Friday, 30 January 2009

wanita ohh wanita..

30 LARANGAN UNTUK WANITA


1.Menyambung rambut palsu.

2.Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi

3.Keluar rumah dengan memakai minyak wangi

4.Memperlihatkan perhiasan( bersolek) di depan lelaki lain

5.Menolak panggilan suami untuk tidur bersama

6.Membuka rahsia hubungan suami isteri

7.Berpuasa sunat tanpa izin suami

8.Membelanjakan harta suami , tanpa izin suami

9.Derhaka kepada suami

10.Meminta cerai tanpa sebab yang jelas

11.Mengingkari kebaikan suami

12.Bersama lelaki lain yang bukan mahram

13.Memandang lelaki yang bukan mahramnya

14.Bersalaman dengan lelaki bukan mahram

15.Menyerupai lelaki

16.Membuka rahsia wanita lain kepada suami

17.Memandang aurat wanita lain

18.Keluar rumah tanpa ada keperluan

19.Masuk permandian awam

20.Mencakar- cakar tubuh ketika dapat musibah

21.Meratapi kematian

22.Berhias atas meninggalnya seseorang

23.Menghantar jenazah

24.Mempercayai dukun dan peramal

25.Menyumpah anak- anak sendiri

26.Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim

27.Menganiaya pembantu

28.Mengganggu jiran

29.Minta cerai kerana suami sakit

30.Minta cerai kerana suami menikah lagi





19 HADITH RASULULLAH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia- sia".

2. Apabi la seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa- dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, ( barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah ). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perem puan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10, 000 tahun ).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu , puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah ( baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah s. a. w.," Suaminya"."Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, " Ibunya".

13. Apabi la memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara , malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu - pintu neraka dan terbuka pintu - pintu syurg a. Masuklah dari mana- mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak- anaknya akan tinggal bersamaaku ( Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. " Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak- anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

p/s;maka dgn itu wahai wanita..jagalah mahar kita bersama..kerana kita tinggi darjatnya disisi Allah jika kita orang yg beriman..betapa Rasulullah menyanjung dn mengangkat tinggi martabat wanita..

12 comments:

Muhammad Mu'az said...

salam to kaida.. yup.. aahlah.. nti wat utk nisa' ana wat utk rijal..

btw, semoga seluruh menjda muslimah sejati!!

khalidah alhusna kamilen said...

w'slm w..
ahha..
xsngaje,..
bagus jugak ape..
aaminn,..;)

Nurfatmah Nabilah Kamarulzaman said...

salam ziarah.. :)

waah.. kagum2 dgn para ibu.. Insya Allah, kita akan sama sama jd ibu yg penyanyang.. terima kasih sbb post ni amat bermakna bukan utk nisa' shj.. rijal pun boleh dpt pengajaran.. :)

ok, salam~~

khalidah alhusna kamilen said...

w'slm w,..
betul tu..
nati,
fatmah juga bakal mnjadi iu jugak..
hehe..;)
mmg bkn utk nisa' je, rijal sekali..

b said...

salam to khalidah :)

wow..bnyknyer kelebihan annisa' n pantang larang yg perlu dijaga..
insyaAllah..akan same2 jd muslimah sejati..amin ;)

khalidah alhusna kamilen said...

w'slm w baitil ku...
hem..betul tu..
tu la lebih nye kitekn..
insyaAllah,aaminn...=)

Nawi Zharif said...

Banyak nyer hadis..
lame gile nak bace..
nie mesti rajin wat research kan??
bagus... teruskan usaha!!

adibah said...

no 17,memandang aurat wanita lain??? :)

khalidah alhusna kamilen said...

nawi,memg byk hadithkn..
hem..
xdela byk sgt buat reseacrh tu..
biasa2 aja..
ramai lg yg buat byk lg research dri ana..
insyaAllah, berterusan..
syukran!=)

khalidah alhusna kamilen said...

adibah,,
ha?
ya, why dgn no17?
hahahhaa...
betul tuu..

adibah said...

maksudnya kalau kita dah kahwin,x boleh tgk aurat wanita lain as in,rambut,etc etc?

khalidah alhusna kamilen said...

hem..
sebenanye,..
ana dh cube cari dahh..
tp, mcm xberapa jelasla..
tu ana xpastila adibah..
hehehe;)
xk0t rasanya....