Thursday 10 February 2011

percaya? oh seriuuussss.

assalamu'alaikum.

Allahumma Solli 'Ala Muhammad. alhamdulillah.

Allah..

serius?
haiyo. macam dah takboleh nak percayakan semua orang. mesti ada je yang berlaku. apa penghalang semua ni?

dari pendengaran pun, saya boleh tahu.
dari penglihatan pun, saya boleh lihat.

nak percaya macam mana lagi ye?

oh okay, mungkinla saya cakap macam ni. orang pun sama, bukan nak percaya saya. okay, nevermind.

tapi,
semua orang nak tengok buktinya daripada perbuatan. kan kan? kalau betul cakap macamtu, kenapa tak buat? sukasuka dgn orang lain pula yeee..

betullah kan, kadang kadang manusia ni dah serik untuk ditipu. dah serik untuk dipermainkan. oleh itu, mereka akan lebih berhati hati dalam mempercayai seseorang.

kalau kita percaya seseorang tu sepenuh hati, jika sikit je orang tu dah buat hati kita hilang percaya even 0.5 % je. memang sampai bila takboleh nak percaya.

TAPI,
memang tak dapat dinafikan, kepercayaan masih boleh dipupuk :)

tinggal ambil tindakan atau memang dah buat tindakan?

sudah serik begini,
Khalidah Alhusna Kamilen

Monday 7 February 2011

sory, tu bukan aku la..

salamun'alaikum :]

alhamdulillah, saya diuji lagi :]

bak kata dia, : biarkan kata-kata awak manis didengar..

yelah, mu memang terlebih coooolll. okay, orang cubalah ni. sejujurnya memang terkesan macam mana dia ni boleh bersikap macamtu kan. hoho

hem, oh ya. untuk pengetahuan semua, saya takkan tak berpuas hati dengan benda yang sekecil kecilnya. oh tolong lah, setakat 'seseorang' ni tak perlulah nak bergaduh atau apa.

kenapalah takut sangat saya tak puas hati? takde masa lah nak tak puas hati ni. saya sentiasa belajar nak hidup dari dia. kena relax cool. memang takde pun tak puas hati ni. nak terdetik pun taklah..

dah kalau saya takde pun tak puas hati ni, janganlah kamu ni nak bersikap dingin. saya tak kisah apa apa punlah. saya taknak lah tak elok ni. benda kecik, sangat simple. sejujurnya, saya sedih sangat kalau sebab ini lah hubungan yang dahulunya baik boleh jadi renggang. tolonglah buka mata, yang lebih rapat dengan kita kawan jugak kan, perempuan. bukan orang lain.. entahlah, memang saya tak marah kamu nak buruk buruk kan saya, bersikap dingin ke apa. tapi saya tak sanggup nak biarkan macamtu je. takpelah saya susah pun, okay saya tak minta tolong kamu. tanak tak ikhlas, hasilnya tak menjadi.

dah dah la, takut sangat saya tak puas hati benda ciput ni. hem, saya akan bertindak tak puas hati bila ada unsur agama ke pegangan ke yang dah buat buat atau nak merosakkan. takat ni jelah, Allah.. tu bukan saya.

HARAP MAKLUM :]

saya ni,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Saturday 5 February 2011

Friday 4 February 2011

dengarkanlah..

assalamu'alaikum wbt..

alhamdulillah, masih sempat diri ini bertasbih, bertahlil dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. alhamdulillah.

Rasulullah SAW bersabda :

" Barangsiapa suka berjumpa Allah, maka Allah suka berjumpa dengannya. Dan barangsiapa tidak suka berjumpa Allah, maka Allah pun tidak suka berjumpa dengannya. " (Q.S Al Kahfi :50)


" Selawat kepadaku adalah nur atas titian. Barangsiapa membaca selawat kepadaku pada hari Jumaat lapan puluh kali, maka Allah akan mengampuni dosanya setahun. "


" Siapa membaca selawat padaku sekali, Allah memerintahkan mendung putih mengambil air dari lautan rahmat. Maka dia ambil, lalu Allah memerintahnya agar menitik. Ketika ia menitik, setiap titikan di atas bumi Allah jadikan emas, yang menitik di gunung dijadikan perak serta yang menitis orang kafir dijadikan iman. "


" Barangsiapa solatnya tidak boleh mencegah kekejian dan kemungkaran, maka dia hanya bertambah jauh dari Allah. "

" Perintahkan kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan larangkan kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhi seluruhnya. "

" Siapa lupa membaca selawat padaku, salahlah ia meniti jalan di Syurga. "

" Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi dan siapa yang tidak pemaaf, takkan dimaafi pula. "

" Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika bergenang air. "

Rasulullah SAW seringkali berdoa :

" Ya Allah, berikanlah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum airmata ini habis. "

mungkin diri ini tidak dipandang oleh sesiapa. tapi diri ini telah menyedari sesuatu. alangkah manisnya menyendiri dari dunia yang penuh tipu daya. alangkah indahnya jika aku bersama Tuhanku sahaja. wallahu'am.

p/s : semua diambil dari Buku 'Penenang Jiwa' Pengubatan & Rawatan. oleh Imam Al-Ghazali hasil terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub.

" Ya Allah janganlah Engkau jauh lagi dariku setelah Kau mendekatiku. Amiin Ya Rabbal'alamiin."

menyedari,
Khalidah Alhusna Kamilen.