Wednesday 9 December 2009

sudikah saya mengahwini diri saya sendiri?

salam :)

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan utk berblog lagi.tanpa kuasa dan nikmat dari-NYA, tak mungkin saya boleh meneruskan penulisan blog ini.terima kasih kepada sesiapa yg masih sudi bertandang ke blog saya ini.semoga mendapat pengisian dan memperoleh kebaikan.

berbalik kepada tajuk post kali ini, ianya lebih merujuk kepada muhasabah diri sendiri.
sebelum sy membantu org dlm bermuhasabah, elok jugalah saya dulu yg muhasabah dulu.

memang agak pelik dan tahpahape tajuk post saya kali ini.
tapi, dlm diam.tajuk inilah yg sgt2 memberi kesan kepada saya.ini mmg menyedarkan saya.saya terbaca didalam sebuah buku "Hidup Bukan Rahsia".memang seronok buku ini.kakak saya, wafda yg telah menghadiahi kepada saya.

sebenarnya, tajuk ini menyuruh kita berfikir tentang segala kelakuan dan tabiat saya dan kemudiannya bertanya kepada diri sendiri soalan yg penting ini :

-Jika saya berjumpa dgn seseorang(iaitu diri saya sendiri) yang mempunyai karakteristik, kelakuan dan sikap seperti yang saya miliki itu, adakah saya sanggup mengahwininya?-

hemmmm,, saya mula berfikir. memang kaedah ini sgt menarik kan??hmph..adakah saya sanggup mengahwini diri saya sendiri?kdg2, saya terkejut..dgn jujur saya menjawab "mungkin" dan bukannya "tentu sekali", ataupun "mestilah!".hahh, selepas itu saya bertanya pada diri sendiri. bagaimana saya dapat menukarkan "mungkin" itu kepada "tentu sekali".
jadii,, saya membuat senarai baru.

okayy, cuba lihat eh soalan yang saya buat.soalan yang serupa, tapi dalam keadaan yg berbeza.. :
  1. Mahukah saya menjadi kawan saya?
  2. Bolehkah mempercayai diri saya sendir?
  3. Dapatkah saya mencintai diri saya sendir?
  4. Adakah saya akan mengarah diri sendir?
  5. Adakah saya suka pelajar seperti saya?
  6. Mahukah saya mempunyai anak seperti saya sendiri??
saya sedar yang tiga soalan terakhir itu agak pelik, tapi saya tahu anda faham apa yg saya maksudkan disini, kan??

cubalah kita koreksi diri kembali..

okay, kita lihat. yang lelaki nya asyik :
  • main game?
  • tak basuh pinggan sendiri?
  • dok mengarah bibik buat itu ini?
  • tunggu makanan tersedia atas meja utk terus dilahap?
  • masuk dapur pun taknak?
  • berkebun pun nak berdalih?
  • basuh kereta?lagilaa..
  • kurang membaca?
  • tidak mengaji?
kemudian, kita lihat. yang perempuan nya pula :
  • hiris bawang pun tak reti?
  • dok ngarah bibik buat itu ini?
  • iron baju pun malas?
  • buat air utk mak ayah pun mengeluh?
  • dga lagu je?
  • menghadap komp, takyah benti pun takpe?
  • menjeling2 dgn kawan?
  • dok ngumpat cgu2, org len?
haa..cubalah kita jawab sendiri soalan post saya kali ini.bukan utk mengata kepada sesiapa, tetapi sekadar cuba utk membantu diri sendiri dan org lain juga.tak salah jka kita lakukan perubahan.kan?kenapa perlu takut sgt utk perubahan.

Jawapan2 yg sy berikan bagi soalan2 tersbut agk menggelikan hati sendiri. apa yg boleh sy simpulkan drpd jwpn2 ini adalah saya sebenarnya hanyalah insan biasa yg mempunyai byk kelamahan dan saya rasa saya tentu akan menjadi insan yg lebih baik jika saya dapat melakukan sedikit perubahan pada tabiat dan kelakuan saya.hah, saya tersenyum sendirian bila melihat sendiri senarai tabiat dan kelakuan saya krn saya sedar rencana itu sebenarnya mahu kita mengubah diri. memperbaiki diri kita. berusaha melakukan perubahan. transformasi. pertukaran.

kita sebenarnya tak perlu menjawab soalan objektif ataupun memadankan jwpn utk mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. apa yg perlu ialaaah..kita hanya perlu mnjawab satu soalan dan fikirkan jawapannya. ituu jee. mudahkann??hemm..

Allah, Pencipta kita, telah memberitahu bahawa kita perlu bertanggungjawab di atas segala tindakan kita.

"Bagi sesiapa yang mahu di antara kamu, hendaklah maju ke depan ataupun mundur ke belakang-tiap-tiap diri manusia tergadai (terikat) disebabkan oleh usahanya. "
(Al-Muddathir 74 : 37-38)

subhanallah. Kita semua akan ditanya oleh Allah tentang segala perbuatan kita dan yang paling penting lagi, kita akan dipertanggungjawabkan di atas perbuatan2 tersebut. Dua perkataan yg sentiasa menghantui diri dan perasaan saya.

TANGGUNGJWAB DAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

bukan ape, saya cuma mahu kita mula kembali daripada bawah. bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. sekurang2nya, tanggungjawab saya sudah selesai utk mengingatkan kita semua.

memang, tajuknya macam agak tahpahape kan?but, don't judge the book by its cover.right?

okaylah, semoga mendapat kebaikan dan memperolehi rahmat-NYA. :)

dia yg bermuhasabah,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Tuesday 1 December 2009

masa lampau ketika jelajah.

salam :)


alhamdulillah, Sang Ilahi masih memberi saya waktu dan kesempatan utk meng'update' blog yg tak seberapa ini.terima kasih ya Allah, aku ucapkan di atas nikmat kegembiraan dan kebahagiaan yg KAU berikan pada waktu itu.

tak lengkap rasenye, kalau mana2 sekolah yg tak buat aktiviti utk f3 yg dah habis PMR. sape setuju??hem..

maka dgn itu, sekolah saya juga tidak melepaskan peluang utk memanjakan kami yakni tingkatan 3 2009, generasi ke 17( onese7en).sekolah yang saya sayangi ialah, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak, Selangor..tarikh yg telah dipilih utk memberikan kami nafas baru ialah pada tanggal 5-7nov 09.*ye kan??hehe ;)

setelah sekian lama, kira2 berminggu2 utk mereka(cgu2) utk menetapkan destinasi yg perlu dijelajahi.maka, termeterailah kisah kami di Terengganu Darul..*ops, tak tahuuu..sory.haha :D

*permulaan nya yg agak skema.takpee2, layan jee..

okayy, ramai dah maklum kan ape cerita2 nye??jadi, macam malas jugak la nk hebahkan lagi sekali..cuma ingin berkongsi apa yg seronok lah kat sane tuuhh..haha.

well, bila org perempuan yg "sekepala" dah tinggal serumah, mau tak mau gamat seisi pelosok setiap ruang rumah tu??haha. itulah kami,,yeahh ~
pasangan2 berikut:
1-khalidah dan rayyan (ehem2..)
2-fatmah dan nurina :)
3-azillah dan aliah ;)
4-kiru dan xephoraahh.*hehe :D
5-iman dan saidah :))

pasangan yang palingg mesrah :
cgu fatimah daaannn cgu honneyy..!

---------

hah, dlm rumah macam beselah kan.org perempuan nak melawa sane melawa sini.
huru hara rumah tu bila dah masing2, cop :
1-annnaaa2 first! ana mandi dulu.
2-annnaa2 last skaliii !
3-ehh22,, ana yg duduk sini dulu ehh..sane2!
4-eeeiiii,, ana nak tdo sinii..! tade2..
5-ana cop dlu pkai iron lps kdy..!

haa,, iron mestla kne kdy yg first enn..haha.
dan bermacam2 lagii..

apa2pun, smpi je rumah. sayalah paling syahid awall..haha.sejukkk.sume perli en??tak baik betull..masa tengok tv, kartun pagi2.gelak tak pasal2..aihh..

ini, stu lagi cerita.satu kisah.mmg bukti bhw rumah yg didiami agak berdekatan..
adeh..sampai stu tahap, kami yg kat umah ni..dga banin ckp ..
"weeyy,, s***** bagi aku sabunnn ..!"

hahaha.kuat betul enn meke2 ni mnjerit..agak2laa..apedaaa..

walaupun, hari2 yg dilalui agak basah. tapi tu semua tak menghalang kami utk bergembira dan bersama.

mari jelajah melalui gambar je eehh :D

susuri gambar berikutnya.


mukemuke anak2 yg membingitkan.haha


okay, cgu fatimah yang buat ;)


setibanya di Taman Tamadun Islam.nampak suram,okay lagi.bila basah, tuka topik.ehhe;)


sebenarnya, cgu2 yang paling semangat dari kami.. :D*byk buktii..ahha


haaa, kan dah kataa.bukti la nih..


cgu Latipah mencari ketenangan bersama..


sebelum menjengah ke dalam taman tamadun Islaam..lepak2 dluuu :)


fuhh, mcm firstime je pegang pasport.haha.detail, semua maklumat ade dlm pasport ni.


antara rakan taulan dari teamA

sejuk2, tak main la makan aiskrim..novel lagi best.hehe ;)


olololo..buat muke pulakk.haha :)


duta TTI. *soon.hehe
-----

antara masjid yang ade.*lupa nama pulakk.agak2 jelah ehh..



okay, ini bukan masjidla eh..



unik kan??subhanallah..






dah habis daa..


selepas penat basahkan diri.*berehat sebentar.


masjid ini tak dapat nak di jengahh..haha.


madang timeee..semua perut lapaaaa..


yeaahh.orang kuat kamii..hehehe:)


demo buat batikk..cgu2 je ade kan?walhal ni lwtn utk pljr..cgu pulak yg belajaar.haih,,murid2.aha


hujan yg lebat menyebabkan kami tersadai disini.*rasanye sy bertuah di sini.hahha :D


malam tiba, bbq yg agak lmbt disiapkan menyebabkan kami panas.ehhee.lepak dulu..

bersyukur la dapat makann enn..hehehe.sedaappp :)

------

keesokannya..

sebelum mutiara jernih jatuh ke pipi, snap lah duluuu..hahaha ;)


pagi2, baru freessh..


fuhh, berebut tuh makan ayam KK.hehehe :)


okayy, sweet :))


azilla tak agaakk..hahaha.suka sgt gamba nih.


peace cguu !


anak didiklah katakan..memanglah mcmnikan..hee :)


lepas penat jalan2 kat pasar 'baru', have a break duluu..sila2.


okay, secara tak sengajaa..haha :D

perabeh belon kanak2.


semua control penatt..adehh..ehhe


pandangan sinis ke araah..?


ni lagi satu perabehh..


tak cukup lagi 2 pasangg.takpe2, sila masukk..


balik2, tersadaai..sadai sadai sadaii jee.


muzium terbesarlah katakannn..


apa fungsi bende niii sebenanye??hem..


teringin ku miliki..kene jadi Pn MB la..haiihh..


bende ni bad?yela kot klo israel yg guna.ishh..

tammatt.

------

hah, mcm banyak sgt je kan??huu..takpela eh..hehe;)

masa pulang tu seronok sebenanye wlupun terkandas beberapa jam.itu hikmah dri Allah utk kami semakin rapat dan ketat..haha.

apa2pun, terima kasih semua yg memberikan kenangan yg indah ketika bersama.

yang penat,
Khalidah Alhusna Kamilen :)

Saturday 28 November 2009

Ekspidisi Remaja Kental.

salam :)

alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nikmat iman, sihat anggota badan dan sebagainya..
salam junjungan buat nabi Muhammada SAW.

hem, tajuk post kelihatan agak macam merpoyorkan je enn..haha.*tak kesah pon..
pada tanggal 23-25 nov haritu telah berlangsungnya ekspidisi remaja kental (XREK) nihh, under KRJ.tempatnye, di Impian Country Resort, Hulu Langat Bt. 14.

saya dikira peserta daerah gombak wakil negeri selangor..seramai 5 lagi angkatan yg lain.salah seorangnye, aliah hasyudeeen.terdapat juga kenalan al amin gombak yang lain, iaitu, aliyyah azmil, asiah, saidah, dan abdullah. tapi, wakil daerah lain2 laa..saya dan 5 peserta lain pergi ke sana bersama dgn dibawa oleh Encik Hamka.

hah, kami tiba agak lewat.namun masih ada juga yg dtg lebih lewat dari kamii..haha, sume muke kesegananlah..pada hari pertama, saya akui bhw sayalah peserta yg paling senyap sekali..haha.firstime dlm hidup, sesenyap macam ape jee..kami dipecahkan kepada kump, dan setiap kump mengikut nama haiwan.then, kami perlu mmbuat gaya sprti haiwan berkenaan.haha.yg plg lawak mgkin kuda laut lahh..lucu je.sy kump kucing, agak mcm ape je.dahla xsuke kucinggg.

dpt jumpa ramai kenalan baru dan lama.kwn lama drpd al amin bangi, senior dulu2, kwn rpt kecik2..hem, then junpa jgak team debat bi hidayah..mmg gamatlaah.!

wah, mmg dahsyat la kem ni.hari pertama shj terdapat aktiviti outdoor..sebelum xtvt bermula, kami diberi taklimat oleh Tok Wan..suare dieeeee,,fuuuhh! tak tahan, kuat betul.beliau ialah pemilik resort tu dan juga ketua jim slgr.kooott.mmg bestla aktivitinye.
antaranye,
1.lepasi tembok besar.(terdapat pserta dri skolah lain yg hmpir terputus lidahnye akibat slh teknik..woo,cuak kan?)
2.bergerak dlm meniarap di bwh pagar besi yg tajam.(Tok Wan kate, bwh lagi.kang aku sepak punggung kau.haha.mcm ape jeee..*not me okayyy.)
3.mnggunakan tali untuk panjat curam yg disaluti lumpur.maklumlah musim hujan kan,mmg licin teramatlah.
4.dlm berkeadaan duduk, kaki ke bawah, bergerak di sebatang pokok kayu besar.heh, berat badan deen..lotihhh..
5.berjalan di atas kayu besa dgn memegang tali.mmg susah, sbb org len pun pegang jugak, jadi tali tu bergerak2.degilll.
6.bergayut pada tali besar ke tali yg lain,(ha, sy mengaku, saya GAGAL.)then, jatuh ke lumpurr.*thanks Tok Wan.errrkkk..hehe
7.satu terowong yg dibuat khas drpd buluh, lepastu terdapat air pancut dari sungai menyimbah badan.hehhh, mmg basah la stu bdnn..dala panjang terowong nyee.sabar jelah..
8.rentasi sungai bersendirian.*okaylah kot.

bila malam mula menjengah, sayamula didekati oleh seorg kawan ni.hem, sy dgn dia sama jee.diam smcm, dan suka buat muka..haha.dia ahli kump saya.actly, dia lah kawan saya.nama dia, Tuan Ahlam Kotubaha.ahlam seorg warganegara Thailand.haha..mmg seronok sgt2 kwn dgn ahlam ni..sgt sporting n bese2 jelahh..die skolah kat perlis, MATRI.

selain itu, aktiviti yg ade juga ialah mmbuat persembahan berkenaan dgn palestin dgn 5 cara.tiap kump dpt berlainan caraa.5 cara tersebut ialah bisu, sinetron, pantomen, kecek klate n ckp nogori.kump sy kene kecek klatee,,dah kali ke2 ape yg sy xsuke sy kene hadapii..takpe2, sabar jelaahh..ahaha.mmg fun lah.

next, ada jugak muhasabah.muhasabah die mcm bukan muhasabah jee.ahaha.Tok Wan yg conduct, mmg abehlaa..suare dieeee..arghh.hehe.salah satu soalannya:

1. siapa yg pernah basuh telekung mak die dgn tgn sendiri???!!*cuba jawap sendirrii,.renung2kanlahh..

then, buat karangan klasik dgn mnggunakan apa2 huruf, tetapi perlu digunakan huruf tersebut bagi permulaan setiap perkataan.*faham tak?
heem..mmg mencabar jugakk..tapi, still okayy.

next, jungle trekking..huu, sy tewas disini.mmg hutan die agak lain dri yg len..nati kite buatlah kat sini utk kem asas thun dpn kee, ape ke..ceyy..balik2 je, tgn kiri dah tak boleh nak lurus.mmg letih la nk bia kene tahan jee.sakit die yg teramat.akhirnya, nigthwalking sy tak perlu tempuhi..hahah.*gelak puas.ceyy, mana adeeeee..

sblm balik tu, sedih jugaklah.sbb ahlam balik awal, dlm pkul 9 lebih..prog tu abeh dlm pkul 2 lebihh.sedih jee,, sgt2la..bukn senang nk jumpe diee.duk thai lagi tuhh..sblm raye haji haritu, die call.haa., sedih jee..

hah, akhirnya sy dapat juga lari drpd kesibukan dan kecelaruan yg melanda.apa lah salahnye kan kita libatkan diri dalam hal2 sprti nih..dapat ramai kawan baru, belajar dunia luar..byk lagi xtvt nye, cuma rasa tak perlu sgtlah kott..hehe.*malas ek?

okaylah, itu shj yg dpt dikongsikan..next post, ialah seperti 'taring-anu-triple ka, ceriterengganu ka, apa kaa..'tunggu jelahh..

maaf atas slh dan silap,
Khalidah Al Husna Kamilen.

Sunday 22 November 2009

baik, silakan.

salam :)

terima kasih ya Allah..
Maha Suci Allahh..salam dan selawat buat nabi junjunngan, Muhammad SAW.

ye, saya faham.
semua ada mulut, silakan lah bercakap..
semua ada mata, silakan lah melihat..
semua ade telinga, silakan lah mendengar..
semua ada hati, silakan lah merasa..

berhak ke saya utk dihukum sebegini?
berhak kah orang menghukum saya begini?

ya Tuhan...
ampunkan hamba-Mu yang hina ini..
tak kan lekang dosa dari dirinya,
walaupun berapa kali jugalah dia bersimpuh pagi petang siang malam.
walaupun berapa kali jugalah aku menadah tangan ke langit ketika dingin malam.
AKU TETAP HINA,..!
AKU TETAP BIASA...!

sudah puaskah mereka berbicara?
sudah puaskah mereka mendengar?
sudah puaskah mereka menghitung aku?

mohon maaf utk semua yg tidak pernah senang dgn ku,
maaf, maaf.
saya hanya BIASA.

ya Tuhan..
maafkanlah, mereka yg tersalah dimana2 dalam menafsir diri ini..
sungguh, mereka juga biasa.

meski tak daya aku harap rebut cinta-Mu.
penuhilah jiwaku dengan satu rindu,
rindu utk mendapatkan cinta-Mu..

hati yg meruntun,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Tuesday 17 November 2009

haha.

salam :)

terima kasih kpd semua yg sudi menambahkan bilangan pada "bukan nak bangga" husna tuhh..syukur alhamdulillah, masih ade yg sudi menjenguk dan melihat..meskipun, makin lama makin hambar dan hambar..tapi, mahu tidak mahu jari husna tetap akan bergerak utk menaip apa yg tersisip dihati ni..

terima kasih ya Allah, KAU berikan lagi aku nikmat utk hidup.

seriusla, mcm ramai je kan yg dah post tentang TERENGGANU, atau, TARINGANU, atau, CERITERENGGANU, atau GANU.haha.selalunya, husna lah kononnye paling uptodate utk update.haha.tapi sekaraaaangg, tengok, tengok..mana ade kan?haha.naak gelak je rasa..
bukannya apa pun, ada masalah dgn aminahh..saba jelaa.takpe2, nanti suatu mase husna akan menggamit kembali semua perasaan-perasaan yg adee.ahaha :D *takde kaitan.

cite2, skrg ni dah pun hampir raya haji kan?hem, thun lepas beraya tanpa umi dan abi..mmg kenangan lah sbb banting banjirr.and, yang paling penting takde sape pun yg ckp2, kecoh2 nak balik kampung mana nih?haha.thun lepas, ikut jelah sape yg nak angkut kami adik beradik..ehhe, tapi tahun ni..lain plak ceritanyaa..

mase ni, abi tengah tengok berita.duk depan tv..saje kacauuu.

husna : abi, raye haji ni kite balik mane?
abi : balik bantinglaa, mane lagi.*slrrpp, minum kambing.haha.(kopi kambing, kami pggl kambing jee.)
husna : oowhh,, umi dah setuju ke?pilah balik bile pulak??
abi : hem, pilah kan haritu dah rayee..kali ni banting la pulaakk.
husna : okayy, tak saba nak balik raya ! rindu neneeekk, motor kapcaaii..sepupu sepapatt.

tiba2, pintu rumah dibuka..tup2.tanpa sempat apa2..

umi : abi, raya tahun nai balik pilah eh. kaplek(adik umi) bedah telinga. takde sape yg nak ganti.awk kena ganti dia.
abi : alah, xkanla xde sape?takde2, banting2.

HAHAHA.kelakar je rasa.husna dgn huda bantai la gelakk.tak sangka, raye haji pun ade jgak kacau bilau cmni kan?haha.serius, itu merapatkan hubungan kami sekeluargaa..walaupun mcm agak pelik je kann..

bile pikir2 balik, kalau kat banting mesti lembu2 kena ikat kat pokok.patu, main mercun dekat lembu tu..haha.terkejut lembu tu, MOOO..haha.lumbe motor dgn sedara, kena marah habiskan minyak wak roem.*tak kesah punnn..bukan selalu.haha
tapi, kalau kat pilah ramai org.but, lembu xnmpkla.yg ade cume daging yg tinggal utk dilapah.makan, sume sedap2 belaka..

hem, hem.jadii??entahhlaa..

sebenanye, husna rindu wafda n minah..ni lagi stu nak haha.
aminah dulu bukan main, kalau balik gombak je mest flight..haha.tapi raye haji ni, die kena balik naik kereta api jeh.ahhahaha.sbb tiket bas dah habis, flight pun same koot..then, abi ckp die smpi lepas raya haji..kelakar je rase..apela kakak2 husna nihh..

haih..astaghfirullah.haha ajelah husna nih..ceyy, bukan ape.mentang2 lah da tuka blog baru kan..mmg berdasarkan tema, live, laugh, love itu yg nak kena haha atau kasih syg dan kehidupan..kononnnyelah..ahha.

okaylah, setakat itu sahaja. salam :)

jari yg menaip,
khalidah alhusna kamilen.

Wednesday 4 November 2009

mungkin sudah tiba masanya?

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum w..

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi masih diberikan ruang dan peluang dalam meniti hari-hari yang mendatang.segala yg terjadi, dibawah kekuasaan Allah swt.tiada siapapun yg mampu menghalangnya dari terjadi..

post kali ini mungkin lebih banyak utk husna mengimbau masa yang telah berlalu..ingat lagi, masa kecil2 dulu.nak kata nakal tu, takdelah sgt..tapi, boleh tahanlah.hem, dulu waktu usia masih mentah, setiap kali bersalaman dgn umi dan abi, mesti husna tengok tangan mereka..sangat terasa apabila kasih sayang ibu bapa mengalir ke tubuh anaknya.dulu tangan takdelah nmpk tua sgt.tapi sekarang, keadaan itu dah tak sama lagi..sedikit demi sedikit ada perubahan.nampak sudah ada perubahan..

saya sedar,
hari demi hari,
waktu demi waktu,
semua orang akan menginjak dari satu fasa ke satu fasa..
tapi, kadang hati ini masih belum bersedia utk menerimanya.
saya tidak tahu ingin membuat persediaan yang bagaimana..

masa di tingkatan dua, setiap kali matahari mula mahu tertegak pada waktu pagi.saya sering mengadu masalah sakit kepala yang amat sangat..hinggakan tidak boleh belajar, tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya.tak nampak dgn jelas apa yg ditulis oleh cikgu.mengerang kesakitan bagaimanapun, orang di sekeliling tidak akan mengerti apa yg saya rasa..sudahnya, saya repot saja pada umi dan abi.di atas keprihatinan mereka, saya dibawa ke doktor mata.mula2, ingatkan naik 'power' je.malang tidak berbau, sangkaan saya meleset se'leset-leset'nya.

maka hingga ke hari ini, saya terpaksalah berkaca mata kan spect ajaib atau spect tinted.haha.tak kesahla orang nak sebut sebagai apa..dapat juga menghiburkan jiwa..setelah diberitahu oleh doktor bahawa penyakit ini akan membabitkan bahagian kepala, tekak, dan mata.saya mengerti, akan ada fasa-fasa ygg perlu saya tempuhi.

fasa pertama, pening2 itu sudah lama saya alami.bila cahaya matahari masuk saja ke mata, pasti terasa sakit yang amat..itu sudah berjaya saya tempuhi dgn hati terbuka, alhamdulillah.kemudian diikuti dgn hidung berdarah.hah, bukan darah mengalir mcmtu je.tapi darah berketul2 keluar ikut hidung.sakitnya tuuu..huhh, hanya saya yang rasa.itu juga saya berjaya.fasa seterusnya, tekak ini mula terasa mual2 bagaikan ingin memuntahkan sesuatu..tapi, tampaknya tidak ada yg keluar.haha.

sekarang ini, saya merasakan sakit kepala yang bukan kepalang sakitnya.aihh, terasa macam mahu pitam pun ada.tapi, saya harus menggagahkan diri juga.mungkin saya akan tempuhi lagi fasa-fasa yang baru.tapi, apa dia??hilang daya penglii..?

"ya Allah, berikanlah aku kesempatan utk terus melihat org yg aku kasih dan sayang.aku masih tidak puas melihat wajah kasih ibuku, wajah ketenangan ayahku.aku masih tidak puas melihat wajah-wajah ceria sahabat-sahabatku..ya Allah,berikanlah aku kesempatan utk menjaga ibu bapaku semasa mereka sudah tua.berikanlah aku peluang utk menatap indah ciptaan-MU.hanya kepada-MU aku tempat aku memohon. ''

coretan kali ini hanya utk memberi peringatan, kalau-kalau anda mengalami sebarang simptom yang dinyatakan di atas utk terus pergi ke doktor, sebelum terlambat..di samping itu, doakanlah saya.

kepada yg tidak mengalami apa-apa, diharapkan agar menjaga amanah Allah yg plg besar ni sebaik mungkin.janganlah lihat perkara yg tidak mendatangkan manfaat kepada diri dan org lain.akhir kata, maafkan segala keterlanjuran kata yang mungkin ada memberi kesan pada sesiapa..

tiada apa yg boleh saya lakukan selain terus berdoa kepada Allah.memohon dan meminta..

Saturday 24 October 2009

padat, penuh, penat, pening .!

bismillahirrahmanirrahim..

aslmkum w,.

aah,..alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk melihat blog kesayangan nih..meskipun dah tak berkilat, org pun dah jemu nak lihat, rasanya mcm kelat, tapi..terima kasih pd yg setia yea..rasa mcm kekok pulak nk post kali ini..haha.ape kene ye??apa2pun, harapnya org sekeliling berada dalam keadaan sihat hendak-NYA..

haa..tak tahu mcm mana nak ckp betapa rasa bersyukur dan leganya selepas fasa2 yg susah terpaksa diharungi..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi masa utk muhasabah diri..masih tak lupa lg mcmna hampir accident stu family itu hari..sgguh memberi pengajaran pd saya..apa2pun, hidup ini adalah amanah..bukanlah bebanan.,maka dgn itu sy pinta tolonglah buka fikiran masing2 yeah..

okay, memang tersangat lega slps berjaya mengharungi semuanya dlm keadaan sihat.mmg itu satu nikmat kan?hem..lepas pmr je, keluar dgn kwn2.ha,,ini memang seronok..

baiklah, nak dijadikan cerita berkenaan title nye..segalanya bermula disini..

lepas pmr:
1-keluar bersama rakan2.
2-pergi bercuti di Kuantan.
3-PMRI la...apelagi kann?kan?kan?haha

lepas pmri:
1-rehlah (22/10-23/10)
2-holiday bersama keluarga di p.dickson (23/10-25/10)
3-netball, meeting mjlis perpisahan (26/10)
4-sukaneka (27/10)
5-musabaqoh tilawah AQ (2/11)
6-lawatan ke Terengganu (5-7/11)
7-majlis perpisahan f5 (13/11)
8-ke Pulau Tuba (17-19/12)
9-explorace (20-??/12)
10-result (akhir thunlah..)

RANCANG2:
1-nak buat bisnes melalui internet dgn mnjual puff pastri dan pizza air tgn sndri.(nanti gmbar dipaparkan kemudian)
2-nak belajar buat cupcake sbgi persediaan utk wafdul amin nanti(panjang sgguh impian)

ini lah yg mmbuatkan sy terasa padat, penuh, penat, pening..sewaktu rehlah, sylah penghuluwati nya..pghuluwati yg kurg brtggjwb kan?haha.masa tidolah dia gelak sana, gelak sini..disebabkan dialah pghuluwati, dia sggup duduk dtgh sungai bg mengelakkan anak2 buahnya dari terjatuh atau apa..haha.contoh terbaik smsa menggelongsorkan diri di longkang besarr..eeii,yekk! tp mcm kat time square..ahahhahahah.kesian sgguh krn ada yg brcdg mahu pergi sana pada hari yg sama.sy sedapkan hati mereka dgn mnyebut inilah rasa sbnr g time square.kenapa ya org suka lihat sy makan?kata nya penuh semangat..haha.kureng eeeekk..

sama quality and cheaper than crocs ten folds..made in Malaysia :)

saya pakai kasut ni(wane hitamla tapi) je g jungle trekking, alhamdulillah xjatuh lagi..sgt selesa.sapa suka kasut yg jenis2 mcmni??heee..ada yg ckp, rehlah lg mncbr drpd xtvt syabab..hem, no komen yee..
paling xtahan, tak jatuh apa pun tapi kaki bengkak hingga biru..adeh, jalan pun nak taknak je..tapi, main bola jaring die elok plak..ahah:)

okay,seperti yg tertera aktiviti netball dan sukaneka sy dn cg latipah yg arah..haha.andai tak sempurna sy minta maaflah ye.netball scr liga ehh.siaplah sukaneka nanti..ahah.aktiviti yg memberikan anda rasa mcm nk belasah saya..kotla ehhh..hehe:) Antaranya:
1. cari ikan bilis dalam tepung.
2. tiup belon smpi pecah.
3. makan biskut kering plg cepat.
4. lari skipping.
5. ikat kaki sambil lari (2 org)
6. isi air dlm botol.
7. bwk bola pingpong dn sudu.
8. bwk bola guna dahi (2 orang)

apa2pun, sy suka bila sy sibuk..hrp segala berjalan dgn lancar.sy minta maaf atas apa2 kekurangan diri, dan kekhilafan sy..kita hanyalah merancang, dan DIA sahajalah sebaik-baik perancang..

mohon maaf,
Khalidah Alhusna Kamilen.