Friday 30 September 2011

wah

assalamu'alaikum blogger :)

alhamdulillah, aku masih ingat lagi password blog ni. kalau tak mesti dah lupaaa hihi.
maaf menyepi, terlalu banyak masalah dunia yang mesti diselesaikan dengan manusia yang macam macam rupa plus kerenah.

sokey, alhamdulillah. indahnya ciptaan Dia, subhanallah. selama 3 bulan menyepi, banyak sangat benda yang aku lalui dan terpaksa hadapi. seriously, semua tu mengajar aku erti kehidupan sebenar, kesabaran, kepercayaan, ketulusan, dan kefahaman.

mintaa maaf, banyak berubah sehingga harini. hati dan perasaan aku tak macam dulu. ye, mungkin berbeza. tapi ini semua sebab kau kau.

dulu bangkit jatuh tersembam bangun aku, aku sendiri. tapi sekarang alhamdulillah, kawan kawan disisi semakin memahami. ya Allah, aku mohon jangan pisahkan kami.

ambang perpisahan semakin hampir dan aku semakin takut akan hari itu. ya Allah, kuatkan ikatan hati kami semua. aku mintaa maaf, masih ada juga yang tidak faham erti sahabat. bukan pakai buang bukan bahan buangan segera. bukan bukan! bukan susah baru nak cari, senang dilupakan. BUKAN.

ye, aku bila orang marah aku, tuduh aku, aku jenis pasrah. tapi aku minta maaf, jangan terkejut suatu hari nanti aku bangkit macam rakyat mesir berontak. serius jangan terkejut kalau hari tu aku cerita semua dan aku jamin ada yang boleh kena heart attack. sumpah tk tipu, kan dah main sumpah menyumpah. aih.

aku banyak simpan, semua demi keluarga aku. tapi yang aku terima sebaliknya, aku tetap bersyukur alhamdulillah. tapi jujur, sekali kena selamanya terasa. aku minta maaf. ye aku ni lebih baik pergi mamp je kan. tapi kenapa tak lagi? mungkin sebab aku kena settlekan masalah dulu atau aku kena cerita semua?

oh Allah, aku mohon petunjuk. lembutkan hati aku dan mereka. mahu tak mengalir mata yang melihat jari yang menaip, tulisan yang tertera. Allah, begitu lama kah aku simpan? aku tahu Kau sentiasa ada.

pesanan aku buat meereka yang berasa alim dan beriman : jangan mudah pandang rendah pada orang yang kau lihat biasa, mungkin ada benda yang mereka simpan. dan jangan pula berasa bangga dengan kedudukan dan penghormatan yang kau dapat sekarang, sebab kau takkan pernah boleh menjamin bahawa kau akan tetap macamtu juga masa akan datang. lagi satu, jangan ingat orang buat jahat takboleh buat baik kepada Allah even mereka sebut nama Allah pun kau nak pandang buruk. sedarlah, sebab adanya orang macam kau lah, mereka taknak buat kebaikan lagi. kau aku mereka dan dia, tetap sama disisi Allah. melainkan taqwa.

maaf, mungkin pedas. ye, aku wakil kepada mereka yang jahat. dan ya, AKU JAHAT. puas hati aku jadi macamni? ye tepuk tangan sepak dahi kau.

trial sudah spm mengilai. ohyeah, mari semua tingkatkan usaha. hihi caiyok2!

semoga berjumpa lagi, wassalam.

penuh kerinduan,
Khalidah Alhusna Kamilen.