Tuesday, 4 May 2010
jangan jangan saya sudahh...
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat kurnia-Nya.terima kasih ya Allah, KAU aturkan yang terbaik utk kehidupan ku.pejam celik, dah bulan Mei kan.fuh, bila ingat balik dulu2 mulalah terkenang itu, teringin ini, termimpi itu, takna ini dan macam2 lagi..apa yg penting, hadirkan rasa syukur dlm jiwa dgn apa yg kita da sekarang..ye, itu plg penting.maka, bersyukurlah kalau ditimpa ujian,musibah mahupun kesenangan.jangan pernah lupa diri.
*bersempena hari lahir ummi saya yg tercinta, maka sy postkanlah sekali.apalah salahnya kita lahirkan rasa kasih dan sayang kita kan.semoga beliau sentiasa dibawah naungan rahmat Allah.semoga segala amalan2 yg diusahakan beliau selama 45 tahun ini diterima Allah.amiinnn..semestinya ummi saya yg terbaik :)
Friday, 23 April 2010
dulu celaru, sekarang rindu, tolong taknak lagi haru.
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah, mcm2 yg saya lalui sejak kebelakangan ni sudah berjaya saya tempuhi.mmg mcm2..tapi lega rasanya, bila Allah sentiasa memberi petunjuk kepada saya.biar pun macam2 cemuhan sy dapat, sy tetap tak peduli.sy nak biarkan hati sy keras dgn cemuhan semua org.meskipun mmg naluri wanita ini lemah, tapi sy ttp akn cuba kuatkan.
tapi satu je yg sy kesalkan, kenapa org pandai salahkan, 'kondem-kondem' tapi tak pandai nak bg semangat ke, atau yg sepatutnye ke.kan?kenape ye??oh, pedulikan.
*sy bukan yg jenis suka mengarut kat blog, tapi terus terang seterang terangnya.
pertama, dah macam2 kecelaruan yg sy hadapi.tak cukup sebulan, tambah lagi satu.ya, sudah berbulan2 sy berlatih utk MSSD bola jaring, then sy kena lepaskan.oh tidakkk..muka dah segelap mcmni, sy kena lepaskan.ats sebb apa?
ya, utk debat yg tersayangg.
masa diberi cuma 10minit utk memilih antara debat dan bola.huh, serius keliru+celaru+haru.mmg tak senang dudukk..dan akhirnya, atas pendapat org ramai.sy memilih debat.tapi, sy cuma ada masa 2hari utk berlatih.ye, mmg agak payah disitu ye..tapi, sy tetap cuba sedaya upaya.
dan akhrinya, kebahagiaan menjelma..
Friday, 2 April 2010
bunga tahi ayam.jangan biar saya mulakan bibit benci.
Saturday, 6 March 2010
berdosanya saya.
bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah, syukur diatas nikmat hidup.walaupun baru saja pulih, tapi diri ini masih terasa asing dengan dunia.rasa sudah lama tidak bersua dengan dunia.ah, seolah-olah saya berada di alam yang lain ketika sakit.saya tak bangun lama.berharihari.kenapa tak selamanya?ya, saya faham itu semua ujian.ujian.dugaan.cabaran.
tapi untuk apa??!
melemahkan saya?
membuat saya hilang arah tuju?
atau..
menguatkan saya?
membangkitkan sayaaa?
arrhh..apa semua ni?
bila akan berakhir??
saya dah penat.penat.penat sangat tanggung semua ni..ya, sangat penat.memang saya sedang mengeluh.ltulah, berdosanya saya.
anda tak rasa apa yang saya rasa.dan anda tak mungkin rasa apa yang saya rasa.!
inikan pula fahami apa yg sedang saya alami.
tolonglah, jangan menipu.tipu.
saya kosong.hilang semua.
macam mana saya nak mula?
saya dah serik.serik.!berdosanya saya.
sekali lagi saya menjadi orang yang tak tahu apa-apa.inilah realiti.inilah sebenarnya sayaa.
aahh, saya kena dan terpaksa mula dari bawah.
ya Allah...
bantu saya.
memang saya hampir putus asa.tapi saya taknak hilang rahmatNya.Allah, berdosanya saya.
saya memang dah tak larat, takde daya nak mula kan semula.
saya penat,serik.
apa saya belajar, sekali gus hilang semuaa.macam mana?apa boleh saya buat?ingat saya ingin semua ni terjadi?langsung takk..!taknak!
sedang semua asyik dengan apa yang baru dipelajari, saya baru mula boleh ingat apa itu tambah tolak darab bahagi dan apa sajalah yang asas.
ingat apa??
mudah ke?
memang saya cemburu, tapi apa boleh saya buat?hah.ujian dah tiba.nak je gagalkan semua subjek.ya, mungkin memang akan gagal.biarlah.siapa peduli.
saya terasa bebal.Allaahh..berdosanya saya.
terserahlah apa yang orang mahu katakan.memang banyak yg perlu dikatakan.kan?yaa, anda semua ada kehidupan yang lebih baik dari saya.syukurlah.syukurlahhh..jagalah.nikmatilah.
sungguh, kadang terasa biarlah diri ini pergi agar tidak menyusahkan sesiapa.sebab semua orang pun dah putus asa dengan saya.kan?ahh, anda sama sekali tidak akan mengerti.
berdosanya saya meminta begitu.berdosa.
saya telah membuatkan umi abi saya terkejut ketika melihat saya sedang tidur dengan bertelekung semalaman.menjerit umi abi saya kerana sangkakan saya sudah meninggal.Allah..berdosanya saya.memang saya selesa sangat pakai benda tu, dan pada waktu malam tu memang terasa sejuk.
tolong...
saya perlu mula balik.tapi saya dah hilang akal.buntu.saya tak tahu nak mula macam mana.dari mana.apa yang saya tahu, menangis dan tangisi apa yang terjadi, apa yang saya lalui.
Allahh,.berdosanya saya.
berdosanya saya ya Allah..
memang saya lemah.lemah.tapi, kalau anda rasa barulah anda tahu macam mana.
diam,
khalidah alhusna.
Tuesday, 16 February 2010
bukan sok taat, cuma mengingat.
post yg ringkas dan mudah difahami.cuma perlukan hati yg ingin dimasuki.
selamat menjamu ;)
dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat
bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat
astaghfirullahall'aziiim
ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuma sekali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat
cepat ucap astaghfirullahall'aziiim
pandanglah ke sana
lihatlah di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita akan menyusuli mereka
astaghfirullahal'aziim
cepat ucap astaghfirullahal'aziiim..
(tobat maksiat : wali band)
kamus dewan : sobat=sahabat
p/s:semoga saya berhasil membuat anda mengucap astaghfirullahal'aziim meskipun sekali.dan ingatlah mati itu plg dkt dgn kita.
muhasabah,
Khalidah Alhusna Kamilen :)
Sunday, 14 February 2010
semuanya tersingkap.
bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah, nafas yg dihirup sekian lama masih lagi tidak berhenti.syukur ke hadrat Ilahi.
bulan Februari sudah menjegahkan diri, taka lama lagi akan muncul pula bulan-bulan yg seterusnya.tiada siapa yg mampu menghalangnya melainkan dgn kuasa-NYA.
saya rasa, elok juga saya berkongsi ayat-ayat Al-Qur'an yg mempunyai rahsianya yg tersendiri.sama ada utk KECANTIKAN, KARISMA, BERPIDATO dan bermacam lagi.
bukan saya saja yg perlukannya, anda semua juga berhak utk mengetahuinya dan amalkannya inshaAllah.
- Karisma Diri
1-mulakan dgn membaca "A'uzubillahiminasshaithonirrajiim" diikuti dgn bismillahirrahmanirrahim.
2- diikuti Surah Al-Ma'arij(70) ayat 1-32.
3- Surah Nuh(71) ayat 1-28.
4-Surah Al-Hajj(22) ayat 39
5- Surah Al-Lail(92) ayat 11
6- Surah Al-Hajj(22) ayat 40
7- Surah Al-Jiin(72) ayat 1-28
8- Surah Al-Muzammil(73) ayat 1-20
9- Surah Al-Ma'arij(70) ayat 33-44
10. ditutup dgn ''Sadaqallahul'azim".
11- dibaca seminggu sekali.
- Kosmetik/Kecantikan
1- mulakan dgn membaca "A'uzubillahiminasshaithonirrajim" diikuti dgn "bismillahirrahmanirrahim".
2- diikuti Surah Sad(38) ayat 1-21
3- Surah Az-Zumar(39) ayat 21
4- Surah Al-Qalam(68) ayat 32-52
5- Surah An-Nahl(16) ayat 5
6- Surah Sad(38) ayat 1-21
7- Surah Al-Baqarah(2) ayat 31
8- Surah Qaf(50) ayat 1-45
9- Surah Al-Baqarah(2) ayat 32
10- Surah Sad(38) ayat 68-88
11- Surah Al-Qalam(68) ayat 1-21
12- Surah Al-A'raf(7) ayat 21
13- Surah Al-Qalam(68) ayat 1-21
14- ditutup dgn "sadaqallahul'aziim".
15- dibaca seminggu sekali.
sekian ini dulu.yang lain akan dipostkan lain masa.sumber yg boleh dipercayai.semoga ada hati-hati yg tergerak utk mengamalkannya.Al-Quran itu diturunkan utk kita.maka, gunakanlah sebaik yg mungkin.
*p/s:kalau nak lagi sng, jumpa saya.saya ada ayat2nya terus.dah mcm nota dah jadi.
senyum selalu,
Khalidah Alhusna Kamilen :)
Saturday, 23 January 2010
oh GIPAANGGgg?
bismillahirrahmanirrahim.
okay, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya kita masih dipertemukan di laman sesawang ini.meskipun mata tidak bertentang mata, namun diharapkan agar hati sentiasa diikat Rab.
*permulaan yg agak skema.hehe.
apa itu GIPANG?
adakah nak kena pelempang?pap!
atau, tembak menembak?pang pang.*eh, betul kee?hehe
mungkin juga, cara menghalau sesuatu?
duh, mungkin husna merepek barangkali.
bila usia menjangkau 16 tahun ni, mungkin normallah dapat tanggungjawab dan beban yang baru.dann..semakin banyak.kan?kan?
yeah, tepat sekali.tolongla jgn cuba nak nafikan lagii.tolonglaa.
post kali ni, bukan nak kata pada sesiapa atau apa2.cuma mungkin ingin mengatakan sesuatu.
adilkah jika seseorang itu tidak berkeinginan utk memegang jawatan itu, tetapi disebabkan kepercayaan org terhadapnya, dia berani memikul dan dia digelar gila pangkat?
jgn sampai menjadi fitnah.kerana mulut badan binasa.
mgkin ada yg yg smpi 4, 5, 3 atau lebih dari tu yg dia pegang.tapi, betulkah dia tu gipang??
eh,eh.janganla nilai orang dari luaran.kalau dah tahu mata tu tak boleh nampak dalaman, tak payahla kan nak sok sek sana sini.kang free free je dpt sesuatu.tahu pulak marahkann.
sok sek bukan sikit je,
kalau boleh nak sampai makcik kantin ke, pak guard sekali tahu kan?
hal kecik pun, nak bising.
kalau nak sangat,
ya silakaan..nah ambil!
tahu pulak, "eh taknak laa.hehe"
ha'ah, byklaa.dahtu, jgnla sedap2 je ckp mcm2.
igt apa, org yg pikul tu tak tanggung apa2?
cuma dapat nama semata?dahla hati sakit, pening pulak tu perlu fikir macam2.
hei, memang silap lah sesiapa yg berfikiran cmtu.
okay, itu yg lain.ade pulak yg terbalik.
waduh2, ada juga yg mukanya ada tembok ya pak.haha.kok sampai begituk sekali.
terang benderang, memang gilakan pangkat.
haa, susah jugak tu kan?
tapi takpela, semangat dia tu lain.biarkan saja.
mulut tu kasi senyap sudahla, tak perlu nak bising tentang gipang.
tak boleh ke?
okay, itu saja mungkin.
pada mulut2 yang tidak ingat akan balasan Allah Azza Wajalla, anda dipersilakan utk berkata mcm2.tidak kisah dari bhs apakah yg anda ingin gunakan.sila, sila.jemput, jemput.inilah masanya anda utk bercakap apa yg terbuku dikalbu.jangan segan, janganlah malu.
akhir kata,
maafkan saya jika terlanjur kata, tersalah bicara, membuat sesiapa terasa atau barangkali saya ini sudah keterlaluan.kadang hati manusia itu cool and down.yeah.
koreksi diri, muhasabah peribadi.
nota tambahan=
kamus dewan : gipang ialah perkataan yg telah dipendekkan.pada asalnya ialah 'gila pangkat'(abehla kena marah dgn cgu wasitahhh.)
*utk pengetahuan seisi dunia, saya kini berada diambang kemalasan dalam menggunakan internet.nafsu semakin merudum sejak akhir-akhir ini gara-gara homework yg terlalu banyak dan masa study yg perlu dilebihkan.ini bermakna, saya semakin tidak aktif utk menaipkan sesuatu.tetapi, bukan juga bermaksud saya tidak menjengah laman ini.masih jengah okay.mana mana yg namanya tidak ada, hrp maaf dan bersabar.susah rasanya nak buat balik.hehe.(pdhl malass,)
terima kasih buat semua yg sentiasa menjenguk blog ini.teruskan selagi mahu :)
sekali sekala saya menaip,
Khalidah Alhusna Kamilen :)




