Saturday 25 June 2011

aku marah. tapi, pada siapa?

salam alaik :)

alhamdulillah. asyhadualla ila hailallah, wa asyhadu annaMuhammadarRasulullah. aku kena mengucap banyakbanyak. itu pesan dia, hamba Allah. walaupun aku benci *eh tak, takberapa suka sebab asyik aku je yang kena dalam kelas* tapi, aku suka dia bercerita, beri pesanan secara baik. aku boleh terima dgn berlapang dada. terima kasih utk hamba Allah ini. semoga Allah memberkati.

hamba Allah : ustaz, nak tanya sikit boleh?

ustaz : apa dia ? boleh je.

hamba Allah : macam mana kalau saya marah Tuhan? berdosa ke? itu murtad ke?

ustaz : kenapa? awak ada masalah apa? perasaan ke? masih tak murtad, itu cuma kufur kecil baru.

hamba Allah : apa saya kena buat untuk hilangkan perasaan ni?

ustaz : solat sunat sebelum dan selepas solat banyak banyak dan mngucap banyakbanyak.

hamba Allah : okay terima kasih ustaz, saya tanya je :)

ustaz : kenapa? awak ada masalah perasaan ke?

hamba Allah : tadepapelah ustaz, terima kasih.


Allah, itu aku dah pesan dari mula. hati kita ni Allah yang punya dan berkuasa. nampak je daripada mata kasar dalam tubuh kita, hakikatnya kadang kadang kita sendiri pun taktahu apa yang ada dalam hati kita.

astaghfirullah. aku marah. marah sangat. tapi aku sendiri taktahu nak marah kat siapa. tahpape kan? tapi, andai kata aku marah Tuhan, kenapa pulak? apa sebab aku nak marah Dia. aku yakin Dia wujud. aku percaya Dia ada. tapi kadang kadang aku rasa Dia pergi jauh dari aku. kenapaaa????

entah, aku tahu aku salah. tapi kenapa aku sendiri takut nak berpaling arah kembali? aku taktahu lah apa masalah aku. masalah iman kan.

tapayah nak tipu, aku tahu orang lain atau lebih dekat orang yang baca post ni pun ada jugak rasa macamni even sekali pun. ni pun aku pertama kali lah ni. atau maybe orang lain marah takdir atau nasib. hem, tu aku taktahu. yang penting lebih kurang je kaaaaaaan..

aku marah pada diri sendiri lah kot. kenapa biarkan diri jadi macamni. mungkin? entah, aku banyak sangat buat dosa kan.

sampai kadang aku terfikir nak bunuh diri.

berdosa ke aku?

entah, kadang kadang aku pelik. kenapa orang biarkan je aku macamni? jangan sampai aku takpercaya Tuhan, na'udzubillahiminzaalik. aku rasa ni ujian utk aku. tentang akidah, kepercayaan dan kewujudan.

berdosa ke aku? berdosa ke aku bila macamni?

someone, mari jawap persoalan aku dengan hujjah yang bernas agar diri ini kembali kepadaNya.

akuperlukanjawapan,
Husna

3 comments:

hambaNya ;) said...

astaghfirullah ukhti. istighfar banyak2 yaa. ye memang perasaan tu tak dapat kita kawal. kadang2 tiba2 je fikiran atau perasaan kita rasa mcam tak puas hati dgn apa yg jadi pada kita. then mulalah kita menyalahkan ALLAH, salahkan takdir. sedangkan kita tahu ALLAH takkan menzalimi hambaNya. kita tahu, semakin berat ujian yg melanda ke atas kita, semakin ALLAH nak uji keimanan kita. kalau kita dapat lepas ujian tu, makin meningkat level iman kita. tak ke seronok tu ? kan ALLAH da firman, 'inna ma'al 'usri yusra'. insyaALLAH, setiap kesusahan yg kita tempui akan disusuli dgn kesenangan. have faith my dear.

cuba tanamkan dalam diri dan HATI, yang kita ni hambaNya. DIA berhak nak buat apa pun atas kita. yang mampu kita buat hanya bertahan dan terus cuba mendekatkan diri padaNya. ya, kadang2 kita rasa kita jauh dari ALLAH. bagi ana, bagusla kalau rasa mcam tu sebab kita akan lagi rasa nak dekat dgn DIA. jangan pula kita biar je diri kita terus jauh dari ALLAH. terus istiqamah melakukan amalan2 utk mendekatkan diri kita padaNya.

ALLAH itu rindu pada hambaNya yang merintih mengadu merayu padaNya. jangan pernah sombong utk terus dekat padaNya. mujahadah , mujahadah , mujahadah. ingat, syaitan itu takkan pernah putus asa nak mendekati anak2 adam. takkan kita nak putus asa utk mendekati ALLAH, Tuhan kita, Rabb kita yang sentiasa merahmati hambaNya, yang sangat menyayangi hambaNya, yang selalu memberi rezeki pada hambaNya. tapi, hamba2 tu y tak sedar. astaghfirullah.

so ukhti, teruskan perbaiki hati yang mudah berbolak balik. sentiasa fikir yg ALLAH itu sayangkan kita. jangan pernah putus asa. insyaALLAH setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. mintalah, mengadulah hanya pda DIA. akak doakan ukhti terus tsabat, istiqamah, sbar dan tabah hadapi dugaannya. amiin

:)

khalidah alhusna kamilen said...

astaghfirullah, syukran ukhti :)

herizal alwi said...

www.youtube.com/watch?v=HFhcHxAVY2k