Wednesday 20 October 2010

dapat sama, tapi kenapa masih lain ?

salam :)

ok, sekarang isu sekolah.

isu generasi.

isu tingkatan.

isu pelajar.

isu adab.

isu biadab.

isu main-main.

isu tak belajar, tak serius.

SEMUA menjadi isu HANGAT *dan basi

kenapa sy tibatiba je?

baiklah, saya akan bagi satu analogi mudah.

kita tanam 3 jenis pokok dalam satu petak tanah. pokok yang pertama ialah pokok cili, kedua pokok betik dan ketiga pokok limau kasturi.selama beberapa bulan setiap pokok diberi baja sama banyak, disiram air pun sama kuantiti ditanah yang sama, dicabut rumput dan sebagainya. semua adalah sama.

namun, bila sampai masa semua pokok itu sudah mengeluarkan hasil, rasa yang dapat semua berlainan macam. yelakan, cili rasanya pedas manakala betik pula rasanya lebih sedap dan manis dan limau kasturi mempunyai rasa masam. tetapi, apa yang peliknya sekarang semua pokok itu ditanam di tanah yang sama, kenapa pula masih rasa yang berbeza?

itulah hakikat kehidupan,
SEMUA BENDA TAKKAN SAMA DALAM DUNIA NI. semua hasil ciptaan Allah berbeza-beza. ada keistimewaan yang tersendiri. kita takboleh memaksa untuk ubah itu dan ini.

apa pula kaitannya dengan isu-isu di atasss??

sekarang, cuba kita lihat kembali.

kita sama sekolah, sama-sama dapat tarbiyah, makanan yang dapat pun sama, tempat solat sama, tempat perhimpunan pun sama, kita belajar pun di kelas yang sama. dannn semuaaaaaaaaaaa dapat sama.

TAPI, kenapa kita masih BERBEZA?

ya itulah isunya,

anda jangan pertikaikan tingkatan itu lebih baik dan macam2 lagi. sebab apa sy cakap macamtu?
sebab taaaaaaaaaaaaaaak semuaaaa orang sama ! kita kenalah terima hakikat tu. pleasela, terima jela hakikat tu. tapayahlah sampai tahap memburuk2kan pelajar sendiri. mana tak kena 'badi' semula?

memang kita dapat tarbiyah yang sama dan macam2 lagi, tapi kita tetap berbeza. sebab inilah corak yang Allah buat. bukannya satu dua tiga je baik, dah BOLEH kategorikan satu tingkatan baik. eh pleaaaaseela, OPEN sikit. kalau macamtu, SEMUA tingkatan pun BAIK kan?? kan?

or just sebab mereka pandai 'main' hati dengan guru, atau lebih cantik/kacak dah boleh label macam tu? oh cetek sungguh ek. okay, semua orang ada hak masing2. baiklah, sila lah buat andaian dan pelbagai macam lagi yang memburukkan.

bukannya orang tu tanak jadi MANIS, tapiiiii yang masalahnya orang dekat AA ni dah label sekali jahat, selamanya jahat. ni lagi satu. ada cuba sokong dan bantuu? ada tak? yang tahu, cakapcakapcakap dan cakap. tak kesian ke tengok orang yang kena? tak kesian ke tengok orang yang nak berubah tapi masih dilabel jahat? mana nak datang semangat tuuuu???

jangan sampai sebab ANDA, orang tu lebih teruk dari sekarang. memang ada. anda dah buat orang tu LEBIH teruk dari sebelumnya. kan macam tak guna? habis orang tu berontak, puasss keeeee??

kalau nak masak cili pun kenalah ada gayanya, janganlah makan macamtu je takpun dgn roti. buah betik pun, boleh jugak masak kerabu betik. sedap jugak. limau kasturi pun boleh buat jus, masakla sendiri. tapi semua tu kena ada CARA dan GAYA nya. kalau tak kena, TAK JADI lah. tak sedap. okay ? fahaaamkaaaan.

secara kesimpulannya,
jangan sesuka hati melabel. jangan sesedap rasa mengata. anda siapa? jangan mudah berbangga dengan apa yang ada. entahla, semua dah besar. saya tahu yang baca ni pun semua dah besar. semua dah pandai. jadi saya kira semua faham la kan.

okay sekian terima kasih.

p/s : tidak menuding jari.

No comments: