Sunday, 15 February 2009

gadis yang terlampau-lampau!!

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

p/s;lihatlah, buka mata, buka hati, koreksi diri! inilah gadis zaman sekarang sebenanya..apa yg kita tahu??apa?suka ria je kejee kan?subhanallah..dimana kita sekarang nie?benarkah kita mahu menempah bilik dineraka?na'uzubillah..Allah itu Maha Berkuasa diatas segala ciptaanNya..jgn diperlekehkan segala apa yg ada dimuka bumi Allah ini..kita siapa??kembalilah...pd si jejaka, jagala pandangan liarmu..pada semua, hormatilah warga tua..kelak, kita akan dibalas seperti itu juga..

p/s;semua ni utk husna dan semua juga,,tidak kira apa jantinanya..semoga kita, para GADIS sekalian tdak seperti diatas, insyaAllah..

6 comments:

nlia said...

slm~
true story ke ni?
waaa.
sgt menginsafkan. x)

khalidah alhusna kamilen said...

w'slm w..
its true dear..
sahih!
sangat2 kan?
hem..
apapapun, itulah yg terjadi sebenarnya...
insyaAllah, alia dn kayd xgitukan..
hehe;)
syukran..

nlia said...

heh3 .
insyaallah~
am33n. x)

b said...

salam

wao..bley jd iktibar ni
..x patut la dia suroh tempah bilik kat neraka..nau'zubillah..

khalidah alhusna kamilen said...

hehe;)
lia......
insyaAllah..
amin2 ya robbal'alamin..

khalidah alhusna kamilen said...

w'slm baitilku...
ha,
tau xpe..
firstime ana bce, huh!
mmg betul2 asam punye perempuan..dlm hatila..
xbaik die ckp gitu..
ape yg penting,
kita sama2 ambil iktibarkan...
;)