Wednesday 9 December 2009

sudikah saya mengahwini diri saya sendiri?

salam :)

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan utk berblog lagi.tanpa kuasa dan nikmat dari-NYA, tak mungkin saya boleh meneruskan penulisan blog ini.terima kasih kepada sesiapa yg masih sudi bertandang ke blog saya ini.semoga mendapat pengisian dan memperoleh kebaikan.

berbalik kepada tajuk post kali ini, ianya lebih merujuk kepada muhasabah diri sendiri.
sebelum sy membantu org dlm bermuhasabah, elok jugalah saya dulu yg muhasabah dulu.

memang agak pelik dan tahpahape tajuk post saya kali ini.
tapi, dlm diam.tajuk inilah yg sgt2 memberi kesan kepada saya.ini mmg menyedarkan saya.saya terbaca didalam sebuah buku "Hidup Bukan Rahsia".memang seronok buku ini.kakak saya, wafda yg telah menghadiahi kepada saya.

sebenarnya, tajuk ini menyuruh kita berfikir tentang segala kelakuan dan tabiat saya dan kemudiannya bertanya kepada diri sendiri soalan yg penting ini :

-Jika saya berjumpa dgn seseorang(iaitu diri saya sendiri) yang mempunyai karakteristik, kelakuan dan sikap seperti yang saya miliki itu, adakah saya sanggup mengahwininya?-

hemmmm,, saya mula berfikir. memang kaedah ini sgt menarik kan??hmph..adakah saya sanggup mengahwini diri saya sendiri?kdg2, saya terkejut..dgn jujur saya menjawab "mungkin" dan bukannya "tentu sekali", ataupun "mestilah!".hahh, selepas itu saya bertanya pada diri sendiri. bagaimana saya dapat menukarkan "mungkin" itu kepada "tentu sekali".
jadii,, saya membuat senarai baru.

okayy, cuba lihat eh soalan yang saya buat.soalan yang serupa, tapi dalam keadaan yg berbeza.. :
  1. Mahukah saya menjadi kawan saya?
  2. Bolehkah mempercayai diri saya sendir?
  3. Dapatkah saya mencintai diri saya sendir?
  4. Adakah saya akan mengarah diri sendir?
  5. Adakah saya suka pelajar seperti saya?
  6. Mahukah saya mempunyai anak seperti saya sendiri??
saya sedar yang tiga soalan terakhir itu agak pelik, tapi saya tahu anda faham apa yg saya maksudkan disini, kan??

cubalah kita koreksi diri kembali..

okay, kita lihat. yang lelaki nya asyik :
  • main game?
  • tak basuh pinggan sendiri?
  • dok mengarah bibik buat itu ini?
  • tunggu makanan tersedia atas meja utk terus dilahap?
  • masuk dapur pun taknak?
  • berkebun pun nak berdalih?
  • basuh kereta?lagilaa..
  • kurang membaca?
  • tidak mengaji?
kemudian, kita lihat. yang perempuan nya pula :
  • hiris bawang pun tak reti?
  • dok ngarah bibik buat itu ini?
  • iron baju pun malas?
  • buat air utk mak ayah pun mengeluh?
  • dga lagu je?
  • menghadap komp, takyah benti pun takpe?
  • menjeling2 dgn kawan?
  • dok ngumpat cgu2, org len?
haa..cubalah kita jawab sendiri soalan post saya kali ini.bukan utk mengata kepada sesiapa, tetapi sekadar cuba utk membantu diri sendiri dan org lain juga.tak salah jka kita lakukan perubahan.kan?kenapa perlu takut sgt utk perubahan.

Jawapan2 yg sy berikan bagi soalan2 tersbut agk menggelikan hati sendiri. apa yg boleh sy simpulkan drpd jwpn2 ini adalah saya sebenarnya hanyalah insan biasa yg mempunyai byk kelamahan dan saya rasa saya tentu akan menjadi insan yg lebih baik jika saya dapat melakukan sedikit perubahan pada tabiat dan kelakuan saya.hah, saya tersenyum sendirian bila melihat sendiri senarai tabiat dan kelakuan saya krn saya sedar rencana itu sebenarnya mahu kita mengubah diri. memperbaiki diri kita. berusaha melakukan perubahan. transformasi. pertukaran.

kita sebenarnya tak perlu menjawab soalan objektif ataupun memadankan jwpn utk mengetahui siapa diri kita yang sebenarnya. apa yg perlu ialaaah..kita hanya perlu mnjawab satu soalan dan fikirkan jawapannya. ituu jee. mudahkann??hemm..

Allah, Pencipta kita, telah memberitahu bahawa kita perlu bertanggungjawab di atas segala tindakan kita.

"Bagi sesiapa yang mahu di antara kamu, hendaklah maju ke depan ataupun mundur ke belakang-tiap-tiap diri manusia tergadai (terikat) disebabkan oleh usahanya. "
(Al-Muddathir 74 : 37-38)

subhanallah. Kita semua akan ditanya oleh Allah tentang segala perbuatan kita dan yang paling penting lagi, kita akan dipertanggungjawabkan di atas perbuatan2 tersebut. Dua perkataan yg sentiasa menghantui diri dan perasaan saya.

TANGGUNGJWAB DAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN.

bukan ape, saya cuma mahu kita mula kembali daripada bawah. bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. sekurang2nya, tanggungjawab saya sudah selesai utk mengingatkan kita semua.

memang, tajuknya macam agak tahpahape kan?but, don't judge the book by its cover.right?

okaylah, semoga mendapat kebaikan dan memperolehi rahmat-NYA. :)

dia yg bermuhasabah,
Khalidah Alhusna Kamilen.

9 comments:

b said...

great post :)

khalidah alhusna kamilen said...

hehe :)
thanks dear :D

ahmad suhaib said...

menarik post ni..
terapkan saja 10 muwassofat dlm diri..
sudah tentu jwpn akan brtukar menjadi 'mestila'..ho3..
sekadar seposen dua dr saya..

khalidah alhusna kamilen said...

hem,
syukran :)

ow, ni siapa ehh??
mcm tak kenal jee..

inshaAllah, akan diterapkan scpt mungkin..
sikit2 tu adelaahh..

*seposen dua pun, berharga :)

Anonymous said...

yeh, if you dont want to marry yourself I kan adaaa. hehe.


hem, damn miss you lah. hang out ?

khalidah alhusna kamilen said...

hehe.
yekeee??
you ada ehh?
patutla I tak risauuu...
haha.

yeah,aku pun rindu rindu puny arindu kat kauu..

hang out?
waaaahhh..
yok2!!

Nurfatmah Nabilah Kamarulzaman said...

very nice post. thank you, syukran, arigatto~

khalidah alhusna kamilen said...

thank you fatmah :)

'afwan, welcome, andd..entahh..

ehhe

Anonymous said...

menarik.