Sunday, 25 July 2010

kalau boleh..

salam :)

syukur, alhamdulillah sy masih wujud di dunia..entah bila akn jadi bangkai, atau dlm nama arabnya mayyeet..hem hemm.terfikirkan?
segala nikmat yg DIA beri, takkan termampu sy membalasnya..terlalu sedikit amal yg dibuat, malah dosa pula yg lebih byk..mana mahu lari?

kalau boleh,
saya taknak tengok pelajar2 banat Al-Amin form1 dan form2 jadi sprti sy mcm dulu..
melepak, ponteng kelas, kuat main, hw tak buat, study tak tentu hala, gelak tak kira masa dn tempat, asyik lambat masuk kelas, rehat lama, ckp blkg cikgu, benci pengawas, benci certain guru, tak suka senior yg kuat tegur, tak suka peraturan sekolah, dan macam2 lagii..

kalau boleh,
saya nak bantu merekaa..

kalau boleh,
saya nak mereka tahu betapa ruginya buat benda tu semuaa..langsung tak datangkan manfaat..

kalau boleh,
saya nk kongsi cerita dan pengalaman dgn merekaa..

kalau boleh,
saya nak tunjuk apa kesan kita buat mcmtu..

kalau boleh,
saya nak bantu merekaaa..nak tolong merekaa..

dan dan, kalau boleh..
saya nak bawa mereka kembali ke jalan yg lebih elokk..
jgn tersilap langkah, pencetus dosa..

saya betul2 nak benda ni semua..
saya rimas tengok mereka jika buat mcmtuu..sy menjadi serba salah.

saya tahu apa mereka rasa?
saya faham bila mereka di tegur.
saya mengerti betapa bencinya mereka.
saya akui, saya pernah lalui itu semua..

dan dari pengalaman saya itulah saya ingin mencorak langkahh..
tapi bagaimana ianya bisa terlaksana?

kalau boleh,
saya nak org ajar saya.

kalau boleh,
saya nak ramai2 yg sokong saya.kongsi pengalaman dgn saya.turut membantu saya..

sebab apa?
kita tak lama dah dekat Al-Amin tuu..mereka ini jelah pelapis yg tinggall..sisa baki yg baik, tu terlalu sedikit..
takkanlah kita taknak berbakti, memberi sumbangan utk Al-Amin kan?
nak nak lagi junior kitaa..bila lagi?

memang agak terlalu melepaskan kata.bukan apa, sy cuma mahu mencari yg terbaik..
saya memang highlihtkan siapa yg berkenaan..nak buat mcmna lagi?
waktu tulah mereka mencari hala tuju..

kita mesti bimbing mereka.waktu itulah mereka mudah terpengaruh, mudah mengikut, mudah menerima..jadi tunggu apa lagi?jangan sudah terhantuk baru terngadahh..yg lebih senior, jgn tinggalkan sisa2 begini di Al-Amin.bantu mereka, jangan hentam.tapi, BANTU.ada beza..

*saya mohon maaf dan ampun jika ada yang terasa.kalau ada apa2, mari bereskan dgn saya.saya terbuka.jangan cakap belakang sedangkan saya masih ada.

saya yang mempunyai impian,
Khalidah Alhusna Kamilen.

8 comments:

Anonymous said...

Salam kpd tuan blog...


Bagus niat anda ni, usaha murni yang perlu dipandang tinggi...

Menabur bakti di alamin, mencorak langkah terhadap yang muda mudi...

Apapun, teguran ini mmg tepat kena pd sy...

"yg lebih senior, jgn tinggalkan sisa2 begini di Al-Amin.bantu mereka, jangan hentam.tapi, BANTU.ada beza.."

Duh!! Kadang kita dah tegur dahulu dengan baik, tapi tetap tidak diterima, jadi cara hentam sahaja yang perlu digunakan. Suatu hari nanti, pasti mereka faham juga apa yang sy lakukan itu.


Kalau pun mereka masih tidak juga faham, ia sangat merugikan wang mak ayah mereka yang dibelanjakan di alamin...


Dari sy f1 hinggalah sekarang, hanya ada 2 batch f5 yang terdahulu yang betul2 bnyk mendidik dan membantu tanpa disedari. Tiada langsung 'BANTU' drpd mereka, semuanya menggunakan cara 'HENTAM' dalam membantu terhadap saya dan rakan2...


Hasilnya, kami semua sudah faham maksud mereka dahulu, dan kami skrng sudah tahu membezakan air dan api, dan kami skrng juga sudah bisa memimpin dgn sendirinya....

Terima Kasih kpd abg2 kakak2 f5 batch 2007 dan 2008...


Terima kasih juga kpd tuan blog kerana mengingatkan dgn teguran tsbt, mmg benar teguran itu, tapi kadang kita perlu juga gunakan 'HENTAM' itu dengan syarat gunakan cara hikmah dahulu. Kan??


Lg pun masa sudah suntuk, ada beberapa tahun sahaja lagi, kalau asyik gunakan cara hikmah tanpa ada hentam, masakan bisa untuk mendidik anak2 muda yang sudah hitam hati mereka?? Lihat sahaja cara Ust Hanafi mendidik... Dari awal hingga akhir caranya agak kasar... Benar bukan?


Apapun, terima kasih daun keladi, kalau ada tambah lagi, sy ucapkan sekali lg kepada tuan blog dgn nasihat berguna ini.


Salam Nisfu Sya'ban drpd sy,
WAllahua'lam,
-Bk

khalidah alhusna kamilen said...

salam kembali anony..

terima kasih juga atas perkongsian pengalaman dri pihak anda.
semuanya saya terima.
baguslah jika ada yg terkena sasaran.
saya cuma hanya pakai tembak,
nak kena sasaran mungkin tak tepatt..

memang benar apa yang diutarakan,
'HENTAM' tapi berhikmah.
dan memang tak dpt nafikan,
kakak2 dn abg2 f5 2007/8 mmg byk membantu tp scra hentam.
tak tipu, mmg itulah yg berkesan..

tapi itu dulu,
'sekarang' org dh tak sama.
betul tak?
oleh itu, cara pendekatan yg digunakan mesti berbeza mengikut waktu.

terima kasih kembali :)

Asif said...

:D

Seriously hentam? :)

Buat banyak2 selagi masa masih ada. Jangan jadi mcm kami, bila dah kluar, lagi banyak nak kalau boleh tu, macam2 nk tolong, to the extent jadi guru.

tapi, apakan daya, dulu masa lapang ada, sekarang Allah tarik.

All the best

khalidah alhusna kamilen said...

:D

serius hentam,
tapi yg berkesan.

memang kalau boleh nak buat sekarang,
tapi nk jugak tunjuk ajar dri yg lebih berpengalaman kan..

terima kasih :)

Norashikin Tajuddin said...

cg sentiasa sokong nt..ari tuh kami wat prog tuk f2..syg x ramai yg join..dan bile kami dekat dgn mereka, baru kami tahu mslh mereka..

bile nak share nih..hehe..

sharing is caring..

x dpt semua..didik sorg2 dulu..insyaALLAh yg sorg tuh akan didik lagi sorg lama2 terdidik semua..insyaALLAH..

jgn tggu..bertindak saja..ngee

khalidah alhusna kamilen said...

oh okay, terima kasih banyak cikgu :)

hee, itulah,tengah kumpul ramai2 yang terasa boleh tolongkann.
mmg inilah masanya nk tolong.
mereka tu semua mmg tak jauh beza pun dgn ana yg duluu.

so lagi senanglahhh kann.
inshaAllah :D

syifa' kamarudin said...

ana bsama anda! insyaAllah.. tp masa bg ana lg pendek.. masa nt lg pnjang.. gunakan masa sebaiknya :D

khalidah alhusna kamilen said...

oh syukran :)
tak, selagi ada masa redah jeeeee