Saturday 4 April 2009

marilah baca..

aslmkum w..

alhamdulillah, masih sempat husna mengucapkan syukur hanya untukNYA..segala puji-pujian hanya layak bagi Allah swt..
xbyk nk ckp..
cuma, hati ni mahu berkongsi dgn hati2 yang lain..semoga tercapai,insyaAllah..

Daripada Anas bin Malik ra, "Bahawa suatu hari ada seorang lelaki berada di sisi Rasulullah saw. Tiba-tiba lalu/melintang lelaki lain di hadapan mereka. Lelaki itu lantas berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku mencintai lelaki ini." Nabi s.a.w bertanya kepadanya, "Apakah kamu telah memberitahunya?." Lelaki itu menjawab, "Tidak". Sabda Nabi s.a.w, "Beritahulah." Lelaki itupun menghampiri lelaki yang sedari tadi bersama Rasulullah s.a.w lantas berkata, "Sesungguhnya aku mencintai kamu kerana Allah s.w.t." Lelaki itupun menjawab, "Aku juga mencintaimu kamu seperti kamu mencintaiku kerana-NYA."(Diriwayatkan drpd. Abu Daud dlm Kitab Adab, Bab Seseorang mencintai temannya kerana kebaikan yg dilihat pdnya)

Menerusi hadith diatas, kita dpt lihat bahawasanya cinta kerana Allah s.w.t adlh cinta yg paling tinggi yg tidak akn dirasakan kecuali oleh org2 yg bersih jiwa dan sejarah hidupnya, memahami agamanya dgn baik, jauh drpd lingkungan yg jahat dan mampu mengendalikan hawa nafsunya. Cinta sebegini antara sesama lelaki di zaman sekarang sgt sulit ditemui, berbeza dgn para sahabat dahulu dan sebahagian tabi'iin.

apa yg husna dpt rungkaikan ialah, terlalu sukar utk menemui lelaki sprti di atas pd zaman kini..malah, xkurg juga bg wanita..mgkin, ada yg tertanya2, hadith ni berlaku kdp lelaki, knpe perlu husna post?hem..mcmne nk ckp, hati husna tersentuh dgn hadith di atas nie..
alangkah, indahnya jika masih ada lelaki sprti tu di zaman ni?pasti tiada pergaduhan ataupun persengketaan..apa yg jd skrg, sgguh terbalik!! pelikkan?

mgkin kata cinta itu luas skopnya..jadi, apa guna akal fikiran yg Allah kurniakan pd kita?maka, berfikirlah..perlu ke rasa malu?ego?ego, mmg tebal pd lelaki..mgkin jga tdk..

puisi Arab yang popular ini juga ada kaitan..:

Manusia hidup utk sesama manusia,
Baik itu mereka yg di perkampungan mahupun di kota,
Masing-masing akan menjadi pelengkap bg yang lain,
sekaligus saling memerlukan,
Kerana semuanya adalah pelayan bg sesama,
Meskipun mereka tidak menyedarinya..

Manusia tercipta utk kepentingan hidup manusia lainnya,
Selama rasa malu masih tertanam dlm diri mereka,
Kerana hidup tak pernah lepas drpd kesulitan dn kesenangan,
Maka tolong menolong dan saling peduli adalah unsur yg mampu merapatkan..

Atau menyelaraskan hidup antara sesama manusia,
Susah senang adlh sunah kehidupan,
Masing-masing hnya bersifat sementara
Ada senang dan ada susah..

Habis gelap terbitlah terang,
Jangan hentikan tangan-tangan yg menghulurkan kebaikan,
Selama orang-orang masih mengharapkannya,
Dan ingatlah selalu bahawa hari-hari terus berganti..

okeh, dah habis..
smgt husna makin menebal..terus berbangkit..
alhamdulillah..
semoga para pembaca dpt mengambil apa2 pgjrn..
hrpnya, dri hati ini sampai juga ke hati2 yg lain..

wassalam:)

2 comments:

e-one said...

YA ALLAH,POST YG BEGITU BAIK..INSYALLAH ANA AKAN MENGAMBIL IKTIBAR DARI NYA

khalidah alhusna kamilen said...

syukran ya ameer.
ambil2, jgn x ambil.sebar2kan.
insyaAllah berguna.

may Allah bless you:)