Sunday 26 December 2010

bukan apa apa pun.

salam :)
hai hye :O

first orang tgk saya, ''khalidah, kau ni dah banyak berubah yea? "

kali kedua orang tgk saya "betul ke ni kau? jiwa kau mmg macamni?"

kali ketiga orang usha saya "oh dia memang dah lain, dan dia khalidah alhusna lah."

daaan, kali terakhir org lihat saya, "lantak hang laaaaaaaaaaaaaaa..."

betul ke?

saya taktahu. semua tu terpulang pada masing-masing kan.. jadi, terpulanglah mahu katakan apa jua tohmahan mahupun cacian dan juga pujian. *kalau ada la.

saya rasa saya berhak minta maaf sebab sembunyikan diri saya selama ni kan?
yes, saya memang macam ni. saya memang seperti apa yang sedang anda lihat dan perkatakan. oh saya memang agak jiwang dan sentimental. malah sensitif pula. saya juga suka berkawan. saya nampak lain. saya dah tak macam dulu. dan ada lagi?

sorry to say, saya tak faham macam mana orang lain boleh sembunyikan diri mereka yang sebenar dalam tempoh jangka masa yang lama. macam mana ya? tak rasa beban ke. tak rasa menipu ke. tak rasa blablablabla ke.. ke ke ke. oh sudah biasa ya? okaayy, go on lah ehh :)

kenapa nak tipu ni?
kenapa nak sorok sorok ni?
siapa anda yang sebenarnya?

meskipun saya macam ni, saya rasa saya masih tahu mana tahapnya. okay? jadi macam tak perlulah nak emo tak pepasal ennn. semua orang tak gemarlah.

saya akui, hampir 101% dalam blog ni adalah diri saya, dari dalam hati saya, luahan bicara hati saya dan mungkin juga hidup saya. dan adalah jugak privasi kan. takdelah bod** sangat nak cerita semua. kan kan kan? dan mungkin ada yang dapat mendalami serta memahami apa yang saya coretkan. ada juga tidak, tapi cuma tahu cakap belakang. ehhh nevermind, i dont care pun :)

selagi saya tak kacau orang, saya tahulah. dan kalau ada orang nak 'kacau' saya. okay boleh jeaaaaa. tade hal pun haha.

pertamanya,
saya keliru tentang perasaan saya. oh ya. memang pun. sangat sangat keliru. semua kenangan bermain satu persatu dalam fikiran saya. setiap tindakan saya dibayangi sesuatu. setiap malam saya perlu mengalirkan mutiara demi melegakan hati sendiri. mungkin saya masih di dunia sendiri kan.

keduanya,
saya sangat sangat perlukan semangat yang baru. dan kini saya sedang mencarinya. semakin saya cari semakin lemah pula dibuatnya. kenapa ye? saya sendiri yang mencari semangat tu. sedih, susah. hem, dah takboleh ke saya bersemangat lagi. no no, saya mesti semangatkan? tolong pulangkan semangat saya ya Allah. :'( pulihkan kembali apa yang hilang. teguhkan kembali hati ini.


ketiganya,
saya rasa sekarang ni saya memang tengah hidup diselubungi perasaan sejuta satu serba salah. saya takdapat lari. saya berulang kali minta maaf. saya terdorong dengan perasaan ni. saya terdorong lalu buat macam2. dan mungkin lagi menyakitkan hati seseorang. sungguh, saya betul2 minta maaf.

keempatnya,
saya akan merindui orang orang yang telah rapat dengan saya. saya sangat merindui semua itu. bagi saya, maksud sayang itu tak sanggup kehilangannya. dan saya sayang.. tapi kenapa mesti terkepit dalam keadaan macam ni? saya tak sanggup kehilangan awak, dia dan mereka. saya yakin dan penuh percaya semua orang macamtu. tapi mungkin itu adalah pengorbanan orang lain yang telah mereka buat. terima kasih untuk itu. saya pasti tidak akan melupakan semua tu. setiap hari saya terkenangkannya.

kelimanya,
saya akan menjadi orang paling tua dirumah. saya mesti menjadi contoh kepada adik adik. dan saya rasa saya begitu kecil untuk dibandingkan dengan kakak kakak saya. mereka semua dah ada kehidupan di luar sana :') sekarang cuma tinggal saya. saya mesti belajar bersungguh-sungguh dan cuba sedaya upaya menggembirakan hati abi dan umi. ye mungkin saya masih belum bersedia 200% lagi. tapi adalah jugak dalam 145% kan. doakan saya :) maklumlah saya akui saya masih tidak reti berdikari. ini lah perkara yang paling saya khuatiri. nanti tiada teman bicara bergelak ketawa. tinggal saya seorang. sedih memang sedih. saya nak mengadu kat siapa? bantal dan selimut jelah kan.huuu dont be sad big girrlll. waahhh. :D

dan akhirnya,
saya mula belajar kembali erti redha. redha terhadap sesuatu yang telah terjadi. sudah semestinya Dia sediakan yang lebih baik kan? ye, saya kena yakin dengan benda tu. saya akan pegang teguh dengan benda tu. saya redha dia pergi dan mula melupakan saya. saya redha saya pergi menyendiri. saya redha kalau dia dah mula melupakan saya. dan saya redha kalau kalau dia sudah pun bencikan diri saya. saya janji, saya akan redha dan terima semua tu. saya takkan bersedih-sedih lagi. kecuali jika keadaan mendesak. terima kasih hati. semoga saya lebih berhati-hati dalam menyayangi seseorang agar tiada yang terluka disebabkan saya.

ini saya,
Khalidah Alhusna :')

4 comments:

suraya0809 said...

salam...
berkenaan dengan perubahan tu, biasalah.., memang ada bila kita semakin membesar, (hormon pun semakin membesarlah jugakan?)... tapi tak apa, selagi mana nt berpegang teguh dengan alquran dan assunnah, biarkan saja semua andaian yang mereka lontarkan... mulut itu mereka punya, kita dengan diri kita.. insya-ALLAH... moga dapat membantu dengan komen ana yang tak seberapa ni..

khalidah alhusna kamilen said...

salam.
thanksss suuuuuu :)
ye, betullah tu.
syukran jazilan.
terima kasih sgt2.
ini mmg memberi smgttt....

Anonymous said...

i like the post , miss me ?

khalidah alhusna kamilen said...

miss you sooooooooooooooooo muchhhh ! :*