Friday, 23 April 2010

dulu celaru, sekarang rindu, tolong taknak lagi haru.

salam :)

bismillahirrahmanirrahim..

alhamdulillah, mcm2 yg saya lalui sejak kebelakangan ni sudah berjaya saya tempuhi.mmg mcm2..tapi lega rasanya, bila Allah sentiasa memberi petunjuk kepada saya.biar pun macam2 cemuhan sy dapat, sy tetap tak peduli.sy nak biarkan hati sy keras dgn cemuhan semua org.meskipun mmg naluri wanita ini lemah, tapi sy ttp akn cuba kuatkan.

tapi satu je yg sy kesalkan, kenapa org pandai salahkan, 'kondem-kondem' tapi tak pandai nak bg semangat ke, atau yg sepatutnye ke.kan?kenape ye??oh, pedulikan.
*sy bukan yg jenis suka mengarut kat blog, tapi terus terang seterang terangnya.

pertama, dah macam2 kecelaruan yg sy hadapi.tak cukup sebulan, tambah lagi satu.ya, sudah berbulan2 sy berlatih utk MSSD bola jaring, then sy kena lepaskan.oh tidakkk..muka dah segelap mcmni, sy kena lepaskan.ats sebb apa?
ya, utk debat yg tersayangg.

masa diberi cuma 10minit utk memilih antara debat dan bola.huh, serius keliru+celaru+haru.mmg tak senang dudukk..dan akhirnya, atas pendapat org ramai.sy memilih debat.tapi, sy cuma ada masa 2hari utk berlatih.ye, mmg agak payah disitu ye..tapi, sy tetap cuba sedaya upaya.

dan akhrinya, kebahagiaan menjelma..

team debat yg paling syooookkk sgt !

doaku termakbul utk 'dia' yg istimewa.tahniah kak Hudaa..aceh aceh.

saya rindukan inii..ye, rindu sangat sangat.


mereka tak pernah control kan?

team debate English :)

bakat besar utk Al-Amin !

selamanya kenangan.

suka duka, biar bersama kann..

sentiasa research dan research.

oh kenalan :)

najat oh najaaatt.. ;)

thanks Cikgu.

terima KASIH semua! ;)

utk grand dinner.

jasamu dikenang Cikgu Azie.sayang sangaaaaattt!!

tahun depan dah tak dapat lagi dah :(

thanks kak Diyana :)

ikatan terbina di situu :)

sebelum apa2, kita doa dulu yea..
team dulu ;)
oh, ini pun dolu dolu.
yaa, dia seorang yg baik hati.
kedua, semasa hari sy nak pergi debat.kawan baik saya pindah sekolah.punyala dia semangat memaksa saya dtg ke sekolah.rupa2nya, sebb dia nak pindah..oh noo, sgt sedih.hati celaru sgt.,.
mmg sy dah kenal dia lama dah, time umur 9tahun.hampir 7tahun sy kenal dia.saya sayangkan dia, Najihah Nazri.sangat sangat.dia lah yg mendorong dan memberi galakan pada saya selama ni.mmg kami tak serapat mana, tapi hati kami diikat kuatt.demi Allah, sy sayangkan dia kerana Allah.sy doakan dia dpt yg terbaik.amin..
tibe tibe macam teringat tahun lepas, bila dah smpi bulan macamni, mmg ade org yg dekat dgn saya.tapi skrg, org tu pun dah jauhhh sgt dari sy.mmg sy tak dpt buat apa dah.dan sy mmg terhutang budi kat dia.dia byk tlg saya..walaupun hmpir 2bln lebih je sy knl dia, tapi sungguh.semuanya bermakna utk sy.sy doakan dia dpt yg terbaik.amiinn..
dan sekarang, hadir juga insan baru.mmg Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana.Dia aturkan yg terbaik utk saya.saya harapkan, inilah yg terbaik.insan baru ni juga sentiasa memberi sokongan dan galakan.meskipun gelagatnya tak terlayan, sekurang2nya dpt jugalah menugubat hati yg luka.terima kasih :)
cuma satu, mmg dulu saya celaruu..dan sekarang saya sangat rindukan semua.mungkin nanti dah tak sesibuk mcm dulu.toloonngg, saya taknak lagi haruu.taknak taknak !
kepada semua, terima kasih banyak2.semoga Allah membalas jasa2 anda ;)
terhutang budi,
Khalidah Alhusna Kamilen :)

Friday, 2 April 2010

bunga tahi ayam.jangan biar saya mulakan bibit benci.

salam.

alhamdulillah, masuk bulan baru.terdapat jugaklah post baru kan.salam dan selawat buat junjungan Nabi Muhammad saw dan sahabat2 baginda.terima kasih atas kurniaan Ilahi yg tak terperi ini.

"jangan ingat bunga tahi ayam boleh berubah terus menjadi bunga kasturi.."

ya, ini mmg kata2 saya dari hati.saya betul2 tak faham, kenapa orang boleh terus ingat macamtu.
kalau anda tak faham, mungkin salah anda sendiri..cuba selami dan fahaami.tak susah, mudah sahaja.

saya kira, semua orang sama.jangan bersikap membabi butaa.tolonglaaahh....

jangan ingat anda tu ma'sum.tolong JANGAN GELOJOH.jangan ingat cara anda BENAR.
kalau rasa tak tahan sangat,, baik.DOAKAN SAJA.jangan bertindak MELULU seperti orang KURANG PANDAI.nampak wara', tapi jelas cara anda sangat TIDAK RASIONAL.jangan ingat anda seorang yang sangat PAKAR.paling penting, lihat generasi ANDA.

maaf, mungkin terlalu melepas disini.kalau rasa nak bersua muka, saya pun taknak.tak lalu.kalau nak bagi surat, oh maaflah.tangan saya tak larat.kalau nak mesej, oh tidak.saya tidak mahu keluarkan kredit utk anda.

memang minggu ni, minggu bermain EMOSI orang kata.alah, saya peduli apa.perasaan satu ANUGERAH.kita perlu HARGAINYA.saya rasa, saya mmg berhak untuk emosi.tapi, saya masih dapat kawal.takda pulak saya nak SEBAR2KAN cerita pada orang lain.takda pula saya nak HENTAK2 meja, TENDANG2 pintu.takda pun ! kan.

"kau jangan jadi BODOH, orang buat kau, kau nak hukum diri sendiri buat apa? "

ini ungkapan dari ahli yg tersayang.saya terima.tapi, tak pernah pulak saya rasa saya menghukum diri saya sendiri.apa2pun, terima kasih.saya sangat hargainyaa..dia selalu disamping saya.

baru saya tahu betapa "busuknya" saalah satu sistem tu.SERIUS.

apa yang saya dapati ialah :
1-anda 'org sendiri' berjaya tikam belakang 'orang sendiri'. BAGUS..*pencapaian yg luar biasa.
(kalau orang tahu siapa anda, pasti mereka tikam anda sepuas2nya.)

2-anda GUNTING DALAM LIPATAN.tak pernah sokong 'orang sendiri' malah, berusaha untuk menjatuhkan. SYABAS..*banyak potensi anda.

3-anda MUSUH DALAM SELIMUT.siap sedialah untuk anda menjatuhkan sistem anda sendiri. TAHNIAH..*tak lama lagi.

sebelum habis, jangan biar saya mulakan bibit2 benci dalam hati saya.sbb saya TAKNAK pun.tapi, cara 'anda-anda' ini membuatkan saya rasa sistem itu 'busuk' dan hilang hormat.
biarlah orang nak HENTAM saya dua orang terus.BAIK, silakan.

saya minta maaf jika perkataan2 yang saya gunakan salah tatabahasa dan tempatnya.saya tak bermaksud macamtu.saya nak cakap bahasa mudah.

sekian sahaja,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Saturday, 6 March 2010

berdosanya saya.

salam.

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, syukur diatas nikmat hidup.walaupun baru saja pulih, tapi diri ini masih terasa asing dengan dunia.rasa sudah lama tidak bersua dengan dunia.ah, seolah-olah saya berada di alam yang lain ketika sakit.saya tak bangun lama.berharihari.kenapa tak selamanya?ya, saya faham itu semua ujian.ujian.dugaan.cabaran.

tapi untuk apa??!

melemahkan saya?
membuat saya hilang arah tuju?
atau..
menguatkan saya?
membangkitkan sayaaa?

arrhh..apa semua ni?
bila akan berakhir??

saya dah penat.penat.penat sangat tanggung semua ni..ya, sangat penat.memang saya sedang mengeluh.ltulah, berdosanya saya.
anda tak rasa apa yang saya rasa.dan anda tak mungkin rasa apa yang saya rasa.!
inikan pula fahami apa yg sedang saya alami.
tolonglah, jangan menipu.tipu.

saya kosong.hilang semua.
macam mana saya nak mula?
saya dah serik.serik.!berdosanya saya.

sekali lagi saya menjadi orang yang tak tahu apa-apa.inilah realiti.inilah sebenarnya sayaa.
aahh, saya kena dan terpaksa mula dari bawah.
ya Allah...
bantu saya.
memang saya hampir putus asa.tapi saya taknak hilang rahmatNya.Allah, berdosanya saya.

saya memang dah tak larat, takde daya nak mula kan semula.
saya penat,serik.
apa saya belajar, sekali gus hilang semuaa.macam mana?apa boleh saya buat?ingat saya ingin semua ni terjadi?langsung takk..!taknak!

sedang semua asyik dengan apa yang baru dipelajari, saya baru mula boleh ingat apa itu tambah tolak darab bahagi dan apa sajalah yang asas.
ingat apa??
mudah ke?

memang saya cemburu, tapi apa boleh saya buat?hah.ujian dah tiba.nak je gagalkan semua subjek.ya, mungkin memang akan gagal.biarlah.siapa peduli.
saya terasa bebal.Allaahh..berdosanya saya.

terserahlah apa yang orang mahu katakan.memang banyak yg perlu dikatakan.kan?yaa, anda semua ada kehidupan yang lebih baik dari saya.syukurlah.syukurlahhh..jagalah.nikmatilah.

sungguh, kadang terasa biarlah diri ini pergi agar tidak menyusahkan sesiapa.sebab semua orang pun dah putus asa dengan saya.kan?ahh, anda sama sekali tidak akan mengerti.
berdosanya saya meminta begitu.berdosa.

saya telah membuatkan umi abi saya terkejut ketika melihat saya sedang tidur dengan bertelekung semalaman.menjerit umi abi saya kerana sangkakan saya sudah meninggal.Allah..berdosanya saya.memang saya selesa sangat pakai benda tu, dan pada waktu malam tu memang terasa sejuk.

tolong...
saya perlu mula balik.tapi saya dah hilang akal.buntu.saya tak tahu nak mula macam mana.dari mana.apa yang saya tahu, menangis dan tangisi apa yang terjadi, apa yang saya lalui.
Allahh,.berdosanya saya.

berdosanya saya ya Allah..

memang saya lemah.lemah.tapi, kalau anda rasa barulah anda tahu macam mana.

diam,
khalidah alhusna.

Tuesday, 16 February 2010

bukan sok taat, cuma mengingat.

salam :)

post yg ringkas dan mudah difahami.cuma perlukan hati yg ingin dimasuki.

selamat menjamu ;)

dengarlah hai sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti dirimu habis dan tamat

bukan ku sok taat
sebelum terlambat
ayo sama-sama kita taubat
dunia sesaat
awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astaghfirullahall'aziiim

ingat mati, ingat sakit
ingatlah saat kau sulit
ingat ingat hidup cuma sekali

berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat ingat sobat ingatlah akhirat

cepat ucap astaghfirullahall'aziiim

pandanglah ke sana
lihatlah di sana
mereka yang terbaring di tanah
bukankah mereka
pernah hidup juga
kita akan menyusuli mereka

astaghfirullahal'aziim

cepat ucap astaghfirullahal'aziiim..

(tobat maksiat : wali band)

kamus dewan : sobat=sahabat

p/s:semoga saya berhasil membuat anda mengucap astaghfirullahal'aziim meskipun sekali.dan ingatlah mati itu plg dkt dgn kita.

Allah melihat, Malaikat mencatat

muhasabah,
Khalidah Alhusna Kamilen :)

Sunday, 14 February 2010

semuanya tersingkap.

salam :)

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, nafas yg dihirup sekian lama masih lagi tidak berhenti.syukur ke hadrat Ilahi.
bulan Februari sudah menjegahkan diri, taka lama lagi akan muncul pula bulan-bulan yg seterusnya.tiada siapa yg mampu menghalangnya melainkan dgn kuasa-NYA.

saya rasa, elok juga saya berkongsi ayat-ayat Al-Qur'an yg mempunyai rahsianya yg tersendiri.sama ada utk KECANTIKAN, KARISMA, BERPIDATO dan bermacam lagi.
bukan saya saja yg perlukannya, anda semua juga berhak utk mengetahuinya dan amalkannya inshaAllah.

  • Karisma Diri

1-mulakan dgn membaca "A'uzubillahiminasshaithonirrajiim" diikuti dgn bismillahirrahmanirrahim.

2- diikuti Surah Al-Ma'arij(70) ayat 1-32.

3- Surah Nuh(71) ayat 1-28.

4-Surah Al-Hajj(22) ayat 39

5- Surah Al-Lail(92) ayat 11

6- Surah Al-Hajj(22) ayat 40

7- Surah Al-Jiin(72) ayat 1-28

8- Surah Al-Muzammil(73) ayat 1-20

9- Surah Al-Ma'arij(70) ayat 33-44

10. ditutup dgn ''Sadaqallahul'azim".

11- dibaca seminggu sekali.

  • Kosmetik/Kecantikan

1- mulakan dgn membaca "A'uzubillahiminasshaithonirrajim" diikuti dgn "bismillahirrahmanirrahim".

2- diikuti Surah Sad(38) ayat 1-21

3- Surah Az-Zumar(39) ayat 21

4- Surah Al-Qalam(68) ayat 32-52

5- Surah An-Nahl(16) ayat 5

6- Surah Sad(38) ayat 1-21

7- Surah Al-Baqarah(2) ayat 31

8- Surah Qaf(50) ayat 1-45

9- Surah Al-Baqarah(2) ayat 32

10- Surah Sad(38) ayat 68-88

11- Surah Al-Qalam(68) ayat 1-21

12- Surah Al-A'raf(7) ayat 21

13- Surah Al-Qalam(68) ayat 1-21

14- ditutup dgn "sadaqallahul'aziim".

15- dibaca seminggu sekali.

sekian ini dulu.yang lain akan dipostkan lain masa.sumber yg boleh dipercayai.semoga ada hati-hati yg tergerak utk mengamalkannya.Al-Quran itu diturunkan utk kita.maka, gunakanlah sebaik yg mungkin.

*p/s:kalau nak lagi sng, jumpa saya.saya ada ayat2nya terus.dah mcm nota dah jadi.

senyum selalu,

Khalidah Alhusna Kamilen :)

Saturday, 23 January 2010

oh GIPAANGGgg?

salam :)

bismillahirrahmanirrahim.

okay, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya kita masih dipertemukan di laman sesawang ini.meskipun mata tidak bertentang mata, namun diharapkan agar hati sentiasa diikat Rab.

*permulaan yg agak skema.hehe.

apa itu GIPANG?
adakah nak kena pelempang?pap!
atau, tembak menembak?pang pang.*eh, betul kee?hehe
mungkin juga, cara menghalau sesuatu?
duh, mungkin husna merepek barangkali.

bila usia menjangkau 16 tahun ni, mungkin normallah dapat tanggungjawab dan beban yang baru.dann..semakin banyak.kan?kan?
yeah, tepat sekali.tolongla jgn cuba nak nafikan lagii.tolonglaa.

post kali ni, bukan nak kata pada sesiapa atau apa2.cuma mungkin ingin mengatakan sesuatu.
adilkah jika seseorang itu tidak berkeinginan utk memegang jawatan itu, tetapi disebabkan kepercayaan org terhadapnya, dia berani memikul dan dia digelar gila pangkat?
jgn sampai menjadi fitnah.kerana mulut badan binasa.

mgkin ada yg yg smpi 4, 5, 3 atau lebih dari tu yg dia pegang.tapi, betulkah dia tu gipang??
eh,eh.janganla nilai orang dari luaran.kalau dah tahu mata tu tak boleh nampak dalaman, tak payahla kan nak sok sek sana sini.kang free free je dpt sesuatu.tahu pulak marahkann.


tolong, jangan buat apa yang anda tak suka pada org lain.

sok sek bukan sikit je,
kalau boleh nak sampai makcik kantin ke, pak guard sekali tahu kan?
hal kecik pun, nak bising.
kalau nak sangat,
ya silakaan..nah ambil!
tahu pulak, "eh taknak laa.hehe"
ha'ah, byklaa.dahtu, jgnla sedap2 je ckp mcm2.
igt apa, org yg pikul tu tak tanggung apa2?
cuma dapat nama semata?dahla hati sakit, pening pulak tu perlu fikir macam2.
hei, memang silap lah sesiapa yg berfikiran cmtu.

okay, itu yg lain.ade pulak yg terbalik.
waduh2, ada juga yg mukanya ada tembok ya pak.haha.kok sampai begituk sekali.
terang benderang, memang gilakan pangkat.
haa, susah jugak tu kan?
tapi takpela, semangat dia tu lain.biarkan saja.
mulut tu kasi senyap sudahla, tak perlu nak bising tentang gipang.
tak boleh ke?

okay, itu saja mungkin.
pada mulut2 yang tidak ingat akan balasan Allah Azza Wajalla, anda dipersilakan utk berkata mcm2.tidak kisah dari bhs apakah yg anda ingin gunakan.sila, sila.jemput, jemput.inilah masanya anda utk bercakap apa yg terbuku dikalbu.jangan segan, janganlah malu.

akhir kata,
maafkan saya jika terlanjur kata, tersalah bicara, membuat sesiapa terasa atau barangkali saya ini sudah keterlaluan.kadang hati manusia itu cool and down.yeah.
koreksi diri, muhasabah peribadi.

nota tambahan=
kamus dewan : gipang ialah perkataan yg telah dipendekkan.pada asalnya ialah 'gila pangkat'(abehla kena marah dgn cgu wasitahhh.)

iman siapa yang tidak turun dan naik melainkan malaikat.

*utk pengetahuan seisi dunia, saya kini berada diambang kemalasan dalam menggunakan internet.nafsu semakin merudum sejak akhir-akhir ini gara-gara homework yg terlalu banyak dan masa study yg perlu dilebihkan.ini bermakna, saya semakin tidak aktif utk menaipkan sesuatu.tetapi, bukan juga bermaksud saya tidak menjengah laman ini.masih jengah okay.mana mana yg namanya tidak ada, hrp maaf dan bersabar.susah rasanya nak buat balik.hehe.(pdhl malass,)

terima kasih buat semua yg sentiasa menjenguk blog ini.teruskan selagi mahu :)

sekali sekala saya menaip,
Khalidah Alhusna Kamilen :)

Monday, 11 January 2010

okay, repeat repeat.

salam :)

alhamdulillah, mata yg diberi amanah oleh Allah ini masih bisa melihat keindahan dan kekuasaan Ilahi Sang Pencipta.mulut yg dikurniakan masih lagi mampu utk membaca ayat2 suci Allah.terima kasih ya Allah.

rasa mcm dah lunyai blog ni.orang pun dah jemu menjenguk.asyik tidak ber'update' jee.hehe.tapi, memang itulah hakikatnya.kan?hem, tidak mengaaapa.memang manusia itu ada perasaan bosan, jemu, suka dan sebagainya.nak tak nak, kenala terima seadanya kan?hee.

takpelah, lunyai kejap je kott.haha.*yo yo o jee..
okay, okay.

seperti mana yg tahu, hari ni dah mula masuk sekolah.yeay??haha.
kadang rasa,
takut utk besar, sebab husna tahu.beban dan tanggungjawab semakin berat dan besar yg akn kita pikul.
kadang rasa,
makin besar ni, makin banyak ke amal yg dah buat?hem.fikirlah kembali kan?.
kadang rasa,
SAYA MASIH TAK BERSEDIAAA..

tapi, memang husna tahu.hidup mesti diteruskan.mesti!
jadi husna, awak kena kuat.awak mesti terus maju.awak mesti terus melangkah ke hadapan.okay?hem.


Ya Tuhan, pinjamkan aku pelangi.agar aku bisa melalui jalan yang berduri ini.

Ya Tuhan, jadikan aku cahaya.agar aku bisa menerangi yang lain.

Ya Tuhan, pinjamkan aku keinsafan.agar aku mengerti kehidupan.

Pinjamkan aku seketika…


kalau nak bicara tentang hati dan perasaan.semua orang ada.kan?tapi, yang pasti dlm setiap hati insan itu berbeza perasaannya.
kenapa mesti ade yang mempertikaikan sesuatu perkara seolah-olah dia tidak pernah berbuat jahat atau apa.
ya, itulah perasaan sebenarnya.perasaan ingin tahu.am i right?

saya sedar,
memang diri ini lemah.tak kuat.mudah jatuh.
justeru itu,
pimpinlah saya.bantulah saya.tolonglah saya.tegurlah saya.ingatilah saya.

kenapa tajuk repeat ek?haha.takde, ustaz Ayub ckp itu je dlm kelas bhs arab tgi tadi.jadi memang rasa teringat jee.
masa lunch, kawan tanya : "khalidah, balik pukul bape harini?"
jawapannya : "lambat kot, kau?"
next answer : "oow, aku pun sama.balik lambat jugak.."
jadi, secara tak sengaja : "hem, harini aku balik naik van."
terkejut : "ape?van?kenapa kau naik van pulakkk.."
jawaplah lagi kan : "mak aku suruhh.aku naik dgn adik2 aku, wa kakak akuu.."

okay, fine.mereka bantai gelaaaaaaakkkkkkkk...!!
ceh, kurang asam je rasee..mereka kata, "laah, rumah kau dkt jeee.sebelah IIS je punn.mcmlah jauh sgtt.."hahaha :D*saya anak maaak laa..ikut ckp maaakk..hahaha.tapi, mmg mereka gelak habis2an.tapi kenapa?ahha.

baiklah, satu lagi yg saya dapat belajar hari ni.
agak sedih wa terkilan, kerana setelah 3 tahun kelas saaammaa.tapi, hari ni segalanya berubahh..
kami tidak lagi bersaaamaa..hem, yaaa.tidak mengapa, mesti kuatkan khalidah?okay okay.*saya kuat kalau anda bersama.aceyh.


Mana milik kita?

Mana ada milik kitaa..

Semua yg ada Allah yang punya..

Tidak ada kita punya, kita hnya mengusahakannyaa..

yang hilang berganti, yang patah tumbuh kembali.baiklaah..terimalah hakikat ituu.

saya kuarang pasti apa motif saya post kali ini.tapi, sejujurnya memang rindukan laman blog ni.oleh itu, saya memohon maaf jika anda tidak mendapat sebarang apa apa ibroh atau apa yg seangkatan dgnnya.saya cuma manusia biasa, sama seperti anda.mungkin harini gelas saya kosong, maka isilah yea.perasaan sangat bercampur baur sekarang ni.sedang menyiapkan diri.*lambatkan?haha.pedulikaaaaann.

so, goodluck semua.untuk apa yg anda lakukan.may Allah bless ;)

macam-macam rasa,
Khalidah Alhusna Kamilen.