Monday, 2 March 2009

sekadar mengingatkan..

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, bertemu juga dengan bulan mac dlm tahun 2009..

sebelum kita melangkah dgn lebih panjang lg pd bulan ini, ada baiknya jika kita mengingatkan diri kita kembali..berbalik pd tajuk, "sekadar mengingatkan"..

harap, dengan secebis peringatan husna ini akan dipandang oleh Allah s.w.t..buat kita semua, mohon diambil sedikit pengajaran mahupun isi pentingnya utk dijadikan pedoman..

peringatan ini tidaklah terlalu panjang, malah ianya cukup ringkas dan padat..
sama-sama kita hayati..



Hanya Ingin Mengingatkan ...
> Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


> Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

* Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
* Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
* Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
* Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
* Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.


peringatan buat teman2..



IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama...

Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: "Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."

"Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah."

"Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

"Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia."

lagi peringatan..

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya: "Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya."

"Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat."

"Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras."

"Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan.

"Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

"Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

"Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia."

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: "Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."

"Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."


"Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai."


peringatan lagi...

4 Golongan lelaki yg akan ditarik Wanita ke NERAKA..

1-AYAHNYA
-Apabila bergelar bapa, maka wajiblah bg ayah2nya memberikan segala keperluan agama, sprti bersolat,mengaji dan sebagainya..Dia memperbiarkan anaknya membuka aurat, tdk ckup dgn hnya mmberi kemewahan dunia shja, maka dia akn ditarik anaknya..

2-SUAMINYA
-Apabila sang suami sudah tdk mmpedulikan tindak tanduk isterinya, mmperhiaskan diri bukn utk suami tetapi lelaki bkn mahramnya.Apabila suami mendiamkan diri walaupun alim, tdk tangguh solat, puasa tdk tinggal, maka dia akan ditarik oleh isterinya..

3-ABANG-ABANGNYA
-Apabila ayahnya sudah tiada,jatuhlah tanggungjwb kpdnya..jika dia membiarkan adiknya terpesong dgn ajaran islam, tunggu sajalah tarikan adiknya di akhirat kelak,..

4-ANAK LELAKINYA
-Apabila anak tdk menasihati seorang ibu perihal kelakuannya yg haram disisi islam, bila ibu membuat kemungkaran,mengumpat,mengata dan sebagainya maka anak itu akn disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya..

FIRMAN ALLAH SWT

''HAI ANAK ADAM, PELIHARALAH DIRIMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..

*bukan niat dihati Husna utk memperkecilkan wanita, tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum adam memainkan peranannya dgn hak dan saksama serta berwaspada akn tanggungjawab yg dipikulnya..maka lihatlah, tarikan wanita ini cukup kuat didunia mahupun akhirat kelak..

peringatan terakhir..

"Apabila kamu sanggup meninggalkan perkara yg buruk kerana Allah, maka Allah akn gantikan ia dgn lebih baik.."

"Anda tidak gagal, cuma anda belum berjaya..!"

p/s;selamat ulangtahun wafda..

No comments: