Saturday 29 January 2011

lebih kurang macam tu lah.

salamun'alaikum :)

Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang.

alhamdulillah, segala kesyukuran dipanjatkan buatMu.

sudah hampir sebulan januari meninggalkan kita kan. dan, macam-macam pun dah berlaku. tak banyak yang nak diceritakan. eh tak, tade pun nak diceritakan sebenarnya. tapi, sejujurnya agak sibuk dan sibuk di sekolah. tapi takpe, last dah pun kan.. hoo. mesti fikir ni je. harap dapat bahagikan masa dengan betulla.

saja saja ni. saya boleh kata lah kan ciri-ciri lelaki yang saya suka. bukanlah makna kalau dia ada, saya suka je semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. melaaaampaaaaau lah kaaan. haha

1- pakai jam tangan.

sebab? haha nampak menepati masa dan menepati janjinya. malah, kelihatan kemas pun ada. nampak sangat mementingkan masa dalam hidup.

2- menguap tutup mulut.

why? hehe nampak beradab lah kan. memang tak fahamlah macam mana orang lelaki boleh biaaar je mulut ternganga luas menguap. aiyoooo, hilang rupa lah. heish kot ye pun jagalah sikit kann. nampak sopan tutup mulut. tadelah macam apa tu takut sangat rupanya menguaaap. dahla menguap luas luas kaaaaaaaaannn haha. gelak sendiri.

3- berkopiah, berbaju melayu, jubah.

kenapa? alahai, lagi bertambah tambah sopan kan. nampak 'ayu' haha. bak kata umi, '' lawanya lelaki ni'' hahahahaha. LOL ini tak bermakna mata ni tak jaga pandangan nak tengok orang sesuka hati lah. cuma rasanya lagi elok lah kaannn. haha. nampak baik sangatlah.

4- bermisai, berjanggut.

limaza? laa syai aaa. hehe. cuma nampak matang lah kan. maklum lah, minat orang tua tuan blog ni. ahaha tak suka muda lagi ataupun sebaya. taappppiiiiiiiiiiiii, dah kalau sebaya pun jodohnya apa salahnya. yang penting nampak matang, sebab nampak lebih banyak pengalaman. yelah, kita ni nak orang pimpin kita. kaannn.

5- lemah lembut kata katanya.

boleh kata jugak lah kan, jiwang ke. haha. no lah, nampak la kan dia apa tu. alah, menyampaikan kata kata dari hati melalui mcm tulah kan. *takpaham sudah. hehe macam comel kan, muka garang cakap lembut. haha. aiyooo. pantang la kan, orang lelaki ni nak tinggikan suara, menengking ke apa. kecik hati ni. huhuuu

ha sudah, biar jelah sampai situ. haha melebih-lebih pulok. okay motif, saja saja jeeeeeeee. actly, idaman nak macam abi lah kan sikit sikit. tapi, ada orang kata nanti tak berkembanggg. haha thats not funnyyy okayyyy. suka hatilaaa. wawa.

saya pun taktahulah, keputusan saya ni betul atau tidak.
sebab saya rasa keputusan saya dulu mungkin agak tergesa-gesa dan dalam keadaan tertekan. dua hati saya kena jaga. tapi sekarang hasilnya, saya pula yang sakit huu. apakan daya salah sendiri kaaann.

hem, sejujurnya. dah dua kali saya mimpikan awak selepas solat istikharah.
saya sebenarnya pun takut nak beritahu hal sebenar. saya ni siapalah sangat. memang dahlama saya pendam dan simpan sorang sorang. dan sekarang, saya mengharapkan yang terbaik. moga apa yang saya harapkan termakbul. cuma satu lah, saya nak minta awak jaga saya baikbaik dan tolong jangan lepaskan saya. harap awak tunggu masanya.

akhirul kalam, saya minta maaf. saya rasa ini bukan yang betul lah.

"lebih kurang macam tu laahh"
saya yang dulu,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Wednesday 19 January 2011

ini jawapan dia,


salam.

haa, ada haritu saya tanya seorang kakak ni nama dia Rulah Khalis. dia dah jadi chef kat sebuah hotel kat Dubai. hoo, jadi saya pun tanyalah dia macamacam kaaannn. tanya kat fb lah. then, akak ni pun balas mcm kat bawah ni.

huu. mmg nak sangat tanya orang pasal benda ni. sbb bukan semua pun nak jadi cmni kaaaann. tapi saya minat sangat. hooo. adalah serba serbi dah faham. dan memang dah dapat semangat balik utk terus jd chef :]

so, ini kira mcm sesi perkongsian lah kan. mana mana yang nak jadi chef juga boleh tengok. saya pun tak retii mana pun. malah taktahu apa apa pun. memang berterima kasih sangatlah kepada akak Rulah :]

>ayat dia agak koman ehh. bahasa sms lah katakan. mana mana tak faham boleh rujuk kpd saya yeeeee.


''wkslm..
minat nk jd chef o minat memasak..? itu soklannye.. xkesahla apepon kan.. minat org sape pon x leh halang..

cmne akk mule..? hahha.. tahla.. akk mmg minat masak gitu2 aje. lame2 mmg tjd minat. nk kje pon mst bekaitan dgn FnB..

kalau btol khalidah berazam nk jd chef.. smpai ke pangkat tggi.. bgus la.. tp kbnykknye lah kn.. mmg agak susah nk tgok chef pgkt tggi2 dr golongan pmpn.. slalunye chef pmpn more kpd bkk bsnss sndr @ chef celebrity mcm nagella,sugar etc..

actlly akk pon baru bejinak2 dlm perhotelan ni.. means, 1st job in hotel.. b4 this kat fnb outlet jer.. tp akk xde la nk aim smpai pngkat tertggi.. dan xdela nk d bwh aje.. yg pntg ade kemajuan n bnyk experience.. pastu make my own bsnss.

so, kalau nk pas utk msuk University dlm perhotelan.. spm kne pas Math,add math, sains asas je, english pntg! n bm klau nk lg bgus economy n account pon kne pas.. lg sng pluang tu utk dpt culinary course.

akk dulu study kat UiTM,Shah Alam blja smpai diploma jer.. kalau direct spm to diploma 3 tahun jer.. kalau nk rajin blja tggi2 smpai degree bgus jugak.. tp mostly yg laja degree tu more kpd perusahaan bsnss.. dr dip ke degree 2 tahun. nk kate susah tu.. tidaklah.. yg pntg kne pndai bhagi mase.. maklum la zaman University bnyk befoya2 becintan cintun.. tp sumenye Alhamdulillah.. pointer pon bgus..

tp akk saran kan pd khalidah. kalau btol khalidah nk keje as a chef at hotel.. jgn lah bzir mase buang duit blaja jaoh2 smpai degree.. kje chef ni yg pntg ade certificate n experience jer.
kalau 1st time nk minta keje.. ape2 pon mesti dr bwh.. xde yg trus2 dpt pgkt tggi2.. yg pntg experience tu.. lg bnyk exprnce lg cpt naik.. kalau blh bnyk kn p'alaman keje di luar kl or msia.

haaa.. pjg bejela akk becriter kan.? moge terjwb la ape yg khalidah nk tnyer tu..

moge impian awak menjadi knyataan.. skema pulakss.. ok la..''

okay , tamat. itulah dia.

haha addmath dah kantttooii kan. memang sekarang tengah berusaha sungguh sungguh utk math dan english laaahhh. huuu. memang haraaaaapp sangat sangat. memanglah kan, ramai yang nak jadi macam macam. saya ni pun nak jadi chef je. nak banding dgn org lain nak jadi arkitekla, doktorlah, jurutera lah, lagi lagi apa ekk.

btw, cita cita kedua nak jadi SURIRUMAH DAN SURIHATI orang lain lah. HAHA :D tak salah eennnnn.

semakin berisi,
Khalidah Alhusna Kamilen

awal awal lagi

assalamualaikum wbt :)

alhamdulillah, dua minggu sudah berlalu. kiranya aku masih gagal untuk menguruskan masa dengan baik. inilah yang sejujurnya. yelah, mungkin dari segi membahagikan masa lah kan.

awal awal lagi, dah macamni. seterusnya bagaimana pula ya?
harapharapnya takdeapalah sgt kan.

permulaan ni,
memang sayalah kena buat semua. dah tade nak bergaduh dengan kakak dah. dah takde tempat mengadu dah. huu. sedih niiii. haaaaa. dari pintu rumah, hingga pintu dapur dalam dalam dapur sekali. adik adik. saya lah uruskan. huu. diri sendiri, lagi lah saya yang uruskannn. wawa.

bawa beg si kecik, kemas rumah dapur, bilik, sidai, angkat baju. membasuh sana sini. alhamdulillah, nasib baik mesin ada banyak. ehhehehe.

awal awal lagi dah sibuk ni, den tatawlah seterusnya.

next, sukan. bola jaring lagi. bola tampar pula. badminton. oh meeting lagi. dan dan, sukan lagi. oh ya, DEBAT lagi. latihan dah mula. waaaaah. semoga saya berjaya. ini lah peluang saya berjaya untuk persediaan keluar sekolah nanti.
..
haiyaaiyayayyaa. subjek tertentu lagi. haaa. kantoi di situ. takpa takpa. cubaaaa. boleh kann.

kak HUDA, IMISSYOUSOOOOOOOOOOMUCH. huuu bila jauh ni rasa janggal. segan nak cakap. cmna lah kan kalau kau g jepun? goodluck Huda. iloveyouuu. heeeeeeeeeeeeeeee. blushblash.

Friday 14 January 2011

kenapa yek.

salam untuk dia dan semua.

kenapa eh, mesti rasa nak pandang.
kenapa eh mesti rasa ingin tahu tentang itu dan ini yang berkaitan dengan dia.
kenapa makin lama makin susah?

kenapa eh aku tengok dia kelihatan okay je.
kenapa eh aku yang tak okok lagi?
kenapa eh dia macam langsung tak heran dah.
cepat sangat ke dia lupaka aku?

sikitpun aku tak lupa.
kalau boleh nak buat cerita panjang-panjang. tapi tak boleh.
ikutkan hati nak je buat surat tulis cerita bagi dia, tapi pun tak boleh jugakkan.
nak lagi ke dia tengok aku?
penting lagi ke aku pada dia?
oh jawapannya mestilah tak kan. heemm.. okayyy.

kenapa rasa ni dalam sangat?
ye, memang sebab sayang sangatlah.
kenapa eh aku cemburu tengok dia pandang orang lain.
kenapa eh aku terkilan dia mesej orang lain tapi bukan aku.
kenapa eh aku taktahu pun dia tak tukar number.
kenapa eh aku pegi call number lama dia tapi akhirnya jawapan cuma 'nombor ini tiada dalam perkhdimatan'
kenapa eh ku ni degil sangat. susah sangat nak terima.

kenapa eh aku banyak sangat tanya.
kenapa eh tiap kali hujan aku teringat daun pisang.
kenapa eh aku selongkar barang, mesti aku terjumpa surat dari dia.
kenapa ehhh.. aku rasa rindu sangaaatt..

Tuesday 4 January 2011

habis cerita :)

salam :)

hai utk semua bungabunga cintaaaa.. lalala.

oh ya, maaflah ye baru baru ni pc saya diserang penyakit huhu. maka, semua benda gambar yg ada hilang dan lenyap daripada pandangan begitu sahaja. sedih sangat2, tapi tulah sape suruh tak simpan dalam hard disk ke apa enn. okayyy, kawos kepada saya :)

alhamdulillah, tahun 2010 yang banyak mengajar saya erti kehidupan bakal melabuhkan tirainya tepat jam 0000. *apakah itu? .

memang tak tipu, tahun ni banyak asam garam gula dan cuka yang saya tempuh dan terpaksa rasa. kehidupan adalah tempat saya menuntut ilmu. banyak yang saya perolehi tahun ni. kawan baru, perasaan baru, cerita hati baru, luka baru, gembira baru dan macam2 yaang baruu.

saya tahu, tahun 2010 bukanlah tahun yang terbaik saya. okay takpa, saya rela. saya siap sedia bukak buku baru. tapi, kenangan tetap kenangan. masa lalu adalah tetap masa silam saya. terima kasih kepada anda anda yang banyak mengajar saya, memberi saya harapan baru dan mengajar saya erti kasih sayang.

nak cerita satu persatu memang taklah enn, banyak melampau-lampau. jadi tapayah lah kan. hehe.
walau apa2pun, saya tetap sayang 2010 !

kepada semua, sila lah layan gambar2 yang telah merakam detikdetik indah 2010. maaflah yea, gambar tak sekata tarikhnya. takpe2, refresh okaaaayyy :)

jom saya cerita meh,



ini XPDC, ye last syabab ada :( sedih sangat sangat lah kan. tak sangka semua berakhir. inilah pengalaman antara yang terindah. suasana Gunung Berembun sangat sejuk dan dingin. kami memang menjadi akrab. menjadi AJK bukanlah satu tugas mudah, malah memerlukan banyak pengorbanan.


ini Nurina, dia AJK keselamatan, saya pula AJK disiplin kami perlu berganding bahu dalam menguruskan peserta-peserta. dia memang baik kan.. ;)


oh ya, ini baru lagi ni. kat beras terbakaq dimana tercetusnya pengaruh 'S'. saaayang semuaa. semua sakats doks habaqs s sokmos. ini adalah rakan paling dekat masa tu.

ha, ni pula keluarga angkat di Kg Selat Bagan Nyior, Langkawi. memang pengalaman yang paling indah la ni kan. semua gembira. terima kasih mok, aboh, dik ain dan husna :)


okay team wafdul amin yang memanggg hoooottttt. haha kami bertungkus lumus cari dana. buat macam2. tak banyak sengketa antara kami.


aha, ni saya rasa team nasyid banat yang pertama sekolah. sekaligus merangkul sebagai pemain netball sekolah, malah ada juga yang qari'ah dan hafizah, pemidato. macam macam kan? memang ni pengalaman terbaik lah. semua kami kena buat dalam tempoh 2minggu semasa minggu peperiksaan. mahu tak nyanyok? haha

aceceyy, haha ni first match lawan alumni baru baru ni. yang second ta dpat join. inshaAllah, yang third dapat join balik lah kottt. hehe. mereka memang baik. kongsi cerita, bandingkan dulu dengan sekarang. woah, memang banyak beza.


hehe kami sayanggssssss :D


selepas mendapat gelaran juara bola jaring antara sekolah sekolah agama di selangor anjuran amal islami. hehe. memang penat, tapi best. kami memang dengan cara kami walau apapun. ;)


cantik kan medal nya? paling berat punya medal lah yang pernah dapat. semua batak ciumcium hehe :)


inilah pemain yang sebenarnya. alah, sedih la pulak kalau tak dapat lagi macamni tahun depaaaan. huuuuu. nak main lagiii.


kami berjaya tewaskan, aaa lupa nama sekolah dia. tapi boleh tahanlah hebat dia. saya rasa kami ni cekal macam Harimau Malaya hehehe ;D

hehe selamat hari raya ku ucapkan kepada semua. best la masa ni kan, raya timeeeeeee..


last minute punya task, terpaksa mendeklamasikan sajak utk guru2 sempena hari guru itu hariii. agak kabut la kann. huu sumbangan terakhir :')


saatsaat yang sangat mendebarkan ketika menjadi pendebat. dan saya sangat merinduinya sekarannng ..


sis, rindulaaaaaa <3


AAAAAA...missmisssmissss.hehe thankssss cikgu ;) usrah yang paling bestla kannnn...


hehe rindunya saat melahap aiskrim banyak banyak. wah, tak kesah perisa apa. memang makan berulangkalilah. hehehehehee bestttt woooo :D


heee, anak usrah tersayang :) meskipun tak layak, sekurang2 nya saya ada kenangan bersama mereka..


huuu ni paling ingatlah kan. lepas PJ je, tgk atas meja dengan berwap sejuknya. tiba2 je ada atas meja. dahla lawa sangat. macam terharu la kan, bukan mcm tp memang pun. memang mengalir airmata ni. nak pulak dengar cerita dia. aduhaaiii lagi lah pulakkkkkk :"(


the end -___-

moral cerita : hehe jaga semua kenangan. tak ingat takpe, jangan sampai terlupa okaayyy? :) dan sejujurnya saya gembira dan bersedih dengan apa yg telah terjadi. apa pula 2011 nanti ye? wahh, sama2 kita tunggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

notabusuk : patutnya 30hb haritu post, tp laptop buat hal maka ditunda pulaklah.hoo

yang memahat,
Khalidah Alhusna Kamilen.