Thursday 8 March 2012

aku pegang satu beban

assalamu'alaikum

aku pelik, kenapa mesti aku ya yang galas ni semua?
aku tahu, takde sape yg tahu selain aku dan Dia.

kalau pun 'beliau' tahu, adakah 'beliau' dikira seorang yg dayus?
dan aku pula dikira sebagai apa? pengecut, penakutt?

ya, secara jujurnya aku memang penakut dan pengecut. sebab benda ini semua membabitkan kebahagiaan sesuatu institusi. institusi yang sangat penting.

"aku kalau ada orang nak ambil, aku pergi je" - apa benda ni? ni apa benda ni?

sekarang ni, kalau betul sayangkan 'kami' , 'dia' takkan buat perkara macamtu.
im serious bro.
and, kalaupun betul2 sayangkan 'beliau', kenapa masih mengungkit cerita lama, kenapa tidak berusaha semampu yg mungkin?

ya, aku tahu 'dia' mungkin sudah penat. memang layaknya 'dia' peroleh kebahagiaan sekarang. tapi ingatla balik janji Allah. disebalik kesusahan pasti ada kesenangan. kenapa mesti ambil jalan mudah? pleasela, 'anda' ada jawatan yang hakiki. 'anda' pasti dengan 'orang' tersebut? yang entah mana asal usulnya. pasti??!

secara jujurnya, aku sendiri takpasti sampai kapan aku akan terus betah utk menahan benda ni semua. aku taktahu.
yg aku tahu, semuanya demi 'kita'.

aku takkan jadi 'penghancur', tapi kalau aku tak dedahkan, mungkin satu masa akan 'hancur' jugak.
tapi.........

ahhhh! banyak sangat tapi.

aku rasa utk aku buat keputusan tu terlalu besar.

aku mungkin penakut. sebab aku takuut 'kebahagiaan' yang aku kecapi dulu akan berakhir dan tiada penyambungnya. AKU SANGAT TAKUT.

tapi apakan daya, orang seperti aku siapa nak percaya. betul tak? lebih baik aku diam, dan terus diam sambil menyaksikan 'drama' yang semakin menjadi jadi. aku kira ianya sudah tamat tahun lepas, rupanya masih bersambung. astaghfirullah

andai orang tahu apa beban yang aku tanggung sekarang ni, mungkin mereka pun akan buat sepertimana aku. percayalah. agak laama juga aku tanggung beban ni. tak sangka dengan segala kekuatan yg aku ada ni, aku mampu hadapi sendiri. SENDIRI.

dan percayalah, 'anda' semua tidak mahu tahu. percayalah kerana anda semua tidak aakan bisa percaya.

lappy inilah yg menjadi saksi dan bukti segala 'kesaksian' yang aku lihat. tapi aku bukan manusia yg kejam. aku tak sanggup. orang buat aku, aku boleh tahan. tapi kalau aku nak 'menghancurkan' institusi ini, aku tidak sanggup.

kerna hanya Dia yang tahu betaapa aku sangat menyayangi 'mereka'.

''biar orang lihat kita takbaik, tapi hakikatnya kita baik. jangan orang lihat kita baik, tapi hakikatnya kita tidak baik" -Dr Muhaya *twitter

ini bukan aku,
KAHK

No comments: