Wednesday 29 June 2011

debarnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

salam.

bermula 30 Jun - 3 Julai 2011 saya dan pasukan debat sekolah akan pergi ke Debat Musleh. sekolah saya pernah menjadi Juara bagi musim yang pertama. apa yang saya harapkan cuma saya dan pasukan kembali berjaya menjulang kejuaraan tersebut.

sepanjang hari saya berdebar, tak tahan nak terkucil je sepanjang masa. bila orang sebut goodluck, airmata pun mula lah berlinang :') maklumlah tahun akhir ni feeling dia lain sikit. saya harap pasukan saya berjaya.

Allah..

kami telahpun bertawakkal dengan usaha-usaha yang kami lakukan. Kau berikanlah kemudahan kepada pasukanku. amiiinn..

pasukan saya yang paling cool, NAJAT dan MUAZ selamat beraksi ye :) kita boleh inshaAllah.

TERIMA KASIH SANGAT SANGAT KEPADA CIKGU AZZIEEE, KAK HUDA, KAK DIYANA, FAHRUL, ILHAM, ABANG AMMAR kerana sudi menjadi sokongan dan pengkritik tetap kami. KALIAN HEBAT ! :D

TERIMA KASIH JUGAK KEPADA KAWAN KAWAN SAYA YANG SETIA MENYOKONG DARI MULA PERJALANAN SAYA. UHIBBUKI FILLAAAAAH ;)

*maaf takdapat post panjangpanjang, baju pun tak packing lagi -,-' hahha emosi aku mcm dah betul ahaha

yang debardebar,
khalidah alhusna :)

Sunday 26 June 2011

hei hei

salam.

aku pelik tengok orang baik baik sekarang ni. mostly yang di sekolah tu lah. entahlah, susah nak cakap.

apa kau ingat kau orang je yang nak baik? berkejar-kejar nak baik sebab nak nama naik? heii, tolonglah betulkan niaaatt.

nak orang tengok kaaau? hei tolonglah, benda tu sekejap jelah. tak kemana pun okaaayyy.

atau kau nak ambil hadiah takrim kau bolot semua? erkk.

kenapa kau tak bimbing orang lain ke arah kebaikan jugak. semua orang pun nak jadi baik laaahhh. janganlah pentingkan diri sangat sebab nak pangkat, nama, pandangan orang semata. ingat Dia tak tanya keeee? huuu

lagi sekali, kau ingat kau sorang je nak baik??? PIRAAAAAAHHHHHHHHH

ergh,
Husna

Saturday 25 June 2011

ILY ILY ILY

dadadiduuuudadiduuu :D







hey, aku dapat jugak jumpa kauu gemuuuuuuuuukkkk hahahhahaha :)

serious, aku happy sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat !! thankss dear. thanksss a lot. imissyou. i miss all the moment with youhhh.

banyak benda lah kita cerita. tapi kau malu malu sikit en Aimi Nadhirah Abdul Nasirr. hahaha. cool. tapi sedih je en kita lepak sekejap jeeeee. huuu SEDIH je. tapi, kita kena bersyukur sebab still dapat jumpaaaa ;)

jangantinggaltinggalkanlagi,
Khalidah Alhusna ;)

aku marah. tapi, pada siapa?

salam alaik :)

alhamdulillah. asyhadualla ila hailallah, wa asyhadu annaMuhammadarRasulullah. aku kena mengucap banyakbanyak. itu pesan dia, hamba Allah. walaupun aku benci *eh tak, takberapa suka sebab asyik aku je yang kena dalam kelas* tapi, aku suka dia bercerita, beri pesanan secara baik. aku boleh terima dgn berlapang dada. terima kasih utk hamba Allah ini. semoga Allah memberkati.

hamba Allah : ustaz, nak tanya sikit boleh?

ustaz : apa dia ? boleh je.

hamba Allah : macam mana kalau saya marah Tuhan? berdosa ke? itu murtad ke?

ustaz : kenapa? awak ada masalah apa? perasaan ke? masih tak murtad, itu cuma kufur kecil baru.

hamba Allah : apa saya kena buat untuk hilangkan perasaan ni?

ustaz : solat sunat sebelum dan selepas solat banyak banyak dan mngucap banyakbanyak.

hamba Allah : okay terima kasih ustaz, saya tanya je :)

ustaz : kenapa? awak ada masalah perasaan ke?

hamba Allah : tadepapelah ustaz, terima kasih.


Allah, itu aku dah pesan dari mula. hati kita ni Allah yang punya dan berkuasa. nampak je daripada mata kasar dalam tubuh kita, hakikatnya kadang kadang kita sendiri pun taktahu apa yang ada dalam hati kita.

astaghfirullah. aku marah. marah sangat. tapi aku sendiri taktahu nak marah kat siapa. tahpape kan? tapi, andai kata aku marah Tuhan, kenapa pulak? apa sebab aku nak marah Dia. aku yakin Dia wujud. aku percaya Dia ada. tapi kadang kadang aku rasa Dia pergi jauh dari aku. kenapaaa????

entah, aku tahu aku salah. tapi kenapa aku sendiri takut nak berpaling arah kembali? aku taktahu lah apa masalah aku. masalah iman kan.

tapayah nak tipu, aku tahu orang lain atau lebih dekat orang yang baca post ni pun ada jugak rasa macamni even sekali pun. ni pun aku pertama kali lah ni. atau maybe orang lain marah takdir atau nasib. hem, tu aku taktahu. yang penting lebih kurang je kaaaaaaan..

aku marah pada diri sendiri lah kot. kenapa biarkan diri jadi macamni. mungkin? entah, aku banyak sangat buat dosa kan.

sampai kadang aku terfikir nak bunuh diri.

berdosa ke aku?

entah, kadang kadang aku pelik. kenapa orang biarkan je aku macamni? jangan sampai aku takpercaya Tuhan, na'udzubillahiminzaalik. aku rasa ni ujian utk aku. tentang akidah, kepercayaan dan kewujudan.

berdosa ke aku? berdosa ke aku bila macamni?

someone, mari jawap persoalan aku dengan hujjah yang bernas agar diri ini kembali kepadaNya.

akuperlukanjawapan,
Husna