esok bermula hidup aku yang baru. BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM.
debar dia hanya Dia yang tahu, cuak dia hanya Dia yang faham, sedih dan sebaknya hati aku hanya Dia yang mampu beri ketenangan.
ya Allah permudahkan urusanku, langkah hidupku, perjalanan dalam menggapai cita cita ku. amiin
"semua kau nak bawak, kang kau menyesal"
"nak pergi berapa tahun ni? pindah rumah?"
"haa jangan balik rumah lagi dah bawak barang macam nak lari rumah"
"bawak je semua husna, bawak lagi"
haaa itulah kata kata ahli keluarga aku masa aku bawwa barang. ah aku takesah. aku firstime jauh camni, dahla lama. harap memahami hahahaha :P
goodluck budak UiTM. lepasni aku jd dak UiTM la ni ahhaha. doakan aku dan rakan rakan. adios!
INI BUKAN AKU
.aku perlukan Engkau.
Friday, 1 June 2012
Wednesday, 23 May 2012
negeri keropok lekor
assalamualaikum, bismillah
syukur alhamdulillah, masih bernafas. diberi kesempatan utk update blog. syukur lagi sebab apa yg aku post sebelum ni, aku dapat. alhamdulillah. AllahuAkbar. itu je yg mampu aku lafazkan setiap hari. bersyukur yg amat. teramat sangat.
apa yang aku impikan semakin hampir, tapi ranjaunya semakin berduri. aku tahu tu. tapi satu je yang tak kena, tempat dia bertukar -,- jadi negeri keropok lekor pulak. bukan atas pulau dah ni. jujurla, aku tak berapa senang dgn tempat yg diatur ni. aku susah terima. masa mula mula cek UPU, dah sujud syukur dah dapat kulinari. alhamdulillah, tapi, utk tahu mana kampusnya, esok kena cek keesokan harinya pulak. lagi satu debaran. bila dah esoknya, cek dapat DUNGUN. yes, im happy :D hehehe. nampak tak kepalsuan dia disitu?
Allah sendiri dah kata "mungkin apa yang kamu suka tidak baik bagi kamu, dan apa yang kamu tidak suka baik bagi kamu.........." aku hanya reda. pasrah dengan ketentuan Ilahi. aku hanya mampu sujud dan bersyukur :) aku tahu inilah aturan yg terbaik dari Dia. memang pada mulanya aku sedih, menitis airmata memikirkan tempat aku yg sgt jauh dari keluarga. salah satu pengangkutan utama utk ke KL adalah bas. aku sangat takut. macam macam aku fikir. tapi disebabkan cita cita dan impian yg menggunung. aku ketepikan tu semua
aku tahu aku boleh. kakak aku, si 'petunjuk' tu ada mesej "jangan nak melepak je dgn kawan kawan, belajar sikit susah" amekaw sedebuk aku dapat. memang, semua pendebat mulut kalau dah sekali cakap memang pedih. tp yang ni tak cakap pun pedih. haha. tersentap jiwa raga aku. memang aku anak perempuan last, beza aku dgn adik aku lelaki 7tahun. tipula kalau aku tak manja, memang for sure aku homesick punyalah nanti.. nak nak lagi aku ni mana pandai berdikari. serious. tula kelemahan aku paling besar rasanya. kot la. mana pernah jauh2 lama lama. tak pernah. takut sangat nak jauh dgn family ni :(
mohon kekuatan dari-Mu
aku dah dapat bayang dah, nanti dekat U nak makan tade pergi dapur cek peti sejuk. kena pergi kantin/kedai beli makanan. BELI BUKAN FREE yea. nanti nak tengok tv mcm biasa dkt rumah ni, mana ada dah. nanti nak pergi tandas sejengkal je dkt rumah ni, mana ade dah dkt U. tade dah. tadapat bayang aku nak pergi tandas pukul 2 3 pagi camne. dahla perut aku suka meragammmmmmm. heeeeiii serrrrrraaaammmmmmmmmmmm!! makin fikir makin menjadi. jadi aku akan gunakan pendekatan WATLEK WATKOOL :D *hokmu
tapi, lagi sekali. sebabkan IMPIAN DAN CITA CITA yang menggunung serta nak hadiahkan segulung ijazah utk abi umi, aku kan tempuhi ranjau ni satu persatu dengan berhati hati. aku AKAN! ni tekad. aku akan belajar bahasa France, impian aku dapat bekerja sana atau jejak sana. itu je :) cepat aminnnkaaaannnn hehe. ada la lagi impian lain, tapi tak termasuk la dkt sini
dah cukup panjang aku bebel, aku mohon kekuatan dari-Nya. pinjamkan aku kekuatan itu. mohon aku pandai bawa diri dan pandai pilih kawan. semoga aku dapat jumpa kawan kawan yang baik dan sekepala :) semoga aku dapat roomate yg memahami dan baikhati :) amin amin yaRobbal'alamiiinn
untuk kawan kawan yang dah masuk U dan bakal masuk U/matriks semoga kita berjumpa lagi. moga kita jumpa lagi dengan karier masing masing hehe. macam awal sangat pulak moga aku ni. doakan saya dan rakan berjaya harungi ranjau baru dan berjaya hendakNya. amiin
walau kita jauh, hati kita selalu dekat. walau awak di utara saya di timur inshaAllah ada masa bertemu lagi :)
UiTM DUNGUN, TERENGGANU HERE I COMEEEEE! :D
okay, nantikan post seterusnya.
menanti,
KAHK
Monday, 30 April 2012
seronok kan bulan baru?
salam :)
alhamdulillah. mungkin ini bulan penentu kepada saya, dan rakan rakan ataupun tidak. yang pasti, aku akan redha. inshaAllah.
aku sentiasa menanti. aku sendiri taktahu apa yang aku nantikan. tapi, information hp aku pun "waiting". aku masih takfaham. takpe, aku tunggu je.
semoga apa yg saya dan rakan rakan harapkan, akan tercaapai. saya tahu, semua pun rasa macamtu kan. lepasni masing masing bawa diri, ikut haluan utk capai cita-cita. macamtu jugak saya.
jadi, ini impian saya.
alhamdulillah. mungkin ini bulan penentu kepada saya, dan rakan rakan ataupun tidak. yang pasti, aku akan redha. inshaAllah.
aku sentiasa menanti. aku sendiri taktahu apa yang aku nantikan. tapi, information hp aku pun "waiting". aku masih takfaham. takpe, aku tunggu je.
semoga apa yg saya dan rakan rakan harapkan, akan tercaapai. saya tahu, semua pun rasa macamtu kan. lepasni masing masing bawa diri, ikut haluan utk capai cita-cita. macamtu jugak saya.
jadi, ini impian saya.
ye, UITM Pulau Pinang. sangat sangat harap dapat masuk sini. sila AMINKAN sekarang!
hallamaakk bila la dapat jejak kan?
dan, akhirnya. inilah jurusan yang saya mahukan. "Cullinary Art". AMINKAN lagi sekali. thankyou :') *gambar cilok maa
dapat tengok baju pun dah cukup lega, teruja. pakai apron je pun dah serrronok taw. sy dh dapat pisau kecil sbb haritu ada masuk kelas memasak bersama Chef Sabri Hassan. haih lagila eksaited. hanya Dia yang tahu.
dan untuk awak, semoga maju jaya! :)
hidup mesti akan lebih seronok bila semua yang kita inginkan akan tercapai, inshaAllah. utk semua, semoga maju jaya! teruskan impian, dan cita cita :)
"Know what you want, Follow your dream, Dont give up, Pray harder"
mohon maaf utk semua kesilapan. doakan saya, dan semoga semua impian anda tercapai!
sekian utk harini,
KAHK
Saturday, 14 April 2012
ini satu cerita yang mengharukan
salam :)
alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi utk semua kenangan manis, indah, pahit, payau yg pernah aku alami. yg paling penting, sbb masih bisa bertemu dgn hari bertuah ini.
REUNION MAFIA 5 SAAD ABI
WAQAS.
Mungkin org pelik, kenapa perlu 'mafia' tu? jujurla, saya pun taktahu. tiba tiba ada group dkt fb nama dia 'mafia 5 saad' dan itu adalah kelas saya! uuu pada mulanya, saya tak suka dgn 'mafia' nampak mcm ganas, terlalu 'game' dan... tak menggambarkan langsung ciri ciri ahli kelas kami! langsung! saya serious ni...
nk tahu apa ciri-ciri ahli kelas kami?
1- tak havoc mcm kelas form5 lain
2- sungguhlah sopan, ayu dan senyap
3- semua mcm buat hal masing masing
4- mcm tak kesah kelas lain
5- mcm tak bergaul dgn kelas lain
6- kelas ni mmg suka buat hal sendiri
7- kelas ni selalu terpinggir *sbb kelas kat bawah, kelas lain dkt tgkt3
8- ahlinya macam sikit..... terutama banin
9- banat banin mcm ..... jauh panggang dari api haha
10- penyayang, tp tak tunjuk. ego la tu semua haha
ha, tulah ciri2 kami. mcmne boleh dpt title 'mafia' tu kan? saya pun pelik. gila gila pelik. tp bila fikir balik, mengikut pendapat saya, itulah ciri2 kami sebenarnya. dalam diam, kami mampu memimpin org lain, contohnya pelajar mithali banatm dari kelas saya. paling tak percaya, ketua dan penolong kelas terbaik/contoh adalah dari kelas saya. nampak tak maknanya? senang cerita, semua sibuk la dlu, segan nk tunjuk sayang kelas, tapi dalam diam semuanya sebenarnya rapat... haha. aku dah pening apa aku type
saat-saaat yang mengharukan bila...
Guru kelas kami 'form4' dlu, Cikgu Wasitah Hassan aka grandma aka permaisuri mafia hehe minta buat reunion, dan beliau sendiri menyatakan hasrat utk belanja kami makan sate. kami tanpa melengahkan masa terus buat reunion, hasilnya :") beginilah hehe
sayang semua, semua. tanpa anda, siapalah saya nak duduk kelas sesorang :')
cukup2 je kerusi utk yang datang haha
nampak tak permaisuri hati kami? :''D
salah satu ucapan dari rakan sekelas : ''mungkin lepas ni susah nak jumpa, tak buat reunion kat rumah aku dah. semua dah pergi jauh-jauh..."
pesan cikgu pula : "kamu dah dapat mana mana, jangan lupa contact cikgu. bagitahu ckgu, jangan lupa cikgu, jangan lupa contact cikgu........'' okay cikgu, inshaAllah :')
p/s : akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA SEMUA MAFIAN DAN SEMUA :) jumpa lagi kelak dgn CERITA baru. jangan lupa MAFIAN!
yg seronok harini,
KAHK
Thursday, 8 March 2012
aku pegang satu beban
assalamu'alaikum
aku pelik, kenapa mesti aku ya yang galas ni semua?
aku tahu, takde sape yg tahu selain aku dan Dia.
kalau pun 'beliau' tahu, adakah 'beliau' dikira seorang yg dayus?
dan aku pula dikira sebagai apa? pengecut, penakutt?
ya, secara jujurnya aku memang penakut dan pengecut. sebab benda ini semua membabitkan kebahagiaan sesuatu institusi. institusi yang sangat penting.
"aku kalau ada orang nak ambil, aku pergi je" - apa benda ni? ni apa benda ni?
sekarang ni, kalau betul sayangkan 'kami' , 'dia' takkan buat perkara macamtu.
im serious bro.
and, kalaupun betul2 sayangkan 'beliau', kenapa masih mengungkit cerita lama, kenapa tidak berusaha semampu yg mungkin?
ya, aku tahu 'dia' mungkin sudah penat. memang layaknya 'dia' peroleh kebahagiaan sekarang. tapi ingatla balik janji Allah. disebalik kesusahan pasti ada kesenangan. kenapa mesti ambil jalan mudah? pleasela, 'anda' ada jawatan yang hakiki. 'anda' pasti dengan 'orang' tersebut? yang entah mana asal usulnya. pasti??!
secara jujurnya, aku sendiri takpasti sampai kapan aku akan terus betah utk menahan benda ni semua. aku taktahu.
yg aku tahu, semuanya demi 'kita'.
aku takkan jadi 'penghancur', tapi kalau aku tak dedahkan, mungkin satu masa akan 'hancur' jugak.
tapi.........
ahhhh! banyak sangat tapi.
aku rasa utk aku buat keputusan tu terlalu besar.
aku mungkin penakut. sebab aku takuut 'kebahagiaan' yang aku kecapi dulu akan berakhir dan tiada penyambungnya. AKU SANGAT TAKUT.
tapi apakan daya, orang seperti aku siapa nak percaya. betul tak? lebih baik aku diam, dan terus diam sambil menyaksikan 'drama' yang semakin menjadi jadi. aku kira ianya sudah tamat tahun lepas, rupanya masih bersambung. astaghfirullah
andai orang tahu apa beban yang aku tanggung sekarang ni, mungkin mereka pun akan buat sepertimana aku. percayalah. agak laama juga aku tanggung beban ni. tak sangka dengan segala kekuatan yg aku ada ni, aku mampu hadapi sendiri. SENDIRI.
dan percayalah, 'anda' semua tidak mahu tahu. percayalah kerana anda semua tidak aakan bisa percaya.
lappy inilah yg menjadi saksi dan bukti segala 'kesaksian' yang aku lihat. tapi aku bukan manusia yg kejam. aku tak sanggup. orang buat aku, aku boleh tahan. tapi kalau aku nak 'menghancurkan' institusi ini, aku tidak sanggup.
kerna hanya Dia yang tahu betaapa aku sangat menyayangi 'mereka'.
''biar orang lihat kita takbaik, tapi hakikatnya kita baik. jangan orang lihat kita baik, tapi hakikatnya kita tidak baik" -Dr Muhaya *twitter
ini bukan aku,
KAHK
Wednesday, 7 March 2012
tahun baru. aku ditakuk lama
assalamu'alaikum semua :)
ya Allah, lama tak bersua di blog. password lama ada masalah. penulis terlupa. haiyoo. ni semua sbb spm. eceh. so alhamdulillah, bertemua kembali :)
saya rindu kawan lama saya ni. hehe.
later post,
"let bygone be bygone''
saya,
Khalidah Alhusna Kamilen
Sunday, 9 October 2011
painkiller
assalamu'alaikum blogger :)
alhamdulillah, aku sakit :) *amboi positi betul aku kan.
yeah, sakit gigi yang nak tumbuh kat belakang tu. eloklah aku sakit, kurang SIKIT bercaakaaapp. sikit jew huuu.well, semua naik hairan plus pelik bila aku diam. tula aku dah kaata aku takboleh diam.. huu. bila aku cakap dalam sakit, meke suruh senyap. ahah
serious, i need alllll the painkiller in the world. aaaaa.
alangkah indahnya hidup kalau ada jugak painkiller utk hilangkan rasa duka dalam kehidupan?
kenapa takde? huu mesti ada hikmahnya tersendiri.
ala lagipun painkiller berkesan utk beberapa jam je. bukannya selama lama nya.
now, baklaaaa painkillerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr !
motif? aku sakit mulut sekarang ni.
bybyyyyeeeeeee :p
Subscribe to:
Posts (Atom)