Tuesday 27 July 2010

Renungan Masa , Waktu..

salam :)

sempena bulan sya'ban dan bulan ramadhan yang bakal menjelang, saya dgn merendah diri nak berkongsi tentang renungan waktuu..mungkin akan memberi sedikit impak pada diri walaupun sedikit.

baca dan fahami melalui mata hatii..bukan mata ilusi..hee ;)

selamat membaca..

WAKTU..

  • Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
  • Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
  • Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
  • Ambillah waktu untuk berehat, itu adalah sumber kesegaran.
  • Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah.
  • Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
  • Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa.
  • Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah makna kehidupan hakiki.
  • Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
  • Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga...

* * * * * * * * * * * * * *


Kalau kita nak tahu apa makna setahun,
Tanyalah kepada orang yang gagal pada peperiksaan akhir tahun..

Kalau kita nak tahu apa makna sebulan,
Tanyalah kepada seorang ibu yang melahirkan anak yang tidak cukup bulan..

Kalau kita nak tahu apa erti sehari,
Tanyalah kepada seorang buruh yang mempunyai 6 orang anak untuk disuap makanan..

Kalau kita nak tahu apa erti satu jam,
Tanyalah kepada seorang kekasih yang letih menunggu kekasihnya..

Kalau kita nak tahu apa makna sesaat,
Tanyalah kepada orang yang terselamat daripada kemalangan..

Kalau kita nak tahu apa makna mini saat,
Tanyalah kepada seorang pemenang olimpik yg memenangi pingat perak..

Dan kita kalau nak tahu apa erti seumur hidup,
Tanyalah kepada orang yang berada 6 kaki jauh diperut bumi..

Wallahu'alam..

dari saya,
Khalidah Alhusna Kamilen :)