Friday 7 May 2010

semalam.harini.esok.

salam :)

alhamdulillah, masih diberi limpah kurnia yg tak terhingga..segala puji bagi Allah dan pesuruhNya..salam sejahtera buat Nabi Muhammad saw serta ahli kerabat baginda.say thanks to Allah (:

kalau dikira, mungkin semalam lebih bahagia daripada harini..ataupun mungkin perasaan saja yg cuma berkata-kata..jika direnung, perkara dulu mungkin lagi indah daripada harini..tidakpun, cuma sy shja yg tak reti bersyukur..kenangan lalu, takkan pernah sy lupakan..suka duka tangis tawa gelak gembira semua..

kalau semalam, mungkin setiap hari diberi bait2 indah..not2 kasih yg mendalam, tapi harini mungkin sudah tiada lagi..bukan sebab apa, cuma keadaan telah berbeza.semalam TETAP semalam, harini TETAP juga harini..kita tdk boleh meminta lebih, sbb itu harus bersyukur..dari tidak pernah rasa, ada baiknya juga kita merasa..kan? :)

mungkin juga semalam merupakan hari yg akan dilupakan utk seumur hidup..sungguh, taknak lagi perkara tuu berlaku.ya, sy mesti lupaa.sy benci itu.sy taknak lagi dah.menyampah pun ade..aahh, malas lah.pedulikan..

sekarang tiba masa untuk harini..

yeah, berdiri dibumi yg nyata..tanpa perlu ragu dan terus maju..mungkin semalam sy berjauhan dari Yang Esa, namun harini sy kembali dekat padaNya..ya, ini yg saya mahukan..sentiasa dekat dgnNya..salah sy yg semalam..noda dusta hitam membuatkan saya lupa dan alpa..ya, saya tetap biasa.lemah dan hina..

atau mungkin harini berlipat ganda kegembiraan yg saya kecapi berbanding semalam..sy hargai detik2 bersama dia, meskipun bisa dikira berapa bilangannyaa..saya peduli apa, baik ada dari tiada..acap kali perasaan ini bermain..

boleh jadi, harini merupakan hari yg paling menyentuh hati dan sanubari..harini lah baru kenal siapa dia, dirinya dan semua..atau harinilah yg sedih bila mana terpaksa berjuahan dgn kawan akibat salah faham dan sebagainya..mana pergi bahagia semalam?ye, harini TETAP harini, semalam TETAP semalam.itu pasti ! jadi, Husna kena terima semua tuu..jgn pernah salahkan takdir..

apa pula agenda esok?

Wallahu'alam..tidak mustahil untuk perkara lama berulang lagi..baik bahagia mahupun sebaliknya,.apa yg perlu, kita mesti sentiasa bersedia untuk menerima..

kalau diberi peluang, semestinya sy tak mahu perkara yg tidak disukai berulang lagi dan inginkan perkara yg membahagiakan beraksi sekali lagii..ye, cuma sekali..tapi apa saja kuasa saya?ingin memahami kerut dahi manusia pun tidak reti apatah lagi berkuasa utk kembalikan saat-saat dulu..

cuma satu sy harapkan, agar esok sy dan dia diberi kekuatan utk mengharungi hari hari yg akan mendatang..kuatkan dia tempuhi ujian yg menimpa.bukan kehendak dia, namun hikmah yg besar telah tercipta utk dirinya..

jadikan semalam sebagai pedoman,
harini sebagai anugerah,
esok sebagai pembaikan..


dari hati,
Khalidah Alhusna Kamilen :)