Friday, 29 May 2009

NIKMATNYA luahkan pada DIA...




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi..

Alhamdulillah, aku masih bisa tidur lena. Aku juga masih bisa mencium tangan abi umi ku. Bergurau senda bersama keluarga juga bisa, tambahan pula bergelak ketawa bersama sahabat. Syukur yg tidak terperi pada nikmat yang telah diberi. Namun, hati ini masih mengatakan inilah dia satu2nya nikmat yg paling manis jika diamati. Nikmat ini tak terperi rasanya. Hebatnya hanya kita sahaja yang tahu, iaitu NIKMATNYA LUAHKAN ISI HATI PADA DIA SANG PENCIPTA RASA.

Ah, bukannya niat saya mengatakan bahawa manusia itu tdak ada yg terbaik utk mendengarkan luahan rasa, namun sungguh! Hanya DIA shja yg bisa memahami. Apa saja yg ada pada manusia? Ya, mgkin mereka akn membahagiakan kita. Kadang, sedar atau pun tidak, kita juga akn berasa terseksa bila tiada dia. Apa pula nak dibandingkan dgn DIA?



Kemana sahaja yg dituju, pasti DIA mengikuti. Kemana saja peruk yang aku lalui, DIA jugalh yg menemani.
renungkan kembali, bila saja kita merasa sgt takut ataupun begitu berharap, pasti kita akn berkata "Ya Allah, bantulah akuu!". Bila kita keseorangan, mustahil rasanya ingin mencari teman yg betul2 memahami.

Argh! sakitku, sedihku, keluhku hanya DIA yg bisa memahami. Bila aku mengharapkan sesuatu, pasti DIA akn memberikan yg lebih baik drpd itu. Siapa lagi yg harus aku tuju selain DIA?! DIA sajalah Tuhanku yg satu!


Aku sedar, diri ini penuh dgn dosa dn kotoran. Namun, tidak pernah sekalipun DIA berganjak pergi meninggalkan aku. Malah, terus menerus memberikan aku kesedaran. Ingatlah, jika selangkah kita mendekati DIA, berlari pula DIA menghampiri kita. Subhanallah, indahnya DIA. Jika manusia, pasti kita akan ditinggalkan terkontang-kanting begitu saja. Alhamdulillah lah jika ada yg membimbing. Syukur.


Bila aku berasa begitu sedih, pasti luahan ku dibalas dgn baik. Esoknya pasti ada sinar kembali. Sungguh! hanya DIA yg memahami. Bukan juga aku mengandaikan manusia itu tdk reti menghilangkan kesedihan yg lain, namun hakikatnya semua dari DIA..

Jika aku berasa begitu gembira, pasti DIA akan memberikan aku sedikit kedukaan supaya aku sedar akan kehadiranNYA. Maklumlah aku juga manusia biasa, kadang terlupa.

Ya Tuhan,
Aku inginkan ketenangan yang dulu. Aku ingin merasakan manisnya kenangan yang lalu. Aku tidak inginkan keadaan yang sungguh menyeksakan ini. Mana ketenangan yang lalu. Hidup di kota hanya membingitkan! Sungguh, setiap luahan yang aku bicarakan pdMU dimalam2 hari itulah yang aku kepinginkan kembali.
Aku berasa sungguh lega dan kosong bila aku sudah meluahkan padaMU, kerana aku tahu KAU pasti akn memberikan yg terbaik padaku.

Apa yang penting, nikmat yg kita akan lalui jika luahkan pd DIA, pasti tidak terperi manis rasanya.
Jika hari ini kita menangis kerana bersedih, pasti esoknya kita akan menangis kerana gembira, ini semua akan terjadi jika kita meluahkan pada DIA.

Akhirul kalam, marilah bersama-sama kita mendekati DIA kerana tiada ruginya. Malah, hasilnya pasti berbaloi!! :)