Sunday 26 December 2010

bukan apa apa pun.

salam :)
hai hye :O

first orang tgk saya, ''khalidah, kau ni dah banyak berubah yea? "

kali kedua orang tgk saya "betul ke ni kau? jiwa kau mmg macamni?"

kali ketiga orang usha saya "oh dia memang dah lain, dan dia khalidah alhusna lah."

daaan, kali terakhir org lihat saya, "lantak hang laaaaaaaaaaaaaaa..."

betul ke?

saya taktahu. semua tu terpulang pada masing-masing kan.. jadi, terpulanglah mahu katakan apa jua tohmahan mahupun cacian dan juga pujian. *kalau ada la.

saya rasa saya berhak minta maaf sebab sembunyikan diri saya selama ni kan?
yes, saya memang macam ni. saya memang seperti apa yang sedang anda lihat dan perkatakan. oh saya memang agak jiwang dan sentimental. malah sensitif pula. saya juga suka berkawan. saya nampak lain. saya dah tak macam dulu. dan ada lagi?

sorry to say, saya tak faham macam mana orang lain boleh sembunyikan diri mereka yang sebenar dalam tempoh jangka masa yang lama. macam mana ya? tak rasa beban ke. tak rasa menipu ke. tak rasa blablablabla ke.. ke ke ke. oh sudah biasa ya? okaayy, go on lah ehh :)

kenapa nak tipu ni?
kenapa nak sorok sorok ni?
siapa anda yang sebenarnya?

meskipun saya macam ni, saya rasa saya masih tahu mana tahapnya. okay? jadi macam tak perlulah nak emo tak pepasal ennn. semua orang tak gemarlah.

saya akui, hampir 101% dalam blog ni adalah diri saya, dari dalam hati saya, luahan bicara hati saya dan mungkin juga hidup saya. dan adalah jugak privasi kan. takdelah bod** sangat nak cerita semua. kan kan kan? dan mungkin ada yang dapat mendalami serta memahami apa yang saya coretkan. ada juga tidak, tapi cuma tahu cakap belakang. ehhh nevermind, i dont care pun :)

selagi saya tak kacau orang, saya tahulah. dan kalau ada orang nak 'kacau' saya. okay boleh jeaaaaa. tade hal pun haha.

pertamanya,
saya keliru tentang perasaan saya. oh ya. memang pun. sangat sangat keliru. semua kenangan bermain satu persatu dalam fikiran saya. setiap tindakan saya dibayangi sesuatu. setiap malam saya perlu mengalirkan mutiara demi melegakan hati sendiri. mungkin saya masih di dunia sendiri kan.

keduanya,
saya sangat sangat perlukan semangat yang baru. dan kini saya sedang mencarinya. semakin saya cari semakin lemah pula dibuatnya. kenapa ye? saya sendiri yang mencari semangat tu. sedih, susah. hem, dah takboleh ke saya bersemangat lagi. no no, saya mesti semangatkan? tolong pulangkan semangat saya ya Allah. :'( pulihkan kembali apa yang hilang. teguhkan kembali hati ini.


ketiganya,
saya rasa sekarang ni saya memang tengah hidup diselubungi perasaan sejuta satu serba salah. saya takdapat lari. saya berulang kali minta maaf. saya terdorong dengan perasaan ni. saya terdorong lalu buat macam2. dan mungkin lagi menyakitkan hati seseorang. sungguh, saya betul2 minta maaf.

keempatnya,
saya akan merindui orang orang yang telah rapat dengan saya. saya sangat merindui semua itu. bagi saya, maksud sayang itu tak sanggup kehilangannya. dan saya sayang.. tapi kenapa mesti terkepit dalam keadaan macam ni? saya tak sanggup kehilangan awak, dia dan mereka. saya yakin dan penuh percaya semua orang macamtu. tapi mungkin itu adalah pengorbanan orang lain yang telah mereka buat. terima kasih untuk itu. saya pasti tidak akan melupakan semua tu. setiap hari saya terkenangkannya.

kelimanya,
saya akan menjadi orang paling tua dirumah. saya mesti menjadi contoh kepada adik adik. dan saya rasa saya begitu kecil untuk dibandingkan dengan kakak kakak saya. mereka semua dah ada kehidupan di luar sana :') sekarang cuma tinggal saya. saya mesti belajar bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya menggembirakan hati abi dan umi. ye mungkin saya masih belum bersedia 200% lagi. tapi adalah jugak dalam 145% kan. doakan saya :) maklumlah saya akui saya masih tidak reti berdikari. ini lah perkara yang paling saya khuatiri. nanti tiada teman bicara bergelak ketawa. tinggal saya seorang. sedih memang sedih. saya nak mengadu kat siapa? bantal dan selimut jelah kan.huuu dont be sad big girrlll. waahhh. :D

dan akhirnya,
saya mula belajar kembali erti redha. redha terhadap sesuatu yang telah terjadi. sudah semestinya Dia sediakan yang lebih baik kan? ye, saya kena yakin dengan benda tu. saya akan pegang teguh dengan benda tu. saya redha dia pergi dan mula melupakan saya. saya redha saya pergi menyendiri. saya redha kalau dia dah mula melupakan saya. dan saya redha kalau kalau dia sudah pun bencikan diri saya. saya janji, saya akan redha dan terima semua tu. saya takkan bersedih-sedih lagi. kecuali jika keadaan mendesak. terima kasih hati. semoga saya lebih berhati-hati dalam menyayangi seseorang agar tiada yang terluka disebabkan saya.

ini saya,
Khalidah Alhusna :')

Thursday 16 December 2010

kita ada ikatan :')

salam :D

waaahh, semua dah post ek? dan semua orang dah tahu la ek? hoho takpa la mcmtu. takmo cerita dahh.. ahahhahaa. *touching tak pasal2 gedik tak? heee ;)

alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana bg aku peluang merasai kenangan indah dan penuh bermakna. sungguh, mana lagi sy nak dapat ni semua ni kan? heee.

mmg tak tipu la kan, banyak dugaan dan cabaran yg terpaksa sy tempuhi. tp apakan daya, saya okay2 ja :D hahaha. tadelah semuanya kan.. emo tu mmg adalah. tp kalau semua nak emo, mmg takkan gerak la kan?

bak kata Cikgu Sapinah kpd saya :

" mmglah kita akan emosi kan bila masalah tu datang, tapi sebenarnya jalan penyelesaian tu dpn mata je. diri kita yang menyusah kan keadaan, kita yang merumitkan keadaan dgn menampakkan keadaan dan masalah tu besar sgt.. padahal senang jee. jd, lepas ni bertenang jela khalidah.. "

yesssss, cikgu betul tuuuu :')

dushh, semangat sy terus menaik slps kata2 ini dilontarkan kpd saya. no need lah utk menyusahkan keadaan, menengking tak pepasal. cari pasal tak kena. kita just relax. dan buat muka redha, inshaAllah dalam hati pun redha. :)

sejujurnya sy tak punya rancangan utk menceritakan satu persatu yg berlaku di tmpt sy diambil sbgi anak angkat kan hehe. sure semua bosan punyaaaa. kan kan kan.

saya bercadang nak cerita secara rawak je. dan rawak tu pun mungkin akan melebihi karangan anda ye :) hehehee.

oh untuk perkongsian semua,
sy dapat mok yang kuat melatah dan nama beliau ialah Che' Lian :)
dan sy juga dapat aboh yang murah dgn senyumannya dan nama beliau ialau Abdul Rashid. mcm muda kan? chill.
tak lupa juga saya punyai 2 org adik angkat dan kedua2nya perempuan. sorg Ain dan sorang lagi Husna. see, nama pun sama tawww. i love Husna punya senyuman. nanti sy tunjuk okkkk.
dan sebenarnya, saya punyai seorang kakak dan 2 org abang. tapi belum lagi bersua muka mahupun berjabat tangan hehe. *eh abang takla, kakak jeww.

ada seorang makcik tu kata : " eh elok sgt kamu punya mok tu Mak Lian, kamu ni pun banyak mulut .. " eh eh makcik ni,,,, hahahaa. ok no komen. syg makcik ! lol

dan mak sy cakap bila dia tahu sy yg bakal jd 'anak' dia, : " eemmm, mok kenai dah kamu. kamu ni banyak cakap kaaan.. dri mulo mok nampak kamu... " hehee, see apalah mok ni. paham2 jeee. sayaaaaaaanggg mok ! muahmuah

pertamanya, sy dapat menunggang motorsikal dgn agak kurang cermat tapi berhemah ye ;) oh dah setahun tak bawa, dan disana setiap jam saya bawakkk. ok gurau tipu semata. itu satu hal, tp mok sy ni takkan pernah naik dgn sy. hahahaha katanya SEGHIIAAAAUUUUUUU ! ok fine mok, takpeeee :) hee

okeh itu satu hal, dan keduanya utk azillah. im SORRY syygg.. sorry. dan apa yg paling sy respect, awak mmg tunjuk muka redha dan pasrah, mmg masa tu sy rasa lain dah. dan itu sgt bagusssssss :)

semua program yg dirancang mmg okay dan seronok. tak tipu. dan jangan risau, semua program yg org lain buat pun ada cacat cela nya. so kita dah buat yg terbaik. no need to wooryy lah guys :) kita mmg terbaik inshaAllah.

apa yg palingg palingggg best sekali ialah, MAKANAN disana. yeah sangat fresshh dan sedap. dan tidak terhingga banyaknya. mok lawa makan ketam, ikan lah apalah. eish, sy ni pun pantang di lawa kan. sy pun makan jelah :D rugi taw kalau tak makaaannnnnnn..

ni ada resepi air asam. mmg cecah apa saja pun sedap :)

1. cili api
2. belacan
3. bwg besar
4. perahan limau/asam jawa

ye, apa yg perlu buat cuma potong cili api, hiris bawang. perah limau/asam jawa tu then gaulkan dgn sikit belacan. emmmm,,,, mmg UMMMMPPHHHH LAH ! heisshh, tak tipu ni. cuba lah eh. cecah dgn ketam rebus, ikan bakaq, ikan rebus, udang rebus, telur goreng pun boleh :) haa, tunggu apa lagi.

bagi saya, tak penting se 'gah' mana pun program tu takpi takda IKATAN yang terjalin, itu sudah cukup merugikan dan sia-sia. dan hasil apa yg sy teliti, mmg kami semua ada ikatan itu :')
sungguh, tak tipu. saya tengok semua org dapat rasa ikatan tu. yeh, itu yang paling penting. dan sy harap ikatan yg terjalin akan kekal.

dari ke rumah kita ke motel. hahaa. group motel mmg masyuk.

well, sy dikenali sebagai kakak emosi :) mmg oh tataw kenapa. hahaha sebenarnya sy saja je main2. mcm tbe2 tegas. kihkihkih. tp tak sangka diorang ni anggap tu sebagai satu emosi. hehe i dont care pun. aasaal kamu tersenyum :) dan sehingga harini sy digelar begituuuuu... haha.

dan ada org kata suara sy telah mengejut kan semua orang dalam motel tu. eh yeke?? hehehe tak sengaja la tuu XD

skrg ni, nak jumpa tasik pun payah dah duk KL kan. tp kalau kat sana, pandang luar rumah terus laut. kat sini, nak rasa air laut pun payah cuma hujan je. tp sy tetap bersyukur kan :) aman jugaklah kat sini even bisingggg.

dan akhir sekali, saya secara tak sengaja membawa satu pengaruh. HAHA. thats cool kan? oh bermula di Beras Terbakaq. iaitus pengaruhs ssssss. hahas. apas apas yangs kamis sebuts mestis berakhirs dengans s. ohss sayas taks sangkas lahssssssssss :S heheheh.. camna? okay ennssss..

okaylah, apa kata biar gambar yang berbicara. okayyy kaaaan.. toyyib, sila nikmatinya sambil mengunyah :)


bermula pengaruh 'S' hehe


family lah :)

okay teman temaaaaan.








inilah Husna yang sy bebelkan tu :D













segala kekurangan dan kelemahan harap dimaafkan. dan semoga kita berpeluang merasai pengalaman ini lagi :")

p/s : maaflah ye gambar byk sgt. dan post pun lambaat. saja cari feeellll.

salam sayangsayang,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Thursday 2 December 2010

akhirnyaaaaa, kami datang ! :D

saalaam :)

waaaah, dgn nada xcitednya dan teruja plus gelabahnya. wow, TAKSABAR dan TAKPERCAYA dah tiba masanyaaa. hehehe.

syukur alhamdulillah, kpd Maha Kuasa yg memberi segala kenikmatan ini. ;) terima kasih Allah.

dari awal tahun en, semua sokseksoksek cakap pasal Wafdul Amin ni. okay, buat yg takk tahu. program ini adalah program anak angkat yang dianjurkan pihak jabatan ekstra kokurikulum. ye, dan DANA semua pelajar tingkatan 4 yang akan cari sehingga secukupnya. tak kiralah dari sponsor mahu pun, sumbangan atau pun cari sendiri.

macam2 yg kami dah buat.

okla, antaranya buat jualan. basuh tandas , tempat wudhu' surau. buat karnival. buat itu ini. dan macam2 lagi. pastinya, ia akan menjadi kenangan terindah buat kami yg lebih dikenali sebagai ONeSEVEN(OS7). :) bangga je rasa.

buat seketika, dari 4dis-9dis tuan empunya blog akan lenyap dari kehidupan alam maya. almaklumlah, kita berada dia tempat orang kannn.. jadi kenalah pandai-pandai.

motif Wafdul Amin ni mudah, untuk mnyebarkan dakwah islamiah dikalangan penduduk kawasan pedalaman :) semoga terlaksana.

ini adalah keterangan lanjut bagi program Wafdul Amin :

Tempat : Kg Selat Bagan Nyior, Pulau Tuba, Langkawi.
Tarikh : 3dis-9dis 2010

inshaAllah, program akan berjalan seperti dirancang. semoga usaha kami yg sedikit ini akan memperolehi balasan yang banyak disisi Allah. :)

doakan kami sentiasa dalam berkeadaan baik, selamat pergi pulang dan dipermudahkan urusan. amiiinn.. doakan taw ! :D

sy pastinya akan merindui rumah, abi umi, adik kakak, katil tv, dan segala macam . inilah masa utk sy berdikari. byby :')

salam rindurindu,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Monday 29 November 2010

jom mula ! :D

salam :)

eh haaaaiii.. LOL xD

apa tunggu lagi?
joooooooooooooooom...............???

mula jom?

okay, program anak angkat Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak yang diberi nama Wafdul Amin. wah, untuk tahun ini akang berlangsung pada tarikh 3 dis-9dis. tak lama lagi tu kan? inshaAllah, kalau takda pape aral yg melintang, akan berlangsung di Kg Selat Bagan Nyior, Pulau Tuba, Langkawi. inshaAllah, kalau tiada halangan akan berjalan seperti yg dirancangkan.. aaaamiiinn.. :')

huh. * bukan mengeluh, menghela jeeeeeaa

now,
apa yg tak boleh dan boleh dibawak?

untuk si bunga,

BOLEHHH.

1. seluar slack. (yg tak nampak bentuk kaki)
2. tudung 3 segi. (tak boleh sempang)
3. skirt labuh.
4. pencuci muka, lotion, pelembap dan sebagainya.

TAAK BOLEHHH. ;)

1. seluar jean.
2. cardigan.
3. selendang.
4. tudung Ariani.
5. alat solek.
6. cincin yang bermata.
7. gelang kaki yang berloceng.
8. legging. *kecuali pakai dalam kain.

okeh, jom sama sama kita packing naaakkk? LOL :) saje jeee. kot ada yg ditambah kan senaang.

- telekung
-torchlight
-baju batch
-baju sukan
-kain batik !
-baju kurung
-jubah
-seluar track (2)
-seluar slack (3)
-baju tidooooo
-tudung 3 segi. *naaak bw 4 lah. haha
-tudung sekolah
-anak tudung? *hahahahaha
-ubat gigi * eh mcm tade je kat saneee.
-berus gigi
-syampooooooo
-sabun airr.
-deodorant segala macam
-sikat
-iron.. HAHA
-baju sejuukk..
-selimut?
-air
-makanan * ni mesti!
-ole2 dari sini?
-towel besar 1, kecik 1
-camerAaaaaaaaaaaaa
-charger hp & camera
-ubat2
-kasutt
-pin tudung
-DUITTTTT LOH
-stokin

aaaaaaa, aapa lagi eeeeeeeeeeeeekkk???
tolong tolongg.. haha

untuk si kumbang,

BOLEEEHH.

1. seluar jean * pakai time balik ke KL semula SAHAJA ;)
2. seluar slack * warna apa2laaah.
3. selipar. * guna time buat kerja amal/kat rumaaah je.

TAAAK BOLEEEHHH ;)

1. pakai baju yg mempunyai corak/lambang yg tidak sesuai.
2. baju yg kecil, pendek dan ketaaattt.
3. sbrg bentuk topi.
4. gitar.
5. rokok.
6. tali pinggang yg mempunyai buckle yg bercorak/lambang yg tidak sesuai dan terlalu menarik perhatian.
7. seluar pendek/ 3 suku.
8. subang, cincin, rantai.

bolehlah mula mengemas dengaaaan :

-kain pelekat
-torchlight
-kopiah/songkok
-seluar slack (3/4 ke)
-seluar track (1/2)
-baju melayu
-jubah
-towel
-syampooo dan sabun air
-ubat gigi *kalau naklaaa
-berus gigi
-plastik kotor
-beg galas
-selipar
-deodorant
-baju sejuk
-baju utk pakai dlm rumah
-pencuci muka segala
-ole2 dri sini?/buah tangan
-cameraaaaa
-charger hp/ cameraaaa
-stokin
-DUUUUUUUUITTTTT 0.o
-air minuman
-makanan sampingan

aaaaaaaaaaaaa.. apa lagi ek? ni cadangan semata. utk memudahkan anda packing nanti. dan, lagi satu. RAMBUT TOLONG KEMASKAN YE, SEBELUM CIKGU SAPINAH/WASITAH YANG TOOOLONG KEMASKAN. ok?

DAN. tolong bawa AQ terjemahan sendiri serta alMathurat utk dibaca. ubat ubatan peribadi juga mestilah dibawa bagi peserta yang mempunyai masalah kesihatan.

ada apa2 lagi taak?

sebarang soalan dan cadangan sila ajukan terus ya. :) tade hal laaah.

dapat apa??

salam.

alhamdulillah, dari mata kasar semua nampak lancar belaka.
tapi dasarnya, insan insan tertentu sahaja yang tahu.
betul tak?

mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul. wah ;)

eyt,
kalau terasa tercabar dengan kepimpinan orang lain, jangan terus cuba menjatuhkan.
mari sama sama bangkit.

buat apa tunjuk hero ?
buat apa nak tunjuk kuasa ?

jangan biar kuasa, pangkat dan kedudukan mengawal diri anda.

bergerak sorang sorang tak guna, sebaliknya kerjasamalah yang menjaminkan kesemuanya.
kan? then, buat apa nak susah hati pulak??

eh, bukan orang nak bolotlaaaaaaah.
please la, kau orang yang taktahu apa yang jadi.
semuuuuaaaa orang yang buat.
yang dia, tahu minta jeee. jadi, ada kau orang tahu? tak eeennn.. sebab kau orang tak suka, takut sangat. dengki kot. oh tataw.

sampai dia pun tak tahu nak cakap apa taw,
sebab apa? sebab dia TAK TAHU dan tak buat laaaaah. yang kena, semua orang.

eh sekarang ni, bukan kau orang kerja sendiri taw.

lepas ni, kalau ada masalah orang yang kena. tahu tak?
ingat benda ni boleh ambil mudah?

ni dah kira baik la orang dah tolong, cuba semangat nak bantu.
tapi seee, apa kau orang buat?? melemahkan semangat orang jea.

eh, tak fikir ke?
aihh, susahlah macam ni.
jangan anggap kau orang semua betul. baru dapat sikit. kawal lah diri tu..

sorry tu say, jangan nak pooyos dan bajetsss sangatlah.
kan??

orang nak bantu, kau orang pergi buat mcmni.
Allah.. apa nak jadi?
kalau nak sorang, ha pergila sana sorang sorang..

dah sorang kau orang jatuhkan,
jangan sampai orang yang kau orang jatuhkan.
please, lupakan.
orait?

okay,
semoga apa yang kau orang rancangkan berhasil dan berjalan dengan lancar.
kalau perlu, bukalah dada tu terima kritikan orang lain. tapayah nak tunjuk hero sangatlah. okay?

semoga Allah membantu kita, amiiinn.

buanglah jauh2 hasad, dengki dan iri hati agar semua nya berjalan dengan lancar. masalah tu sebenarnya datang dari 'dalaman' . jadi, fikirkanlah.

buat apa buat tu semua?
dapat apa?

Friday 26 November 2010

menjangkaui target :)

salam.

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. terima kasih Allah. terima kasih.

directly sujud syukur dan bergelinang airmata bila tahu result.
kali pertama dapat mcmni.
melebih2 dari target pulak tu..

oh Allah, terimaa kasihh......

saya gembira sangat2. tak terkata.

terima kasih kepada umi abi, kakak2, guru2 dan kawan2 semuaa. syukran ! :) semoga Allah memberkati kalian.

saya saja nak kongsi gembira dgn semua. hehe :D

inshaAllah,
pada masa akan datang saya akan lebih beerusaaaaaaaaahaaaa lagi.
saya akan tingkatkan segala2nya.
inshaAllah,
saya juga akan ubah sikap. semua ini rahmat dari Allah.

Allahuakbar !

dan kepada kawan2, tahniah juga okay :)

mari sama2 semangat untuk Wafdul Amin.
Wafdul Amin tak bersalah pun, janganlah sia2kan ia.

Monday 22 November 2010

sorry RAYYAN, aku terlalu sayangkan kau. :')

salam :)

post ni khas utk yang tersaaaayaaaaaaaaaaaaanggg...,
my BESTEST FRIEND :)

my dear, Rayyan.

tak banyak nak cakap,
sebaaab kau mmg tak buat salah dgn aku Rayyan. :)
kau jangan risau ye, inshaAllah selagi haayaat dikandung badan hidung menghembus nafas, aku tetap sayang kau sampai bilabila. dan kita sahabat selamanya yaaa? :-* hehe.

kau tahu,
persahabatan ni sangat2 bermakna buat aku dan kehidupan aku. dalam bersahabat pun memerlukan kesetiaan kan? huu. macam kau, sangat setia dalam bersahabt dengan aku even aku ni tak betul sangaaat. hehe. dah lama kita berkawan. hampir sepuluh tahun la kan? sayangkaann.. hehe. lama2, baru kita kenal each other. thankss terima aku :)

btw Rayyan sayaangg,
aku minta maaf ye kalau tak dapat menjadi kawan yg terbaik utk kauuu.
apa yang kau perlu tahu,
aku nak sangat2 kau peluk aku sambil ucap aku sayang kau patu nangisss.. eheh comel sangat2.
thanks RAYYAN :)

aaaahhh,,
tak terucaplaaaaa..

dan,
apa yang aku harap dalam persahabatan ni takda yg curiga antara satu sama lain. semoga kita kekal bersahabat selamanya. aku harap, kehadiran aku ni bermakna dalam hidup kaaau. dan, semoga persahabatan kita di redhai Allah. itu paling utama.. :)

ingat selalu taw,
aku sayaaaang kaau.

But friendship is precious, not only in the shade, but in the sunshine of life, and thanks to a benevolent arrangement the greater part of life is sunshine.



Friendship... is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.

for you, Rayyan..

Friendship is something to hold on to
But for me that's not the case
Cause I don't feel I need to keep
Something that can't be erased

I am sure of what I have
Cause with you I have no doubt
For what we've built, can't ever fail
It's what I care about

I find it hard to describe
This thing that we share
Especially when there's nothing else
That ever could compare

Others always know
That together we will be
For there can never be another
"Tani and Kerrie"

Those two words, known all over
Might as well be one
Cause without a Kerrie, there is no Tani
I'm sorry, it just can't be done

For you're the "U", and I'm the "S"
And forever that will be
Cause together we make "US", and so
YOU COMPLETE ME!!



kita bertiga tetap bertahan kan ? :)










inilah dia Rayyan binti Zulkifli.

ingaaat...,,
kau dah besar taw sekarang. haha baru 16 tahun.
semoga kau menjadi wanita solehah, umur dipanjangkan dan rezeki bertambah2. selain tu, semoga kau berjaya dunia akhirat. dan segala IMPIAN kau akan tercapai.

IDOLOVEHYOUHBEBEH :D hehe

yang menyayangimu,
Khalidah Alhusna Kamilen :)

Friday 19 November 2010

Dear,,

R,

hey you. kau mmg kawan yg paling baik pernah aku jumpa. aku sayang sangat2 kat kau. mmg dah dah lama kita kawan kan? IDOLOVEYOU, babe. huu. sorry utk selama ni beb. aku byk sakitkan hati kau kan. aku takdapat jadi kawan yg baik. im sorryy dear :'( btw, aku nak kau tahu aku sayang kau yang amat. nak peluk2 je kau. kau tahu, aku suka tgk kau malu2 ckp syg kat aku sambil peluk aku. THANKSSSS :') terharu sgt. apa yg aku kagum dgn kau, kau mmg senyap kan. kau takda nak cari gaduh atau apa. kau diam je. aku tahu maybe kau byk pendam kan. sorry. aku terharu. kau mmg sgt diam. maksud aku, kau bukan jenis yg cari pasal tibe2. seriously, kau jgn pergi dri aku tawwwwwww. aku syg kaaau :) hemm

NN,

heyy babe :) hehehehehehe. syg sangat sama you lah! kau tahu, apa yg istimewa tntg kau? kau BAIK laaaa. hehe.. even kte terpisah time darjah berapa ntah, tapi kau ingat lagi kat aku kann.. terharu weh :') haha. dan, yg aku perasan. kau sgt jaga aku kan, kau nak aku dgn R kawan sampai bila2. kau selalu marah aku bila aku itu ini dgn R. hee. aku tahu kau sayang kami. kami juga begitu :) dannn, kau selalu ada utk aku kan.. thanks syg :) kau mmg ada kan. kau tak kisah mcmne pun aku, kau tetap nak dengar apa semua. dann, aku minta maaf jugak tak dapat jd kawan yg baik utk kau..

NA,

hai awak :) hehe thanks protect sy . syg awak selamanya,. tapikan, aku tahu aku byk buat kau sakithati. imsorry. aku tahu kita mmg tak serapat mana. tp, selama 4thun aku kawan dgn kau. yesss, aku syg kau sgt2. huu. kenapa ek kau tak byk cerita kat aku? nvm, sbb aku bukan kwn yg baikkan? yeah, byk gak aku taktahu pasal kauuu., aku berminat nak tahu pasaaal kauu. tanak cerita ke? hehe. takpalah, maybe kau rasa privasi kau kot kann.. huu. takpa, aku faham :) fyi, aku sayang kau taaww. sangatt2. THANKSS, :)

NH,

ahc, heyy ! rindunya kat kau kaann. sorry, aku byk buat kau tak puas hati kan? aku pun takfaham, kenapalah byk sgt masalah antara kau dgn aku? padahal aku syg sgtlah kat kau. kau mmg kawan baik utk aku. tp kenapa kau buat aku mcmni? ahc... pleasela, kita boleh berbaik. kau dengarlah apa aku nk kata. asyik aku je. byk dah aku beralah. aku takfaham kenapa akuuuu je dipersalahkan. fine , aku terima. sbb aku nk jaga hubungan kita ni .. aku syg kau tahu takk. taktahula bg kauuu. aku harap kau tak lupakan aku bila kau dpt kwn baruu. aku tahu, kita byk kan harungi sama2.. hoo. btw, aku rindu tu semuaaaa :') kau tak ke?? huu.
ahc, IDOLOVEYOU taw. igt lg tak msg2 kita dulu? huu mcm spruh les pun ada. LOL. hee syg kauuu. tak kesahla kau nk buat apa kat aku, aku ttp syg kau..

M,

heyy, sorry. sy tak dapat jd dia. dia lg bagus dri sy. sorry, sy pun tak tahulah knape hati sy mcm debu. errr, mudah sgt terasa. tak boleh ke awk lyn sy elok2 ckit? huu. ok fine, lupakan jelah.

btw, koraaaaaaaaaaanggg. aku sedang riiiindukaaaaaaaaaaaaannnn,

.SOESAK.

rindu sangat2 .. hooo. bila dapat jumpa macam dulu oh? huu. nak jumpaaaaaaaaaaa. miissyoouuguyss ! lovehyouh.

salam and haaaaiii :")

Thursday 11 November 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/kdyyy

kenal sendirilah,

salam hai :)

ada mulut, jaga sendiri.

dah besar, bolehla mula kenal dunia realiti macam mane.
dunia tak seindah yang kita impikan.
dunia tak semudah yang kita dambakan.

kalau belum kenal,
terokalah melalui ciptaanNya.

baik buruknya, kitalah yang rasa.
manis tawarnya kita jugalah yang rasa.

corakkan dunia kita.
buatla apa yang suka.

jangan ingat orang itu macamni, maka akan kekallah dia macamtu.
jangan buat penilaian daripada luaran.
jangan berkata macam haram.

"tidak akan kita dapati orang yang pemarah itu senang, orang yang berakal itu haloba, orang yang pemurah itu dengki dan orang yang berputus asa itu kaya" (hukamak)

fikir2 la.
renunglah.

tahukah anda maksud bodoh?
kenal sendirilah,

salam dari saya,
khalidah alhusna kamilen :)

Sunday 7 November 2010

dah sampai masa kot?

salam :')

hai semua. hai semua. hai hai hai.

alhamdulillah. alhamdulillah.

aku mesti sebut zikrullah selalu. alhamdulillah. aku tahu aku masih dapat hadap wajah kedua ibubapa ku, salam cium tangan. aku masih dapat sampai harini..

tapi bagaimana untuk hari esok?

aku tak tahu.
sejak tahu aku ada benda yg kurang, aku tahu aku mungkin dah tak lama. mungkin masa dah sampai.
memanglah, 'masa' tu tak kira usia dan waktu.. tapi, bila tahu benda ni lagi aku rasa macam dekat. as we know, kematianlah paling haaaaaampir dalam hidup kita. jadi tak peduli la kan baby pun boleh meninggal? hmm..

how about me?
macam mana dengan aku?

Allah..
bila tahu benda tu ada dalam tubuh aku,
aku takut. aku takut.
aku dah tak sempurna macam orang lain (memangla semua tak sempurna, tapi adala.)
aku dah lain dengan semua orang.

tiap kali aku masuk tandas,
mesti aku renung diri aku lama-lama kat cermin dulu.
then terduduk meratapi kesedihan.
alangkah tak patutnya tindakan aku ni kan.?
macam tak terima qada' dan qadar Allah.

tapi aku tak kuat.
semua aku tanggung sorang2 dariiiii dulu lagi.
sihat satu sakit, datang pula baru.
apa ke benda?

entahla,
aku tak tahu nak cakap macam mana.

kalau betul masa aku dah nak sampai,
aku betul2 nak luangkan masa aku dengan family, kawan2 aku, kawan baik aku dan semua.
tapi aku tak mampu tengok muka diaorang.hati aku luluh. mata aku betul2 berkaca. nak terbarai badan pun ada.

aku semakin rindukan semua orang.

aku betul-betul sedih.
sedih tahap gaban la bak kata orang.
semangat hilang entah ke mana.
aku down la senang cerita.

aku tengok langit, mata aku dah mula berair.
aku tengok katil, mata aku dah berkaca.
aku cakap pasal benda ni, laaaaaaaaaaaaagila haru dibuatnya.
menitis.

kalau aku ter'emo', muka bengis, wajah tak ceria, kelihatan cincai.
tolong, aku betul2 minta maaf.
aku betul2 terasa berat dan lain sekarang ni.

kepala aku berat.
mata aku bengkak.
muka sembab.
takpalah, tatap jelah selagi ada masa ni.
aku tetap aku jugak. just lain sikit ja.

dan aku minta sikit ni,
aku minta masa dan tenaga kau orang. tolong doa doa doa doa doakan aku, biar aku sihat sihat je.semoga Allah mengasihani kalian. terima kasih ye.

semoga bertemu T.T

Sunday 24 October 2010

semakin dekattt -.-'

salam :)

alhamdulillah, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf untuk semua salah saya..
saya tahu, memang tak terhitung banyaknya :'( jadi, tolonglah maafkan saya.

maafkan saya sebab :

-saya tak mampu menjadi kawan yang baik

-saya tak dapat jadi ketua akaun, lisan bm yang baik.

-saya tak reti membahagiakan awak..

-saya tak reti jaga hati semua pihak.

-saya banyak berbicara, banyak menyakitkan telinga.

-saya banyak bersangka buruk dan salah faham.

-saya terlalu emosi dan sensitif.

-saya tak boleh menjadi contoh NC yang bagus.

-sayat tak memberi contoh yang baik kepada yang lebih muda.

-saya banyak memberontak.

-saya seringkali tidak berpuas hati.

-saya tak banyak membantuuu.

-saya tak berapa rajin selama ni.

-saya menipu awak.

-saya tak buat sesuatu dengan baik.

-saya tak belajar dengan elok.

-saya tak tunaikan tanggungjawab sebagai masyab yang baik.

-saya tak dapat jadi teamate pendebat yang memahami.

-saya tak dapat menjadi pemain netball yang tangkas.

-saya tak balas budi baik awak awak semua.

-saya tak reti berterima kasih untuk apa yang saya dapat selama ni.

-saya banyak memendam selama ni.

-saya tak berterus terang dan terus berselindung sebelum ni..

-saya tak dapat menyayangi awak seperti mana awak lakukan itu kpd saya.

-saya tak mampu menjadi adik dan kakak kesayangan semua.

-saya tak jadi anak yang baik selama ni.

-saya tak jadi murid yang bagus.

-saya tak dengar kata.

-saya benci membenci.

-saya buat2 tak peduli.

-saya lupa diri.

-saya banyak sangat buat salaaaaah.

-saya kuat merajuk.

-saya kuat cemburu.

-saya kuat membebel.

-saya cepat melatah dan bising.

-saya terguna bahasa kasar sblm ni.

-saya terlalu kasar.

-saya tak reti melayan semua pihak.

-saya tak berlaku adil selama ni.

-saya tak jujur kpd awk dan diri sendiri.

-saya tak buat apa yg abi umi suruh buat.

-saya banyak main2, banyak cakap, banyak tidur, banyak makan.

-saya tak siapkan homework.

-saya tak cuba jadi yg terbaik untuk ajk WAFA.

-saya cepat naik minyak.

-saya...

-sayaa...

-dan sayaaa...

-dan dan dan...

macam2 lagi yg saya sendiri tak mampu sebut, maklumlah penyakit manusia adalah lupa.

saya betul2 MINTA MAAF kepada semua. kepada yang pernah benci saya, yang pernah sayang saya, yang pernah memaki saya, yang pernah memarahi saya, yang pernah mengumpat tentang saya, yang pernah buat cerita tentang saya, yang naikkan kemarahan dan kecemburuan saya. dan segala2nya yang tidak disebut..

saya minta maaf. semoga Allah memberkati kalian dan memberi naungan rahmat-Nya kepada kalian.

jangan risau,
saya maafkan je sesiapa :') huhu

tolong doakan saya untuk final exam kali ni. tolong doakan semoga Allah mempermudahkan langkah2 saya. tolong doakan saya agar saya mudah menjawab soalan dan dapat memahami soalan dengan baik. tolong doakan saya supaya saya menjawab dengan lancar. tolong doakan saya agar TIDAK TIDUR semasa didalam dewan peperiksaan. tolonglah, DOAKAN sayaaaaa :(

kepada semua yang bakal mengambil peperiksaan buat masa yang terdekat ni, saya ucapkan

GOODLUCK GUYS!! :) DO THE BEST , BEAT THE REST.


semoga kita sama2 berjaya dan diberkati Allah hendak-Nya. dan terima kasih untuk semuaaaa! :')

p/s : jangan cakap blkg okay ?


doakan saya,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Wednesday 20 October 2010

dapat sama, tapi kenapa masih lain ?

salam :)

ok, sekarang isu sekolah.

isu generasi.

isu tingkatan.

isu pelajar.

isu adab.

isu biadab.

isu main-main.

isu tak belajar, tak serius.

SEMUA menjadi isu HANGAT *dan basi

kenapa sy tibatiba je?

baiklah, saya akan bagi satu analogi mudah.

kita tanam 3 jenis pokok dalam satu petak tanah. pokok yang pertama ialah pokok cili, kedua pokok betik dan ketiga pokok limau kasturi.selama beberapa bulan setiap pokok diberi baja sama banyak, disiram air pun sama kuantiti ditanah yang sama, dicabut rumput dan sebagainya. semua adalah sama.

namun, bila sampai masa semua pokok itu sudah mengeluarkan hasil, rasa yang dapat semua berlainan macam. yelakan, cili rasanya pedas manakala betik pula rasanya lebih sedap dan manis dan limau kasturi mempunyai rasa masam. tetapi, apa yang peliknya sekarang semua pokok itu ditanam di tanah yang sama, kenapa pula masih rasa yang berbeza?

itulah hakikat kehidupan,
SEMUA BENDA TAKKAN SAMA DALAM DUNIA NI. semua hasil ciptaan Allah berbeza-beza. ada keistimewaan yang tersendiri. kita takboleh memaksa untuk ubah itu dan ini.

apa pula kaitannya dengan isu-isu di atasss??

sekarang, cuba kita lihat kembali.

kita sama sekolah, sama-sama dapat tarbiyah, makanan yang dapat pun sama, tempat solat sama, tempat perhimpunan pun sama, kita belajar pun di kelas yang sama. dannn semuaaaaaaaaaaa dapat sama.

TAPI, kenapa kita masih BERBEZA?

ya itulah isunya,

anda jangan pertikaikan tingkatan itu lebih baik dan macam2 lagi. sebab apa sy cakap macamtu?
sebab taaaaaaaaaaaaaaak semuaaaa orang sama ! kita kenalah terima hakikat tu. pleasela, terima jela hakikat tu. tapayahlah sampai tahap memburuk2kan pelajar sendiri. mana tak kena 'badi' semula?

memang kita dapat tarbiyah yang sama dan macam2 lagi, tapi kita tetap berbeza. sebab inilah corak yang Allah buat. bukannya satu dua tiga je baik, dah BOLEH kategorikan satu tingkatan baik. eh pleaaaaseela, OPEN sikit. kalau macamtu, SEMUA tingkatan pun BAIK kan?? kan?

or just sebab mereka pandai 'main' hati dengan guru, atau lebih cantik/kacak dah boleh label macam tu? oh cetek sungguh ek. okay, semua orang ada hak masing2. baiklah, sila lah buat andaian dan pelbagai macam lagi yang memburukkan.

bukannya orang tu tanak jadi MANIS, tapiiiii yang masalahnya orang dekat AA ni dah label sekali jahat, selamanya jahat. ni lagi satu. ada cuba sokong dan bantuu? ada tak? yang tahu, cakapcakapcakap dan cakap. tak kesian ke tengok orang yang kena? tak kesian ke tengok orang yang nak berubah tapi masih dilabel jahat? mana nak datang semangat tuuuu???

jangan sampai sebab ANDA, orang tu lebih teruk dari sekarang. memang ada. anda dah buat orang tu LEBIH teruk dari sebelumnya. kan macam tak guna? habis orang tu berontak, puasss keeeee??

kalau nak masak cili pun kenalah ada gayanya, janganlah makan macamtu je takpun dgn roti. buah betik pun, boleh jugak masak kerabu betik. sedap jugak. limau kasturi pun boleh buat jus, masakla sendiri. tapi semua tu kena ada CARA dan GAYA nya. kalau tak kena, TAK JADI lah. tak sedap. okay ? fahaaamkaaaan.

secara kesimpulannya,
jangan sesuka hati melabel. jangan sesedap rasa mengata. anda siapa? jangan mudah berbangga dengan apa yang ada. entahla, semua dah besar. saya tahu yang baca ni pun semua dah besar. semua dah pandai. jadi saya kira semua faham la kan.

okay sekian terima kasih.

p/s : tidak menuding jari.

Saturday 16 October 2010

perasan tak?

salam sejahtera :)

hidup ni indah kan awak ?



yes hidup ni indah sangat2..Allah bagi kita rasa pelbagai perasaan untuk kita rasa.

sedih.sayang.

suka.

tak terkata.

rasa nak menja
uh.

rase nak menyepi.

rasa
down hilang semangat.

bahagia.

seronok
.

penat.mencari sesuatu yang hilang.

menanti.

terluka.berduka.

sengsara.

rindu.



perasan tak?
kadang tu, hari tu kita rasa macam nak senyap..diam.menyepi jee.sebab haritu kita rasa macam something yang hilang. kita pun dukla mencari2 apa2 yg hilang tu kan..sampaila kita jumpa, barula kita jd mcm dulu..




perasan tak,
ada hari tu airmata meleleh jatuh melalui tubir ma
ta tanpa dipinta pun..tak tahula apa yg sedih sangat.fikir something, dah meleleh(maybe perempuan je kot comel cmni.lalala). takpun, tengok something je, tiba2 dah macam aaaaaaaa...menangis, sedih lagi. padahal tgk cicak je pun kat lampu.

perasan tak?
satu hari tu, kita mula rasa alone. takde sape yg disisi. walhal, belambak kat tepi. tapi semua kita tak nampak, sbb takde sapa yg dpt faham hati kitaaa :(
dan mmg pun kadang2 tu, kita betul2 keseorangan..

awak perasan tak?
malam tu awak gembira sesangat2nya lahhh..kita gembira tak terkata. padahal, sbb apa pun kita taktahu? tapi, perasaan gembira tu satu anugerah. maka kita p
un nak berkongsi dgn semuuuuuaaaa oraaangg. kan kan? sebab bahagia tu semua berhak rasa. :')


perasan tak,
satu hari tu kita tiba tiba rase rindu pada sesuatu benda yang dah takde takpun jauh sangaaaaaaattt.. macam tak mungkin kita dapat balik. tapi, rasa rindu tuuu..mmg sangat2 membahagiakan tapi kadang tu menggusarkan. :) + :( kita rasa rindu pada zaman dulu, drjah6 la, form3, takpun masa kecik2 dulu men kat pantaaaii..hem o.O rindulaaaaa :)

perasan tak bahawa,
kadang tu kita rasa mcm nak tumbuk2 jeee seseorang tu. eish, rase mcm nak bg penampar pun ade. bak kata orang, tgh HOT enn..mmg takdapek la nk tlg
g.. selagi tk lepaskan, mmg terpendaaaam jeee.. heee


perasan tak,
kadang2 ni kita hilang motivasi. semangat pudar dan semakin hilang. mesti ada kan?
wahai motivasi, kami sangat perlukan anda utk teruskan hiduup nii...
wahai semangat, datanglah engkau hadir dalam diriku..tanpa semangat yang padu, bagaimana harus aku terus hidupp?

apa apa pun,
kita semua kena bersyukur dengan nikmat rasa semua ni :)
perasaan yang bercampur baur inilah yang mengindahkan hidup kita lagi.. :')



selagi ada masa, ungkapkan lahh..
selagi diberi peluang, gunakanlah..
selagi ada harapan, majulah ke hadapan..
selagi ada rindu, sayangilaah..
selagi ada hati, rasailaaahh.. :D

fyi, mood bukan nak jiwang jiwang ke apa okay? just nak kongsi perasaan yang kadang2 kita cerca, sedangkan ialah yang membuat hidup kita jauh lebih bermakna :)




pesan akhir,
menjadi diri sendiri itu adalah lebih baik wahai hati hati sekalian :')

saya yang berkongsi,
khalidah alhusna kamilen =)

Monday 11 October 2010

kawan biasa?

salam :)

lama rasanya tak membebel sendiri di laman sesawang nih. oh ye, mungkin terleka dgn facebook yang semakin bosan tu. kembali beralih arah utk blogging pulak. hehe. syukur alhamdulillah, sy masih berkesempatan menukar serba sedikit demi mngubah mood anda dan saya :)

semalam,
saya ada dpt mesej. katanya :


" kau masih kawan biasa dengan diorang(takperlu sebut siapa) sebab kau tak cerita semua benda dekat diorang, so kita macam tulah ok ? "
apa pendapat anda?
sebenarnya,
saya sangat terkilan dan berkecil hati dgn mesej tu. bukan sebab apa, bagi saya kawan baik itu kita selalu bersama saling menegur dan bersuka ria dan dah laaaaaaaaaaaama berkawan.
salah ke saya nak meluahkan kepada seseorang yang kita selesa utk berkongsi walaupun dia bukanlah kawan baik, tapi rapat. salah ke macamtu?
saya rasa semua orang ada hak masing2 utk bercerita pada siapa dan bila. bukan SEMUA orang kita selesa bercerita. betul tak? even dia bukan kawan baik kita, tapi kadang2 kita suka kongsi dgn dia.
jadi, salah ke ?
dan bagi saya kawan baik saya ialah kawan yang rapat sejak duuuuuuuuuuuuulu lagi. okay?
tak perlu lah nak buat andaian macamtu.
eh memang sy emo bab kawankawan ni. sy tak suka org cakap macam2. blablabla.
sukehati la kan?
dan dan, tak payahla cakap saya masih kawan biasa dgn diorang. bagi saya, ikatan tu ada dalam hati. bukan ungkapan semata-mata. seriously, saya sayangkan semua kawankawan saya. dan kawan baik saya mungkin saya lebiiiiiih sayang.
dan lagi satu,
ada ke kawan sekejap sekejap?
bila kita ngam, kita kawan.baaaaaaaaaaaaaaik sangat2. tapi once kita dah tak ngam, kita tak payah dah kawan. ada ke macamtu? tu kawan atau nak menggunakan?
saya sangat2 menyampah bila jadi macamtu. itu bukan kawan namanya la..
tak nampak beza ke? oh saya tak fahamla kenapa masih ada orang yang macamni.
saya berkawan bukan sebab kelebihan seseorang, tapi sebab saya sedia menerima kelemahan dan kelebihan dia. :'(
bukannya sebab saya dah lain, dia dah lain kami takperlu berkawan. bagi saya itu salah dan menyedihkan :"(
tolonglah, bukak sikit minda tuu..okay?
kita kenalah saling menerima antara satu sama lain.. kita muhasabah sama2. bukan sekadar 'sesuatu' kita berkawan.
itu bukan saya..
okay, buat semua kawankawan saya. rapat atau tak, saya sangat sangat sayangkan kalian :)
saya sangat menghargai kehadiran kalian. kalian termasuk dalam warnawarna yang mewarnai hidup saya :D
semoga kita kekal bersahabat, berkawan, berteman dan teeeerus berhubung. sayang !!
dari hati,
Khalidah Alhusna Kamilen ;)

Wednesday 22 September 2010

campur + campur :)

assalamualaikum w.b.t :')

bismillahirrahmanirrahiim..

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. syawal dah pun menjengah, semua insan sedang bergembira.
kebanyakan, semuanya. walaupun ada kekurangan dimana-mana, pasti ada jugak kan perasaan yang gembira tu.

oh ya, sebelum terlupa.

SELAAMAAT HAARI RAAYA AIDILFITRI MAAF ZAAHIR DAN BAATIN :)

kepada semua daripada keluarga saya.

bukan sebab apa,
saja je buat lambat lambat kan. semua org nak cerita pasal raya kan awal2 dulu. saja je nak test tahap ke'raya'an semua.

raya tahun ni mungkin sedikit meriah. yelahkan, semua dah besar belaka. semua dah pandai nak 'cantik2' haha. eh org perempuan, naluri kami tu. baju raya, sebelum ramadhan dah beli kain. tinggal jahit je. jubah je beli 2 hari sebelum raaya.

oh baju jubah kami org peerempuan semua pattern sama. warna je lain. terasa sangat bertambah erat bila buat mcmni.

biarlah org kata tak sedondon lah apa lah. yang penting, semua suka dan gembira.
bukannya orang nak menunjuk biar se'color' je semua. yang penting, seri muka tu nampak gembira.

well, yang paling best camera tertinggal kat kampung. yeah, kena hambur free free. chilll :)
kahkahkah. malas nak salah sesiapa. semua buat muka redha. saya je tak !!! betapa tak dapat terimanya. oh Allah...

nasib baik ada camera lagi satu. tu pun ku'reng'. ish, tak best. gambar best2 banyak kat camera abi..waaaaaa. teringat2 jeeee.

dan lagi satu,
raya ke 5 barulah mula buat kuih raya. haha org beraya, kami sibuk buat kuih muih. hasilnya, okay apa? memuaskan... hehe. barulah rasa nikmat raya tuuuu.

sebelum tu,
jemputlah datang ke teratak 'sementara' kami sekeluarga. langsung tak kisah daripada latar belakang manakah anda. hoho. sila lah ye :) * dan jgn lupa jemput saya jugaaaaak !! :p

okay,
sejujurnya. saya tak dapat maafkan diri sendiri. kenapa yek? heemm. saya memohon ampun dan maaf dari semua :

1- yang tidak senang akan kehadiran saya.
2- yang tidak puas hati dgn saya.
3- yang dah lama benci saya.
4- yang tidak dapat menerima cara saya.
5- yang merasakan saya tidak menghargai anda.
6- yang mengatakan saya sudah berubah ( sedangkan, saya je yg tahu )
7- yang saya terlupa membayar hutangnya.
8- yang saya mungkiri janji saya.
9- yang merasakan saya melupakannya.
10- yang merasakan saya tidak menghormatinya.

daaaaaaaaan.... mcm2 lagi yg MUNGKIN tidak tersebut. sebab saya tahu, kain yang dahulunya putih tidak lagi putih seperti dulu. saya dah mencoraknya dgn peeeelbaaagai warna. saya memang banyak melakukan kesilapan.

oleh itu, tolonglah cuba maafkan saya. tak kira siapa anda, mahupun dari mana anda. andai kata kita saling berkenalan, maafkanlah saya atas seeeemuuuaaa keterlanjuran saya. biarpun kita tidak bersua mata, berjabat tangan mahupun salng bersenyuman. dalam hati ni, saya benar2 mohon kemaafan dari semua.

jangan risau,
semua salah yang orang buat pada saya,
semua saya dah maafkan. mungkin sedikit sukar utk melupakannya. okay? takpelahhhh :)

sama samalah layari perayaan saya dan keluarga :)



kami bunga-bunga dalam keluarga. ( saya, wafda, aminah, huda )



kak Marwa * haha dan saya :)



kak Ila * haha dan saya juga tiada yang lain ;p



oh, jauhar hatiku. umi dan abi :)



kak Meyna dan kak Ila :) hehe



FAMILY saya :))


kami lagilah nampaknyaaaaa..

yang merayakan,
Khalidah Alhusna Kamilen :)

Saturday 4 September 2010

kenapa ni..

kenapa sy rasa sy bukan di alam yg nyata sekarang ni..
kenapa sy rasa lemah selemahnye ni..

kenapa sy rase, penyakit tu dtg balik..
ya Allah, sy taknak dah tu semuaa..
sy lemah sgt sgt..
taktahu nk buat apa dah..
sy tanak rasa tu semua balik..
sy dh penatla dgn bende tuu..

kenapa sy rasa lain macam sangat nii..
kenapa nii...?

kenapa sy rasa mcm tak gembira langsung,
bila sedih taktahu sebab apa.
kenapa niii.

kenape sy rase sorang sorang je.
taktahu nak mula dri mana,
taktahu nak bertindak mcmna..
serius,
kenapa ni..

please please.

ya Allah, ku mohon kekuatan dan kesabaran..

Monday 23 August 2010

"Merindui 'Diri' ku" :'(

Gelojak hati kian pilu,
Mendesakku untuk berbuat sesuatu,
Aku yang semakin buntu,
Mencari kembali hala tuju..

Aku yang merindui diriku,
Dirantai besi hawa nafsu,
Dimana tempat harusku mengadu?

Siapa diriku, tidak ku kenali..
Bertopengkan nama dan juga personaliti,
Segala yang ada kini,
Bukan aku, BUKAN aku lagi !

Aku yang merindui diriku,
Dibelenggu kenangan satu persatu,
Aku keliru...
Keliru menjadi diriku.

Aku yang umpama lalang ditiup angin,
Jauh menyendiri bernada dingin..

Aku cuma mahu 'aku' !
Seperti dahulu,
Budinya, tingkah lakunya,
adab bicaranya, percakapannya..

Bagaimana harusku mencorak langkah?
Membuang apa yang salah,
Membuka baru sebuah risalah..

Aku yang merindui diriku,
Mencari jalan pulang ke Ilahi,
Beri aku sedikit waktu koreksi diri,
Agar suatu hari nanti,
inilah apa yang aku ingin kecapi,
Redha Ilahi yang ku dambai..

Doakan 'aku' ..

Khalidah Alhusna Kamilen,
24 Ogos 2010,
0107 pagi.

Saturday 14 August 2010

Ramadhan saya :)

salam :)

tup tap tup tap, Ramadhan Kareem menjelma.syukur alhamdulillah kerana kita masih dipertemukan di bulan mulia ini..semoga kita dapat menggunakan peluang yang berharga ini dengan sebaik mungkin.amalan-amalan yang dibuat tu biarlah yg baik2 sudahh..yg tak baik, tinggalkan..kan kan?

well, mestilah semua orang ada cerita masing2 di bulan mulia ni kan..begitu juga saya :)

hee, sebelum ni ramadhan penuh satu rumahh..riuh rendah lah.bak kata, 'Baiti Jannati'.yes, memang pun..idc pun rumah kami tak semegah mana, yang penting isi dalamnya hidup peeenuuh bahagiaa.tak gitu?sebab tak semua org dapat merasakannya..

nak dijadikan cerita, sebelum ramadhan itu hari kampung belah abi saya buatlah makan2 sikit sempena nak puasa la kan..campur dgn tahlil arwah atuk Marzoki jugak..memang seronok bila makan2 ni kan.nak2 lagi sy yg kuat makan ni.melantak abesla enn..*eh silap2.haha.

masa makan2 tu, nenek sy telah menempah 10 dulang Nasi Ambeng yg berharga RM50 sedulang..ini makanan khusus utk org jawa2 je..haha.makanan ni sgt sedap+puas.isi makanan ni?ada seekor ayam, bihun goreng, sambal jawa, nasi putih, ikan masin, serunding jawa dan ada lagii..tak berapa nak ingatlahh.cara pemakanan, semua mesti makan sama2 lah satu dulang..haha tak boleh nak tamak2 dalam kes ni.mana larat nak habiskan wo.inilah waktu kemuncak utk anda melantak..apa2hal, silalah cuba..bazaar ramadhan pun ada jual ni..tp ditmpt yg tertentu jelah..

SAYA BANGGA MENJADI SEBAHAGIAN ORANG JAWA APA.?!hee ;)

sedulang=RM50.berat laaaaaaa.banyak punyee.



inilah contoh nasi ambeng nyee.memang penuhla rumah isi benda ni.

first ramadhan, ummi saya masak sup tulang.sebelum puasa, ummi masak lala masak paprik..aiihh, mana la ank dara dia tak sihat kan??see, see airtangan ibu takde sape boleh tandingi taww..hoo :O

kalau yg bersup2 ni, yang gemarnya saya dan abi saya.haa, kami mmg sekepala lah boleh ckp cmtuu..



ini sapa2 tengok pun menjelir lidahhh ;p hehe


bila puasa ketiga, saya sempatlah jugak memasak utk seisi keluarga..simple, ikan bakar dengan sup sayur je..hee.biar simple, yg penting hasilnya tu memuaskan..kan?kan ada hadith yg menyebut tentang siapa yg menyediakan mknn utk org berbuka maka pahalanya sama seprti org yg berpuasa tanpa kurang sedikit punn..wah, siapa tanak kan.amalan2 kita ni hnya Allah je yg dpt tentukan..oleh itu, kumpul jelah sbyk mana pun :)

ramadhan keempat, saya dan keluarga berbuka dirumah nenek belah umi..org nogori punya masakan..aihh, ini lagilah mengganggu gugat iman..bila tlg nenek msk2, memang tk dapek den tahannyoo..hiuhh.podeh..kami masak sambal sotong, ikan baung masak lomak..mmg sedaplah mskn nenek.kasi kaw2 punyee..hidangan lain, sambal tempoyak ada, kailan ikan masin ada, mubatak=murtabak ada, badak berendam ada, buah melaka ada..haa, sodap.itu jolah den dapek kate.. :)


sambal sotong.*besar2lah bestkan..

kalau dulu, berbuka makan kat bawah je..ramai2 serbu makanan..barulah meriah.bersila sama-sama, tatap2 makanan lama2.skrg ni, hidang ats meja..yg ni pun sorg2 mkn kat tmpt lain.ada yg dpn tv lah, kat lantai ada..ha, bersepah2.kan lain tu?tadarus sama-samalah kan.. lepastu, mesti ada tugas.."aku kemas, kau hidang. aku masak, kau basuh''. sekarang :

huda : husna, aku skrg balik lmbt.study kat sekolah.kau balik awal tolonglah masak, hidang apa semua yeaa.

husna : yelaaaaahh, kau kemas+basuh semua pinggan wa mangkuk, wa cawan.haaa.

h&h : DEAL! :)

sampai sini sajalah celoteh saya.semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan dgn sebaik mungkin :)

dari saya,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Friday 13 August 2010

bila saya ..

bila saya tengok mata awak kawan,
saya rasa terharu bercampur baur sayang yang teramat sangat..

bila awak datang mengahampiri saya kawan,
saya rasa sangat dekatt...dgn awakk..tak dapat bayangkan kalau awak tinggalkan saya kawan..

bila saya makan dengan awak kawan,
saya suka sangat tatap wajah awak..berdua.
saya suka sangat bergelak ketawa dgn awak berdua kawan..seronokkan? :)

bila saya nak solat,
saya mesti nak cari awak berdua kawan..
sebab kalau tak, saya mesti rasa bersendirian..sayangg sangat kat kamu berdua kawan..

bila saya nak pergi mana mana,
saya nak berkepit dgn awak berdua kawan..sebab sy sangat memerlukan kamu berdua kawan..

bila saya sedih, saya mesti akan mengadu kat awak..
tak kisahla waktu apa pun..awak berdua mesti layani saya.cuba buat saya gembira..kan?

bila saya happy, awak berdua mest lagi happy..
kita mesti sama2 buat 'benda' kan..gelak sama sama..hanya kita kita je yang faham..kan?hee ;)

awak tahu tak kawan..
saya memang tak dapat nak berpisah dengan kamu berdua..
biar badai melanda, saya nak dengan awak berdua jugak...

memang saya tak tipu, saya kadang kadang cemburu pun ada tengok awak lebih mesra dgn org lain kan..tapi, sbb saya sayang awaklah saya diamkan je..sbb ape?
sebab awak berhak utk disayangi oleh org lain juga..