Sunday, 7 November 2010

dah sampai masa kot?

salam :')

hai semua. hai semua. hai hai hai.

alhamdulillah. alhamdulillah.

aku mesti sebut zikrullah selalu. alhamdulillah. aku tahu aku masih dapat hadap wajah kedua ibubapa ku, salam cium tangan. aku masih dapat sampai harini..

tapi bagaimana untuk hari esok?

aku tak tahu.
sejak tahu aku ada benda yg kurang, aku tahu aku mungkin dah tak lama. mungkin masa dah sampai.
memanglah, 'masa' tu tak kira usia dan waktu.. tapi, bila tahu benda ni lagi aku rasa macam dekat. as we know, kematianlah paling haaaaaampir dalam hidup kita. jadi tak peduli la kan baby pun boleh meninggal? hmm..

how about me?
macam mana dengan aku?

Allah..
bila tahu benda tu ada dalam tubuh aku,
aku takut. aku takut.
aku dah tak sempurna macam orang lain (memangla semua tak sempurna, tapi adala.)
aku dah lain dengan semua orang.

tiap kali aku masuk tandas,
mesti aku renung diri aku lama-lama kat cermin dulu.
then terduduk meratapi kesedihan.
alangkah tak patutnya tindakan aku ni kan.?
macam tak terima qada' dan qadar Allah.

tapi aku tak kuat.
semua aku tanggung sorang2 dariiiii dulu lagi.
sihat satu sakit, datang pula baru.
apa ke benda?

entahla,
aku tak tahu nak cakap macam mana.

kalau betul masa aku dah nak sampai,
aku betul2 nak luangkan masa aku dengan family, kawan2 aku, kawan baik aku dan semua.
tapi aku tak mampu tengok muka diaorang.hati aku luluh. mata aku betul2 berkaca. nak terbarai badan pun ada.

aku semakin rindukan semua orang.

aku betul-betul sedih.
sedih tahap gaban la bak kata orang.
semangat hilang entah ke mana.
aku down la senang cerita.

aku tengok langit, mata aku dah mula berair.
aku tengok katil, mata aku dah berkaca.
aku cakap pasal benda ni, laaaaaaaaaaaaagila haru dibuatnya.
menitis.

kalau aku ter'emo', muka bengis, wajah tak ceria, kelihatan cincai.
tolong, aku betul2 minta maaf.
aku betul2 terasa berat dan lain sekarang ni.

kepala aku berat.
mata aku bengkak.
muka sembab.
takpalah, tatap jelah selagi ada masa ni.
aku tetap aku jugak. just lain sikit ja.

dan aku minta sikit ni,
aku minta masa dan tenaga kau orang. tolong doa doa doa doa doakan aku, biar aku sihat sihat je.semoga Allah mengasihani kalian. terima kasih ye.

semoga bertemu T.T

3 comments:

nlia said...

huishh dh smpai masa ape ni ?
cuak jee =,=

khalidah alhusna kamilen said...

saya lagi cuak :'(
takuut. sedih.

zaidi ali said...

ALHAMDULILLAH.