Sunday, 24 October 2010

semakin dekattt -.-'

salam :)

alhamdulillah, dikesempatan ini saya ingin memohon maaf untuk semua salah saya..
saya tahu, memang tak terhitung banyaknya :'( jadi, tolonglah maafkan saya.

maafkan saya sebab :

-saya tak mampu menjadi kawan yang baik

-saya tak dapat jadi ketua akaun, lisan bm yang baik.

-saya tak reti membahagiakan awak..

-saya tak reti jaga hati semua pihak.

-saya banyak berbicara, banyak menyakitkan telinga.

-saya banyak bersangka buruk dan salah faham.

-saya terlalu emosi dan sensitif.

-saya tak boleh menjadi contoh NC yang bagus.

-sayat tak memberi contoh yang baik kepada yang lebih muda.

-saya banyak memberontak.

-saya seringkali tidak berpuas hati.

-saya tak banyak membantuuu.

-saya tak berapa rajin selama ni.

-saya menipu awak.

-saya tak buat sesuatu dengan baik.

-saya tak belajar dengan elok.

-saya tak tunaikan tanggungjawab sebagai masyab yang baik.

-saya tak dapat jadi teamate pendebat yang memahami.

-saya tak dapat menjadi pemain netball yang tangkas.

-saya tak balas budi baik awak awak semua.

-saya tak reti berterima kasih untuk apa yang saya dapat selama ni.

-saya banyak memendam selama ni.

-saya tak berterus terang dan terus berselindung sebelum ni..

-saya tak dapat menyayangi awak seperti mana awak lakukan itu kpd saya.

-saya tak mampu menjadi adik dan kakak kesayangan semua.

-saya tak jadi anak yang baik selama ni.

-saya tak jadi murid yang bagus.

-saya tak dengar kata.

-saya benci membenci.

-saya buat2 tak peduli.

-saya lupa diri.

-saya banyak sangat buat salaaaaah.

-saya kuat merajuk.

-saya kuat cemburu.

-saya kuat membebel.

-saya cepat melatah dan bising.

-saya terguna bahasa kasar sblm ni.

-saya terlalu kasar.

-saya tak reti melayan semua pihak.

-saya tak berlaku adil selama ni.

-saya tak jujur kpd awk dan diri sendiri.

-saya tak buat apa yg abi umi suruh buat.

-saya banyak main2, banyak cakap, banyak tidur, banyak makan.

-saya tak siapkan homework.

-saya tak cuba jadi yg terbaik untuk ajk WAFA.

-saya cepat naik minyak.

-saya...

-sayaa...

-dan sayaaa...

-dan dan dan...

macam2 lagi yg saya sendiri tak mampu sebut, maklumlah penyakit manusia adalah lupa.

saya betul2 MINTA MAAF kepada semua. kepada yang pernah benci saya, yang pernah sayang saya, yang pernah memaki saya, yang pernah memarahi saya, yang pernah mengumpat tentang saya, yang pernah buat cerita tentang saya, yang naikkan kemarahan dan kecemburuan saya. dan segala2nya yang tidak disebut..

saya minta maaf. semoga Allah memberkati kalian dan memberi naungan rahmat-Nya kepada kalian.

jangan risau,
saya maafkan je sesiapa :') huhu

tolong doakan saya untuk final exam kali ni. tolong doakan semoga Allah mempermudahkan langkah2 saya. tolong doakan saya agar saya mudah menjawab soalan dan dapat memahami soalan dengan baik. tolong doakan saya supaya saya menjawab dengan lancar. tolong doakan saya agar TIDAK TIDUR semasa didalam dewan peperiksaan. tolonglah, DOAKAN sayaaaaa :(

kepada semua yang bakal mengambil peperiksaan buat masa yang terdekat ni, saya ucapkan

GOODLUCK GUYS!! :) DO THE BEST , BEAT THE REST.


semoga kita sama2 berjaya dan diberkati Allah hendak-Nya. dan terima kasih untuk semuaaaa! :')

p/s : jangan cakap blkg okay ?


doakan saya,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Wednesday, 20 October 2010

dapat sama, tapi kenapa masih lain ?

salam :)

ok, sekarang isu sekolah.

isu generasi.

isu tingkatan.

isu pelajar.

isu adab.

isu biadab.

isu main-main.

isu tak belajar, tak serius.

SEMUA menjadi isu HANGAT *dan basi

kenapa sy tibatiba je?

baiklah, saya akan bagi satu analogi mudah.

kita tanam 3 jenis pokok dalam satu petak tanah. pokok yang pertama ialah pokok cili, kedua pokok betik dan ketiga pokok limau kasturi.selama beberapa bulan setiap pokok diberi baja sama banyak, disiram air pun sama kuantiti ditanah yang sama, dicabut rumput dan sebagainya. semua adalah sama.

namun, bila sampai masa semua pokok itu sudah mengeluarkan hasil, rasa yang dapat semua berlainan macam. yelakan, cili rasanya pedas manakala betik pula rasanya lebih sedap dan manis dan limau kasturi mempunyai rasa masam. tetapi, apa yang peliknya sekarang semua pokok itu ditanam di tanah yang sama, kenapa pula masih rasa yang berbeza?

itulah hakikat kehidupan,
SEMUA BENDA TAKKAN SAMA DALAM DUNIA NI. semua hasil ciptaan Allah berbeza-beza. ada keistimewaan yang tersendiri. kita takboleh memaksa untuk ubah itu dan ini.

apa pula kaitannya dengan isu-isu di atasss??

sekarang, cuba kita lihat kembali.

kita sama sekolah, sama-sama dapat tarbiyah, makanan yang dapat pun sama, tempat solat sama, tempat perhimpunan pun sama, kita belajar pun di kelas yang sama. dannn semuaaaaaaaaaaa dapat sama.

TAPI, kenapa kita masih BERBEZA?

ya itulah isunya,

anda jangan pertikaikan tingkatan itu lebih baik dan macam2 lagi. sebab apa sy cakap macamtu?
sebab taaaaaaaaaaaaaaak semuaaaa orang sama ! kita kenalah terima hakikat tu. pleasela, terima jela hakikat tu. tapayahlah sampai tahap memburuk2kan pelajar sendiri. mana tak kena 'badi' semula?

memang kita dapat tarbiyah yang sama dan macam2 lagi, tapi kita tetap berbeza. sebab inilah corak yang Allah buat. bukannya satu dua tiga je baik, dah BOLEH kategorikan satu tingkatan baik. eh pleaaaaseela, OPEN sikit. kalau macamtu, SEMUA tingkatan pun BAIK kan?? kan?

or just sebab mereka pandai 'main' hati dengan guru, atau lebih cantik/kacak dah boleh label macam tu? oh cetek sungguh ek. okay, semua orang ada hak masing2. baiklah, sila lah buat andaian dan pelbagai macam lagi yang memburukkan.

bukannya orang tu tanak jadi MANIS, tapiiiii yang masalahnya orang dekat AA ni dah label sekali jahat, selamanya jahat. ni lagi satu. ada cuba sokong dan bantuu? ada tak? yang tahu, cakapcakapcakap dan cakap. tak kesian ke tengok orang yang kena? tak kesian ke tengok orang yang nak berubah tapi masih dilabel jahat? mana nak datang semangat tuuuu???

jangan sampai sebab ANDA, orang tu lebih teruk dari sekarang. memang ada. anda dah buat orang tu LEBIH teruk dari sebelumnya. kan macam tak guna? habis orang tu berontak, puasss keeeee??

kalau nak masak cili pun kenalah ada gayanya, janganlah makan macamtu je takpun dgn roti. buah betik pun, boleh jugak masak kerabu betik. sedap jugak. limau kasturi pun boleh buat jus, masakla sendiri. tapi semua tu kena ada CARA dan GAYA nya. kalau tak kena, TAK JADI lah. tak sedap. okay ? fahaaamkaaaan.

secara kesimpulannya,
jangan sesuka hati melabel. jangan sesedap rasa mengata. anda siapa? jangan mudah berbangga dengan apa yang ada. entahla, semua dah besar. saya tahu yang baca ni pun semua dah besar. semua dah pandai. jadi saya kira semua faham la kan.

okay sekian terima kasih.

p/s : tidak menuding jari.

Saturday, 16 October 2010

perasan tak?

salam sejahtera :)

hidup ni indah kan awak ?



yes hidup ni indah sangat2..Allah bagi kita rasa pelbagai perasaan untuk kita rasa.

sedih.sayang.

suka.

tak terkata.

rasa nak menja
uh.

rase nak menyepi.

rasa
down hilang semangat.

bahagia.

seronok
.

penat.mencari sesuatu yang hilang.

menanti.

terluka.berduka.

sengsara.

rindu.



perasan tak?
kadang tu, hari tu kita rasa macam nak senyap..diam.menyepi jee.sebab haritu kita rasa macam something yang hilang. kita pun dukla mencari2 apa2 yg hilang tu kan..sampaila kita jumpa, barula kita jd mcm dulu..




perasan tak,
ada hari tu airmata meleleh jatuh melalui tubir ma
ta tanpa dipinta pun..tak tahula apa yg sedih sangat.fikir something, dah meleleh(maybe perempuan je kot comel cmni.lalala). takpun, tengok something je, tiba2 dah macam aaaaaaaa...menangis, sedih lagi. padahal tgk cicak je pun kat lampu.

perasan tak?
satu hari tu, kita mula rasa alone. takde sape yg disisi. walhal, belambak kat tepi. tapi semua kita tak nampak, sbb takde sapa yg dpt faham hati kitaaa :(
dan mmg pun kadang2 tu, kita betul2 keseorangan..

awak perasan tak?
malam tu awak gembira sesangat2nya lahhh..kita gembira tak terkata. padahal, sbb apa pun kita taktahu? tapi, perasaan gembira tu satu anugerah. maka kita p
un nak berkongsi dgn semuuuuuaaaa oraaangg. kan kan? sebab bahagia tu semua berhak rasa. :')


perasan tak,
satu hari tu kita tiba tiba rase rindu pada sesuatu benda yang dah takde takpun jauh sangaaaaaaattt.. macam tak mungkin kita dapat balik. tapi, rasa rindu tuuu..mmg sangat2 membahagiakan tapi kadang tu menggusarkan. :) + :( kita rasa rindu pada zaman dulu, drjah6 la, form3, takpun masa kecik2 dulu men kat pantaaaii..hem o.O rindulaaaaa :)

perasan tak bahawa,
kadang tu kita rasa mcm nak tumbuk2 jeee seseorang tu. eish, rase mcm nak bg penampar pun ade. bak kata orang, tgh HOT enn..mmg takdapek la nk tlg
g.. selagi tk lepaskan, mmg terpendaaaam jeee.. heee


perasan tak,
kadang2 ni kita hilang motivasi. semangat pudar dan semakin hilang. mesti ada kan?
wahai motivasi, kami sangat perlukan anda utk teruskan hiduup nii...
wahai semangat, datanglah engkau hadir dalam diriku..tanpa semangat yang padu, bagaimana harus aku terus hidupp?

apa apa pun,
kita semua kena bersyukur dengan nikmat rasa semua ni :)
perasaan yang bercampur baur inilah yang mengindahkan hidup kita lagi.. :')



selagi ada masa, ungkapkan lahh..
selagi diberi peluang, gunakanlah..
selagi ada harapan, majulah ke hadapan..
selagi ada rindu, sayangilaah..
selagi ada hati, rasailaaahh.. :D

fyi, mood bukan nak jiwang jiwang ke apa okay? just nak kongsi perasaan yang kadang2 kita cerca, sedangkan ialah yang membuat hidup kita jauh lebih bermakna :)




pesan akhir,
menjadi diri sendiri itu adalah lebih baik wahai hati hati sekalian :')

saya yang berkongsi,
khalidah alhusna kamilen =)

Monday, 11 October 2010

kawan biasa?

salam :)

lama rasanya tak membebel sendiri di laman sesawang nih. oh ye, mungkin terleka dgn facebook yang semakin bosan tu. kembali beralih arah utk blogging pulak. hehe. syukur alhamdulillah, sy masih berkesempatan menukar serba sedikit demi mngubah mood anda dan saya :)

semalam,
saya ada dpt mesej. katanya :


" kau masih kawan biasa dengan diorang(takperlu sebut siapa) sebab kau tak cerita semua benda dekat diorang, so kita macam tulah ok ? "
apa pendapat anda?
sebenarnya,
saya sangat terkilan dan berkecil hati dgn mesej tu. bukan sebab apa, bagi saya kawan baik itu kita selalu bersama saling menegur dan bersuka ria dan dah laaaaaaaaaaaama berkawan.
salah ke saya nak meluahkan kepada seseorang yang kita selesa utk berkongsi walaupun dia bukanlah kawan baik, tapi rapat. salah ke macamtu?
saya rasa semua orang ada hak masing2 utk bercerita pada siapa dan bila. bukan SEMUA orang kita selesa bercerita. betul tak? even dia bukan kawan baik kita, tapi kadang2 kita suka kongsi dgn dia.
jadi, salah ke ?
dan bagi saya kawan baik saya ialah kawan yang rapat sejak duuuuuuuuuuuuulu lagi. okay?
tak perlu lah nak buat andaian macamtu.
eh memang sy emo bab kawankawan ni. sy tak suka org cakap macam2. blablabla.
sukehati la kan?
dan dan, tak payahla cakap saya masih kawan biasa dgn diorang. bagi saya, ikatan tu ada dalam hati. bukan ungkapan semata-mata. seriously, saya sayangkan semua kawankawan saya. dan kawan baik saya mungkin saya lebiiiiiih sayang.
dan lagi satu,
ada ke kawan sekejap sekejap?
bila kita ngam, kita kawan.baaaaaaaaaaaaaaik sangat2. tapi once kita dah tak ngam, kita tak payah dah kawan. ada ke macamtu? tu kawan atau nak menggunakan?
saya sangat2 menyampah bila jadi macamtu. itu bukan kawan namanya la..
tak nampak beza ke? oh saya tak fahamla kenapa masih ada orang yang macamni.
saya berkawan bukan sebab kelebihan seseorang, tapi sebab saya sedia menerima kelemahan dan kelebihan dia. :'(
bukannya sebab saya dah lain, dia dah lain kami takperlu berkawan. bagi saya itu salah dan menyedihkan :"(
tolonglah, bukak sikit minda tuu..okay?
kita kenalah saling menerima antara satu sama lain.. kita muhasabah sama2. bukan sekadar 'sesuatu' kita berkawan.
itu bukan saya..
okay, buat semua kawankawan saya. rapat atau tak, saya sangat sangat sayangkan kalian :)
saya sangat menghargai kehadiran kalian. kalian termasuk dalam warnawarna yang mewarnai hidup saya :D
semoga kita kekal bersahabat, berkawan, berteman dan teeeerus berhubung. sayang !!
dari hati,
Khalidah Alhusna Kamilen ;)

Wednesday, 22 September 2010

campur + campur :)

assalamualaikum w.b.t :')

bismillahirrahmanirrahiim..

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. syawal dah pun menjengah, semua insan sedang bergembira.
kebanyakan, semuanya. walaupun ada kekurangan dimana-mana, pasti ada jugak kan perasaan yang gembira tu.

oh ya, sebelum terlupa.

SELAAMAAT HAARI RAAYA AIDILFITRI MAAF ZAAHIR DAN BAATIN :)

kepada semua daripada keluarga saya.

bukan sebab apa,
saja je buat lambat lambat kan. semua org nak cerita pasal raya kan awal2 dulu. saja je nak test tahap ke'raya'an semua.

raya tahun ni mungkin sedikit meriah. yelahkan, semua dah besar belaka. semua dah pandai nak 'cantik2' haha. eh org perempuan, naluri kami tu. baju raya, sebelum ramadhan dah beli kain. tinggal jahit je. jubah je beli 2 hari sebelum raaya.

oh baju jubah kami org peerempuan semua pattern sama. warna je lain. terasa sangat bertambah erat bila buat mcmni.

biarlah org kata tak sedondon lah apa lah. yang penting, semua suka dan gembira.
bukannya orang nak menunjuk biar se'color' je semua. yang penting, seri muka tu nampak gembira.

well, yang paling best camera tertinggal kat kampung. yeah, kena hambur free free. chilll :)
kahkahkah. malas nak salah sesiapa. semua buat muka redha. saya je tak !!! betapa tak dapat terimanya. oh Allah...

nasib baik ada camera lagi satu. tu pun ku'reng'. ish, tak best. gambar best2 banyak kat camera abi..waaaaaa. teringat2 jeeee.

dan lagi satu,
raya ke 5 barulah mula buat kuih raya. haha org beraya, kami sibuk buat kuih muih. hasilnya, okay apa? memuaskan... hehe. barulah rasa nikmat raya tuuuu.

sebelum tu,
jemputlah datang ke teratak 'sementara' kami sekeluarga. langsung tak kisah daripada latar belakang manakah anda. hoho. sila lah ye :) * dan jgn lupa jemput saya jugaaaaak !! :p

okay,
sejujurnya. saya tak dapat maafkan diri sendiri. kenapa yek? heemm. saya memohon ampun dan maaf dari semua :

1- yang tidak senang akan kehadiran saya.
2- yang tidak puas hati dgn saya.
3- yang dah lama benci saya.
4- yang tidak dapat menerima cara saya.
5- yang merasakan saya tidak menghargai anda.
6- yang mengatakan saya sudah berubah ( sedangkan, saya je yg tahu )
7- yang saya terlupa membayar hutangnya.
8- yang saya mungkiri janji saya.
9- yang merasakan saya melupakannya.
10- yang merasakan saya tidak menghormatinya.

daaaaaaaaan.... mcm2 lagi yg MUNGKIN tidak tersebut. sebab saya tahu, kain yang dahulunya putih tidak lagi putih seperti dulu. saya dah mencoraknya dgn peeeelbaaagai warna. saya memang banyak melakukan kesilapan.

oleh itu, tolonglah cuba maafkan saya. tak kira siapa anda, mahupun dari mana anda. andai kata kita saling berkenalan, maafkanlah saya atas seeeemuuuaaa keterlanjuran saya. biarpun kita tidak bersua mata, berjabat tangan mahupun salng bersenyuman. dalam hati ni, saya benar2 mohon kemaafan dari semua.

jangan risau,
semua salah yang orang buat pada saya,
semua saya dah maafkan. mungkin sedikit sukar utk melupakannya. okay? takpelahhhh :)

sama samalah layari perayaan saya dan keluarga :)



kami bunga-bunga dalam keluarga. ( saya, wafda, aminah, huda )



kak Marwa * haha dan saya :)



kak Ila * haha dan saya juga tiada yang lain ;p



oh, jauhar hatiku. umi dan abi :)



kak Meyna dan kak Ila :) hehe



FAMILY saya :))


kami lagilah nampaknyaaaaa..

yang merayakan,
Khalidah Alhusna Kamilen :)

Saturday, 4 September 2010

kenapa ni..

kenapa sy rasa sy bukan di alam yg nyata sekarang ni..
kenapa sy rasa lemah selemahnye ni..

kenapa sy rase, penyakit tu dtg balik..
ya Allah, sy taknak dah tu semuaa..
sy lemah sgt sgt..
taktahu nk buat apa dah..
sy tanak rasa tu semua balik..
sy dh penatla dgn bende tuu..

kenapa sy rasa lain macam sangat nii..
kenapa nii...?

kenapa sy rasa mcm tak gembira langsung,
bila sedih taktahu sebab apa.
kenapa niii.

kenape sy rase sorang sorang je.
taktahu nak mula dri mana,
taktahu nak bertindak mcmna..
serius,
kenapa ni..

please please.

ya Allah, ku mohon kekuatan dan kesabaran..

Monday, 23 August 2010

"Merindui 'Diri' ku" :'(

Gelojak hati kian pilu,
Mendesakku untuk berbuat sesuatu,
Aku yang semakin buntu,
Mencari kembali hala tuju..

Aku yang merindui diriku,
Dirantai besi hawa nafsu,
Dimana tempat harusku mengadu?

Siapa diriku, tidak ku kenali..
Bertopengkan nama dan juga personaliti,
Segala yang ada kini,
Bukan aku, BUKAN aku lagi !

Aku yang merindui diriku,
Dibelenggu kenangan satu persatu,
Aku keliru...
Keliru menjadi diriku.

Aku yang umpama lalang ditiup angin,
Jauh menyendiri bernada dingin..

Aku cuma mahu 'aku' !
Seperti dahulu,
Budinya, tingkah lakunya,
adab bicaranya, percakapannya..

Bagaimana harusku mencorak langkah?
Membuang apa yang salah,
Membuka baru sebuah risalah..

Aku yang merindui diriku,
Mencari jalan pulang ke Ilahi,
Beri aku sedikit waktu koreksi diri,
Agar suatu hari nanti,
inilah apa yang aku ingin kecapi,
Redha Ilahi yang ku dambai..

Doakan 'aku' ..

Khalidah Alhusna Kamilen,
24 Ogos 2010,
0107 pagi.