :)

serius, rindu tak terkata dengan dakdak blog :D ohyea, dulu aku mesti menangis meraung kalau tadapat update blog. now aku rase pelik pulak bila update. amboi, sampai hebah yewww ;) haha. okay then, terharu :)

aha, blog aku. pi mat aku lah nak bwtpe kannn. yeah, tanok bace janganlah type 'kekalsetia.blogspot' hahaha. aku gelak pulak bila ingat balik link aku nih. ish ish buang tebiat kan? dadidu. siapa kesah? one more thing, i dont even care kau kau nak kata apa pasal blog aku. ehhhh sukatangan akulah nak type apa ennnnn. susah pulak die yew. aaaaa? aku tak kacau ennn. kau yg saje sakitkan mata kau baca blog aku HAHAHA. so kasihan.

sampai sekarang, aku taktahu. aku taktahu aku marah siapa sebenarnya. sampai sekaran aku taktahu aku simpan something kat siapa sebenarnya. aku taktahu, tapi perasaan ni tersangatlah kuat. kuat sampai bawa mati.

aku masih taktahu kenapa kau buat aku camni. aku taktahu apa dendam kau sampai sanggup buat aku macamni. sampai sanggup tengok aku tunggang terbalik macamni. jujur, aku boleh teruskan hidup sekarang bukan sebab kaurang semua. tak langsung, aku tahu baik aku perg mamp je kan. aih. tapi aku ada skrg ni sebab aku nak tengok apa jadi kat kau lepas ni.

ye, aku geram gila nak mati dekat kau. aku tak main main langsung. sikit pun tak. aku serius. nak tengok muka kau pun aku rasa meluat. cakap dengan kau? hiuh baik aku senyap je dari cakap orang macam kau. fyi, aku takpernah kacau hidup kau. but, kau sendiri dah kacau sarang tebuan. sorry lah, aku terpaksa kacau hidup kau lepas ni.

ya, aku nak kau minta maaf kat aku. aku akan buat apa saja sampai aku puas. TAPI, nampaknya aku macam takkan puas? so, padanlah dengan muka kau. ha'ah, tade sape ajar aku jadi jahat camni. tapi kau sedar atau tak, kau yang buat aku cmni. ****** gila.

and, perkara lagi penting. aku banyak tahu pasal kau. tapi nak tahu tak? AKU SENYAP SAMPAI SEKARANG. HAHA. nanti bila aku bagitahu semua orang, kau dapatlah msg 'aku benci perbuatan kau' hahah de, baru aku puas. tapi tu tak cukup lagi okay? baru PERMULAAN LAH :)

ya ya, untuk pengetahuan kau jugak. kau dah rosakkan dua orrang punya masa depan. kau mesti bertanggungjawab dengan tu semua. kalau lah kau nak tahu, kami punyalah bersangka baik dengan kau, hormat kau, tak cakap belakang, tapi ni kau balas? eh BS lah. adeh. haha kau ingat kau bagus sangat? hmmmmmmmmmmmmmmm? baktang tunjuk :) nak jugak tengok.

haha kalau kau nak tahu, kau kurang ajar macamni lah. aku saja je nak tunjuk balik ;) aww aww best kan? haha.

selagi parut ni ada, selagi tu perasaan aku takkan berubah.

harap maklum,

Friday, 30 September 2011

wah

assalamu'alaikum blogger :)

alhamdulillah, aku masih ingat lagi password blog ni. kalau tak mesti dah lupaaa hihi.
maaf menyepi, terlalu banyak masalah dunia yang mesti diselesaikan dengan manusia yang macam macam rupa plus kerenah.

sokey, alhamdulillah. indahnya ciptaan Dia, subhanallah. selama 3 bulan menyepi, banyak sangat benda yang aku lalui dan terpaksa hadapi. seriously, semua tu mengajar aku erti kehidupan sebenar, kesabaran, kepercayaan, ketulusan, dan kefahaman.

mintaa maaf, banyak berubah sehingga harini. hati dan perasaan aku tak macam dulu. ye, mungkin berbeza. tapi ini semua sebab kau kau.

dulu bangkit jatuh tersembam bangun aku, aku sendiri. tapi sekarang alhamdulillah, kawan kawan disisi semakin memahami. ya Allah, aku mohon jangan pisahkan kami.

ambang perpisahan semakin hampir dan aku semakin takut akan hari itu. ya Allah, kuatkan ikatan hati kami semua. aku mintaa maaf, masih ada juga yang tidak faham erti sahabat. bukan pakai buang bukan bahan buangan segera. bukan bukan! bukan susah baru nak cari, senang dilupakan. BUKAN.

ye, aku bila orang marah aku, tuduh aku, aku jenis pasrah. tapi aku minta maaf, jangan terkejut suatu hari nanti aku bangkit macam rakyat mesir berontak. serius jangan terkejut kalau hari tu aku cerita semua dan aku jamin ada yang boleh kena heart attack. sumpah tk tipu, kan dah main sumpah menyumpah. aih.

aku banyak simpan, semua demi keluarga aku. tapi yang aku terima sebaliknya, aku tetap bersyukur alhamdulillah. tapi jujur, sekali kena selamanya terasa. aku minta maaf. ye aku ni lebih baik pergi mamp je kan. tapi kenapa tak lagi? mungkin sebab aku kena settlekan masalah dulu atau aku kena cerita semua?

oh Allah, aku mohon petunjuk. lembutkan hati aku dan mereka. mahu tak mengalir mata yang melihat jari yang menaip, tulisan yang tertera. Allah, begitu lama kah aku simpan? aku tahu Kau sentiasa ada.

pesanan aku buat meereka yang berasa alim dan beriman : jangan mudah pandang rendah pada orang yang kau lihat biasa, mungkin ada benda yang mereka simpan. dan jangan pula berasa bangga dengan kedudukan dan penghormatan yang kau dapat sekarang, sebab kau takkan pernah boleh menjamin bahawa kau akan tetap macamtu juga masa akan datang. lagi satu, jangan ingat orang buat jahat takboleh buat baik kepada Allah even mereka sebut nama Allah pun kau nak pandang buruk. sedarlah, sebab adanya orang macam kau lah, mereka taknak buat kebaikan lagi. kau aku mereka dan dia, tetap sama disisi Allah. melainkan taqwa.

maaf, mungkin pedas. ye, aku wakil kepada mereka yang jahat. dan ya, AKU JAHAT. puas hati aku jadi macamni? ye tepuk tangan sepak dahi kau.

trial sudah spm mengilai. ohyeah, mari semua tingkatkan usaha. hihi caiyok2!

semoga berjumpa lagi, wassalam.

penuh kerinduan,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Wednesday, 29 June 2011

debarnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

salam.

bermula 30 Jun - 3 Julai 2011 saya dan pasukan debat sekolah akan pergi ke Debat Musleh. sekolah saya pernah menjadi Juara bagi musim yang pertama. apa yang saya harapkan cuma saya dan pasukan kembali berjaya menjulang kejuaraan tersebut.

sepanjang hari saya berdebar, tak tahan nak terkucil je sepanjang masa. bila orang sebut goodluck, airmata pun mula lah berlinang :') maklumlah tahun akhir ni feeling dia lain sikit. saya harap pasukan saya berjaya.

Allah..

kami telahpun bertawakkal dengan usaha-usaha yang kami lakukan. Kau berikanlah kemudahan kepada pasukanku. amiiinn..

pasukan saya yang paling cool, NAJAT dan MUAZ selamat beraksi ye :) kita boleh inshaAllah.

TERIMA KASIH SANGAT SANGAT KEPADA CIKGU AZZIEEE, KAK HUDA, KAK DIYANA, FAHRUL, ILHAM, ABANG AMMAR kerana sudi menjadi sokongan dan pengkritik tetap kami. KALIAN HEBAT ! :D

TERIMA KASIH JUGAK KEPADA KAWAN KAWAN SAYA YANG SETIA MENYOKONG DARI MULA PERJALANAN SAYA. UHIBBUKI FILLAAAAAH ;)

*maaf takdapat post panjangpanjang, baju pun tak packing lagi -,-' hahha emosi aku mcm dah betul ahaha

yang debardebar,
khalidah alhusna :)

Sunday, 26 June 2011

hei hei

salam.

aku pelik tengok orang baik baik sekarang ni. mostly yang di sekolah tu lah. entahlah, susah nak cakap.

apa kau ingat kau orang je yang nak baik? berkejar-kejar nak baik sebab nak nama naik? heii, tolonglah betulkan niaaatt.

nak orang tengok kaaau? hei tolonglah, benda tu sekejap jelah. tak kemana pun okaaayyy.

atau kau nak ambil hadiah takrim kau bolot semua? erkk.

kenapa kau tak bimbing orang lain ke arah kebaikan jugak. semua orang pun nak jadi baik laaahhh. janganlah pentingkan diri sangat sebab nak pangkat, nama, pandangan orang semata. ingat Dia tak tanya keeee? huuu

lagi sekali, kau ingat kau sorang je nak baik??? PIRAAAAAAHHHHHHHHH

ergh,
Husna

Saturday, 25 June 2011

ILY ILY ILY

dadadiduuuudadiduuu :D







hey, aku dapat jugak jumpa kauu gemuuuuuuuuukkkk hahahhahaha :)

serious, aku happy sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat !! thankss dear. thanksss a lot. imissyou. i miss all the moment with youhhh.

banyak benda lah kita cerita. tapi kau malu malu sikit en Aimi Nadhirah Abdul Nasirr. hahaha. cool. tapi sedih je en kita lepak sekejap jeeeee. huuu SEDIH je. tapi, kita kena bersyukur sebab still dapat jumpaaaa ;)

jangantinggaltinggalkanlagi,
Khalidah Alhusna ;)

aku marah. tapi, pada siapa?

salam alaik :)

alhamdulillah. asyhadualla ila hailallah, wa asyhadu annaMuhammadarRasulullah. aku kena mengucap banyakbanyak. itu pesan dia, hamba Allah. walaupun aku benci *eh tak, takberapa suka sebab asyik aku je yang kena dalam kelas* tapi, aku suka dia bercerita, beri pesanan secara baik. aku boleh terima dgn berlapang dada. terima kasih utk hamba Allah ini. semoga Allah memberkati.

hamba Allah : ustaz, nak tanya sikit boleh?

ustaz : apa dia ? boleh je.

hamba Allah : macam mana kalau saya marah Tuhan? berdosa ke? itu murtad ke?

ustaz : kenapa? awak ada masalah apa? perasaan ke? masih tak murtad, itu cuma kufur kecil baru.

hamba Allah : apa saya kena buat untuk hilangkan perasaan ni?

ustaz : solat sunat sebelum dan selepas solat banyak banyak dan mngucap banyakbanyak.

hamba Allah : okay terima kasih ustaz, saya tanya je :)

ustaz : kenapa? awak ada masalah perasaan ke?

hamba Allah : tadepapelah ustaz, terima kasih.


Allah, itu aku dah pesan dari mula. hati kita ni Allah yang punya dan berkuasa. nampak je daripada mata kasar dalam tubuh kita, hakikatnya kadang kadang kita sendiri pun taktahu apa yang ada dalam hati kita.

astaghfirullah. aku marah. marah sangat. tapi aku sendiri taktahu nak marah kat siapa. tahpape kan? tapi, andai kata aku marah Tuhan, kenapa pulak? apa sebab aku nak marah Dia. aku yakin Dia wujud. aku percaya Dia ada. tapi kadang kadang aku rasa Dia pergi jauh dari aku. kenapaaa????

entah, aku tahu aku salah. tapi kenapa aku sendiri takut nak berpaling arah kembali? aku taktahu lah apa masalah aku. masalah iman kan.

tapayah nak tipu, aku tahu orang lain atau lebih dekat orang yang baca post ni pun ada jugak rasa macamni even sekali pun. ni pun aku pertama kali lah ni. atau maybe orang lain marah takdir atau nasib. hem, tu aku taktahu. yang penting lebih kurang je kaaaaaaan..

aku marah pada diri sendiri lah kot. kenapa biarkan diri jadi macamni. mungkin? entah, aku banyak sangat buat dosa kan.

sampai kadang aku terfikir nak bunuh diri.

berdosa ke aku?

entah, kadang kadang aku pelik. kenapa orang biarkan je aku macamni? jangan sampai aku takpercaya Tuhan, na'udzubillahiminzaalik. aku rasa ni ujian utk aku. tentang akidah, kepercayaan dan kewujudan.

berdosa ke aku? berdosa ke aku bila macamni?

someone, mari jawap persoalan aku dengan hujjah yang bernas agar diri ini kembali kepadaNya.

akuperlukanjawapan,
Husna

Tuesday, 31 May 2011

berontak barangkali.

salam :)

alhamdulillah, exam pun dah habis. cuti pun dah dapat. tapi macam tak serupa cuti pun -.-'
tapi baik syukur jelah kan.

aihh, macam manalah kan kalau betul2 jadi saat yang terakhir kat sana? seriously saya orang paliiiiingg sedih ! harap harap lah tak. huu. tapi kalau dah termimpi tu apa alamatnya ekk. haihhh.

saya tahu, iman manusia turun dan naik. saya pun sama jugaklah. saya rasa saya sedang memberontak. tapi saya takpasti kat siapa dan utk apa saya berontak. barangkali saya dah penat asyik hargai sesuatu tu tapi tadapat balik benda yang sama.

bila saya berontak barulah ada yang perasan kehadiran saya.. oh mcmtu pulak? so nak saya terus memberontak lah. takkan. hemmm, saya dah kata jangan kacau hidup saya. dulu elokelok je saya okay, then hang pi buat huru hara. memang saya kacauuuu lah kat situ. ada pulak saya buat benda benda tu? nak tuduh pi tempat lain. so sekarang saya betul2 buat, baru puas hati? sukalah saya macamni. shoott. terasa nothing uselesss.

aku orang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaling gembira dalam dunia niiiii.. !! :'(


biarlah. tengah kabut. tolonglah, iman betul betul merudum sekarang ni. yang penting, saya tahu sema orang pernah rasa macam ni kan. alah tayah nak sembunyi lah. nak tipu2 keeeee. setiap orang ada masa lemah dan kuatnya. huuuu. semoga setiap langkahku diiringi kebaikaaan.

sherabut,
alhusna kamilen :(

Saturday, 14 May 2011

speechless. crying.

salamun'alaikum.

terima kasih. terima kasih buat aku macamni.

hidup ni kalau tak dianugerahkan airmata, pasti akan terasa sia-sia kan.
hidup ni kalau tak dianugerah kawan, puunn mesti akan terasa sia-sia kaaan.

okaaayy, takpe. taktahulah nak cakap macam mana lagi. aku ni memang tak suka bergaduh. nak nak lagi berbalas mulut dengan orang. okay, debat tu lainlah. itu dapat kepuasan huhu.

entahlah, nak ikutkan ada je yang aku takpuas hati, terasa segala bagai dengan kau. tapi ada tak aku buat hal? aku senyap, aku tak cakap apa apa pun. sebab aku taknak keruhkan keadaan yang sedia baik. aku sayanglah hubungan yang aku bina. takkanlah sebab tu kau nak mcmni. matanglah sikit boleh.huuu

kalau nak cerita sebenarnya, kawan yang kau anggap kawan paling baik bagi kau tu paling banyak mengata kau. paling banyak dok cerita mcmcm.cakap macam macam. aku kesian kat kau, tapi kau ada kesian kat aku? aihh. entahlah, aku susah aku senyapsenyap je. ada pulak aku gtaw orangg? tak eennnn. ckit pun takk. sebab aku taknak menyusahkan sesape laah. aihh. entahlah, kau takdapat nak menilai permata atau kaca kot?hmm

hem, aku kesal kau tak berapa faham aku. kalaulah Tuhan bagi kau rasa sakit aku ni walau sedetik, aku tetap takkan bagi sebab aku tahu kau sendiri tak sanggup dan tak tahan nak tanggung. kalau aku cakap apa yang kau cakap kat aku kan, aku percaya mesti kau lagi saaaaakit hati. takpelah, hari aku.

walau apa pun, aku tetap sayang kau. aku harap dan aku yakin, satu hari nanti Dia akan tunjuk kat kau bahawa akulah yang paling sayang kau berbanding dengan kawan kau tu. cuma kau je yang belum nampak. Tuhan tak tunjuk lagi. dan, dengan segala cara kau buat aku macamni. takpe, aku terima. aku malas nak berhentam. kalau kau nak macamni, okay aku ikut je. tapi, dalam hati aku Tuhan jelah tahu.

akhir sekali, sabar manusia pun ada batas dan had nya. ingat tu. aku memang sedang bersabar nih. huu.

aku,
Alhusna Kamilen.

Friday, 13 May 2011

oh ya, makluman

salam salam. salam sejahtera.

oh ya,
kepada sesiapa yang sakit hati dan dengki plus iri hati dengan apa yang saya type kaann. janganlah baca okaaay? saya pun tak kebulur sebenarnyaaa.

BTW, INI BLOG SAYA. SUKAHATI SAYALAH NAK TULIS TENTANG APA PUN. KAN KAN KAN? tak silap, semua orang memang sukahati dialah nak tulis apaaaaa. fahamfahamlah yeee.

saya tak minta pun kannnnn? okayy jadi, terima kasih. boleh tekan 'x' kecik wane merah kat atas tu dan ucapkan byebye sila jangan jenguk lagiiiii..

terima kasih banyakbanyaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkk.

ikhlas dari saya,
Alhusna.

Thursday, 7 April 2011

Sesungguhnya, Allah memang sengaja..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
dengan orang yang salah supaya,
kita dapat menjadi penilai yang baik..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
dengan orang yang salah supaya kita sedar,
bahawa kita hanyalah makhluk lemah,
sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
dengan orang yang salah supaya kita dapat,
KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang Allah sengaja menemukan kita,
dengan orang yang salah supaya kita sedar,
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG,
kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah
pilihan yang hebat untuk kita,
dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang Allah sengaja menemukan kita,
dengan orang yang salah supaya kita dapat,
mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang mengalaminyaaa..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
dengan orang yang salah supaya kita lebih faham
bahawa CINTA yang terbaik HANYA ADA BERSAMA ALLAH..

Memang Allah sengaja menemukan kita,
dengan orang yang salah supaya kita
LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK SELAMANYA KEKAL..

PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya :)

Tuesday, 15 March 2011

lupakan

salamun'alaikum.

syukur alhamdulillah, dapat jugak lagi typetyeppp. seronok, memang seronok. tapi entahlaa. macam ada juga yang kurang. tapi apa yaaa?

sebenarnya, bulan Mac ni sahaja dah banyak perkara berlaku. antaranya, ujian sem satu, lagiii sukaaannn yang terakhir, then kem asas tahun ni.

rasanya tak perlu lah untuk saya menceritakan semua tu. saya pun takde moooddd nak ceritaaa.

maaflah ye, sy agak kurang meng'update' diari kedua saya nih. fahamfaham jelahkan, candidate SPM lah katakan. memang tibatiba rasa dah tade masa. tp,, on fb boleh pulak enn. wawa.

Forget love - I'd rather fall in chocolate!

yummmyyy nyumnyum :D

aahh.. kan kan? mesti bestt, serius mesti lupaaaa.

kadang hati yang bahagia juga dilanda gelora, kadang hati yang tidak lagi sepi dirundung bencana. kadang hati yang mengharapkan tidak diganggu, dengan rela membiarkannya.

hati, nampak kecil namun fungsi dan peranannya begitu besar. membawa kita kepada sesuatu arah.

saya taktahulah, saya sekarang dah jadi mcm formm treee balik. tak kisah pun tentang orang lain. tak kebulur pun mesej tak masuk. tak heran pun sorangsorang. tak peduli pun tentang perasaan. tak mati pun kalau takde pape. entah, saya nak bebas hidup dalam dunia saya. nak buat apapa boleh. tade siapa yang akan terasa. sebab tanak lah ada yang terasa hati ke apa.

serius saya dah tak kisah dah. tapi tulah, hati ni Allah yang pegang. esok lusa belum tahu lagi.

cuma sekarang, saya nak masa untuk diri saya. nak manjakan diri saya. nk mulakan hari yang baru. aha, tp tatahullaaaa..

errk, apa jenis postlh ni. pedulikan yeee. memang, kakak sy lagi best. kesah pulak? aihh. pedulilaaaaaaaa

husnaa

Thursday, 3 March 2011

mari mari keluar mengundi ;)

salamun'alaikum :D

okeh, ni adalah sampel untuk badge Batch ONESE7EN yang tersayang. anda yang sedang melihat boleh tinggalkan pesanan dan komen yang membantu. selain itu, nak tempah ke boleh lah ye ;)

untuk contoh 1 dan 2 adalah badge formal. semua akan dapat secara percuma. salah satunya akan dipilih berdasarkan undian anda yang begitu berharga :) mana paling banyak, tulah yg kita print ouuutt. okay, jangan risaaaau semua akan dapat inshaAllah.



CONTOH 1


CONTOH 2


okay, bagi badge yang ni siapa nak boleh tempah. harga belum ditentukan lagi. mungkin dalam lingkungan Rm 2.50 ke bawah.



sekian, terima kasih ;)

Thursday, 10 February 2011

percaya? oh seriuuussss.

assalamu'alaikum.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad. alhamdulillah.

Allah..

serius?
haiyo. macam dah takboleh nak percayakan semua orang. mesti ada je yang berlaku. apa penghalang semua ni?

dari pendengaran pun, saya boleh tahu.
dari penglihatan pun, saya boleh lihat.

nak percaya macam mana lagi ye?

oh okay, mungkinla saya cakap macam ni. orang pun sama, bukan nak percaya saya. okay, nevermind.

tapi,
semua orang nak tengok buktinya daripada perbuatan. kan kan? kalau betul cakap macamtu, kenapa tak buat? sukasuka dgn orang lain pula yeee..

betullah kan, kadang kadang manusia ni dah serik untuk ditipu. dah serik untuk dipermainkan. oleh itu, mereka akan lebih berhati hati dalam mempercayai seseorang.

kalau kita percaya seseorang tu sepenuh hati, jika sikit je orang tu dah buat hati kita hilang percaya even 0.5 % je. memang sampai bila takboleh nak percaya.

TAPI,
memang tak dapat dinafikan, kepercayaan masih boleh dipupuk :)

tinggal ambil tindakan atau memang dah buat tindakan?

sudah serik begini,
Khalidah Alhusna Kamilen