Monday 23 August 2010

"Merindui 'Diri' ku" :'(

Gelojak hati kian pilu,
Mendesakku untuk berbuat sesuatu,
Aku yang semakin buntu,
Mencari kembali hala tuju..

Aku yang merindui diriku,
Dirantai besi hawa nafsu,
Dimana tempat harusku mengadu?

Siapa diriku, tidak ku kenali..
Bertopengkan nama dan juga personaliti,
Segala yang ada kini,
Bukan aku, BUKAN aku lagi !

Aku yang merindui diriku,
Dibelenggu kenangan satu persatu,
Aku keliru...
Keliru menjadi diriku.

Aku yang umpama lalang ditiup angin,
Jauh menyendiri bernada dingin..

Aku cuma mahu 'aku' !
Seperti dahulu,
Budinya, tingkah lakunya,
adab bicaranya, percakapannya..

Bagaimana harusku mencorak langkah?
Membuang apa yang salah,
Membuka baru sebuah risalah..

Aku yang merindui diriku,
Mencari jalan pulang ke Ilahi,
Beri aku sedikit waktu koreksi diri,
Agar suatu hari nanti,
inilah apa yang aku ingin kecapi,
Redha Ilahi yang ku dambai..

Doakan 'aku' ..

Khalidah Alhusna Kamilen,
24 Ogos 2010,
0107 pagi.

4 comments:

Anonymous said...

Salam tuan blog,

ambo tertarik denge kata-kata yang ini...

"Aku yang umpama lalang ditiup angin,
Jauh menyendiri bernada dingin.."

menarik tu saudari... hem...
tak po, usaha perbaiki diri ya, banyakkan amalan di bulan Ramadhan yang hanya berbaki beberapa hari shj lg... banyakkan berdoa, InsyaAllah, akan kamu temui diri kamu kembali...


Pucuk paku dalam paku,
Paku datang dari seberang;
Carilah aku didalam aku,
Aku berselindung didalam terang...


fahami bait kata-kata pantun diatas, InsyaAllah, akan kamu temui 'AKU' dalam dirimu... Dan apabila telah kamu temui 'AKU' dalam dirimu, maka mudahlah segala urusanmu, dan segala urusanmu itu diiringi pahala... :)


Selamat berpuasa, Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Beramal Ibadah dibulan Mulia ini. Semoga kita ketemu lagi dengan Ramadhan Kareen ini pada tahun-tahun berikutnya. Amiin...


WAllahua'lam,
Wassalam.
-bk

xem~ said...

salam...

hooh, mumtaz! nie lirik lagu keh?

Anonymous said...

menulis kerana dia..hany kerana dia

Khalilah Alhuda said...

ayat ko not bad lah..
haha
macam aku bagus sgt jeh.
ampun buk ;D