Saturday 26 June 2010

lucky laki.

LUCKY LAKI-SAMWAN

Masih merapu,
Lelaki lelaki dari yang bertie hingga ke mat kutu,
Masih merayu,
Kau menarik aku tertarik,
Padahal apa yang kau mahu semua pun tahu.

Aku bukan tuan puteri,
Yang cuma duduk di istana menanti,
Sang putera datang menyelamatkan diri,
Aku srikandi muslimah abad ini, Yang sentiasa berpijak di alam realiti.

Nah kamu, Kalau mahu aku mesti lebih dari itu,
Setakat pujuk rayu tak senang tertipu,
Tidak mahu kereta dan wang,
Jika iman orangnya senipis kulit bawang,
Tidak mahu material dan glamer, Kerana itu tak kekal lama,
Dan ya... Mana bekalanmu tiba saatnya meninggalkan dunia.

Aku mengimpikan lelaki sejati,
Yang akhlaknya luhur berbudi pekerti,
Yang matanya awas, pandangannya berhati-hati,
Yang takutkan Tuhan ke mana saja dia pergi.

Aku mengimpikan lelaki sejati,
Yang rasional akalnya berpandukan hukum Ilahi,
Yang perancangan hidupnya punya strategi,
Dunia dan akhirat mahu dibolot sekali.

Aku mahu lelaki sejati itu,
Iktikadnya jitu, Setianya pada yang Satu,
Tangannya memberi tak siapa pernah tahu,
Sentiasa berfikir "Bagaimana Dia melihat diriku".

Dan bila dia beristeri(-kan aku)
Tidak akan dihadiahkan aku penyapu,
Tetapi menyusun jadual membantu,
Bahagia muafakat hingga ke anak cucu.

Seorang lelaki yang lucky,
Sentiasa ingat akhirat menanti,
Berjanji dan mengiringi,
Sampaikan jumpaku di syurga nanti.

*saya sangat tersentuh baca ini.semoga anda yg membaca mendapat sedikit ibrah :)

(Samwan adalah samaran seorang isteri & ibu muda bekerja sebagai pensyarah undang-undang di UITM Shah Alam)

6 comments:

xfloze~ said...

"Dan bila dia beristeri(-kan aku)
Tidak akan dihadiahkan aku penyapu"

klo U kawen ngan I, I x bg U pnyapuuu,, I bg vacuum cleaner tros.. snang kje.. hahha, kan yang, kan?? LOL ^0^..

hurm, sarat dgn luahan hati.. susah nk cri laki camtu skrg...

best, dpt kat mne?^^

khalidah alhusna kamilen said...

hahaha..
Uu...i memang bertuah dpt u.
oh goshh.dah lama tggu vacuumm..
LOL

jahat gile xe...hahaha
org serius die lawak plakkkk.

sarat kan?hem, mustahila tade..
mesti ade! YOu?haha

dapat kat buku.i kan membaca sempena hari membaca selangor.euww

xfloze~ said...

hahah..

klo ade pon ana dah cop dulu.. nt jgn nk kaco.. shooh, shooh.. -0-*halau jauh2 smbil mlambai2..

gahgah, hari mmbaca selangor?? ta penah tau plak wujudnya hari sdemikian rupe...(?);p

khalidah alhusna kamilen said...

haha sampai cmtu ehh>?
lawak jeaa.
eh main chop2 plak.sape cptlaa..

erk, adala.nt memangggg.
hee :) bye bye

Anonymous said...

pergi rehat lah xephora oi. kang berdarah lagi lepastu jumpa doktor atas gunung lagi errkkk -.-

Wah bagus bagus lucky laki :')

khalidah alhusna kamilen said...

kau pun kene rehat jugaaak :)
hehe.bagus bagus.