Monday 23 August 2010

"Merindui 'Diri' ku" :'(

Gelojak hati kian pilu,
Mendesakku untuk berbuat sesuatu,
Aku yang semakin buntu,
Mencari kembali hala tuju..

Aku yang merindui diriku,
Dirantai besi hawa nafsu,
Dimana tempat harusku mengadu?

Siapa diriku, tidak ku kenali..
Bertopengkan nama dan juga personaliti,
Segala yang ada kini,
Bukan aku, BUKAN aku lagi !

Aku yang merindui diriku,
Dibelenggu kenangan satu persatu,
Aku keliru...
Keliru menjadi diriku.

Aku yang umpama lalang ditiup angin,
Jauh menyendiri bernada dingin..

Aku cuma mahu 'aku' !
Seperti dahulu,
Budinya, tingkah lakunya,
adab bicaranya, percakapannya..

Bagaimana harusku mencorak langkah?
Membuang apa yang salah,
Membuka baru sebuah risalah..

Aku yang merindui diriku,
Mencari jalan pulang ke Ilahi,
Beri aku sedikit waktu koreksi diri,
Agar suatu hari nanti,
inilah apa yang aku ingin kecapi,
Redha Ilahi yang ku dambai..

Doakan 'aku' ..

Khalidah Alhusna Kamilen,
24 Ogos 2010,
0107 pagi.

Saturday 14 August 2010

Ramadhan saya :)

salam :)

tup tap tup tap, Ramadhan Kareem menjelma.syukur alhamdulillah kerana kita masih dipertemukan di bulan mulia ini..semoga kita dapat menggunakan peluang yang berharga ini dengan sebaik mungkin.amalan-amalan yang dibuat tu biarlah yg baik2 sudahh..yg tak baik, tinggalkan..kan kan?

well, mestilah semua orang ada cerita masing2 di bulan mulia ni kan..begitu juga saya :)

hee, sebelum ni ramadhan penuh satu rumahh..riuh rendah lah.bak kata, 'Baiti Jannati'.yes, memang pun..idc pun rumah kami tak semegah mana, yang penting isi dalamnya hidup peeenuuh bahagiaa.tak gitu?sebab tak semua org dapat merasakannya..

nak dijadikan cerita, sebelum ramadhan itu hari kampung belah abi saya buatlah makan2 sikit sempena nak puasa la kan..campur dgn tahlil arwah atuk Marzoki jugak..memang seronok bila makan2 ni kan.nak2 lagi sy yg kuat makan ni.melantak abesla enn..*eh silap2.haha.

masa makan2 tu, nenek sy telah menempah 10 dulang Nasi Ambeng yg berharga RM50 sedulang..ini makanan khusus utk org jawa2 je..haha.makanan ni sgt sedap+puas.isi makanan ni?ada seekor ayam, bihun goreng, sambal jawa, nasi putih, ikan masin, serunding jawa dan ada lagii..tak berapa nak ingatlahh.cara pemakanan, semua mesti makan sama2 lah satu dulang..haha tak boleh nak tamak2 dalam kes ni.mana larat nak habiskan wo.inilah waktu kemuncak utk anda melantak..apa2hal, silalah cuba..bazaar ramadhan pun ada jual ni..tp ditmpt yg tertentu jelah..

SAYA BANGGA MENJADI SEBAHAGIAN ORANG JAWA APA.?!hee ;)

sedulang=RM50.berat laaaaaaa.banyak punyee.



inilah contoh nasi ambeng nyee.memang penuhla rumah isi benda ni.

first ramadhan, ummi saya masak sup tulang.sebelum puasa, ummi masak lala masak paprik..aiihh, mana la ank dara dia tak sihat kan??see, see airtangan ibu takde sape boleh tandingi taww..hoo :O

kalau yg bersup2 ni, yang gemarnya saya dan abi saya.haa, kami mmg sekepala lah boleh ckp cmtuu..



ini sapa2 tengok pun menjelir lidahhh ;p hehe


bila puasa ketiga, saya sempatlah jugak memasak utk seisi keluarga..simple, ikan bakar dengan sup sayur je..hee.biar simple, yg penting hasilnya tu memuaskan..kan?kan ada hadith yg menyebut tentang siapa yg menyediakan mknn utk org berbuka maka pahalanya sama seprti org yg berpuasa tanpa kurang sedikit punn..wah, siapa tanak kan.amalan2 kita ni hnya Allah je yg dpt tentukan..oleh itu, kumpul jelah sbyk mana pun :)

ramadhan keempat, saya dan keluarga berbuka dirumah nenek belah umi..org nogori punya masakan..aihh, ini lagilah mengganggu gugat iman..bila tlg nenek msk2, memang tk dapek den tahannyoo..hiuhh.podeh..kami masak sambal sotong, ikan baung masak lomak..mmg sedaplah mskn nenek.kasi kaw2 punyee..hidangan lain, sambal tempoyak ada, kailan ikan masin ada, mubatak=murtabak ada, badak berendam ada, buah melaka ada..haa, sodap.itu jolah den dapek kate.. :)


sambal sotong.*besar2lah bestkan..

kalau dulu, berbuka makan kat bawah je..ramai2 serbu makanan..barulah meriah.bersila sama-sama, tatap2 makanan lama2.skrg ni, hidang ats meja..yg ni pun sorg2 mkn kat tmpt lain.ada yg dpn tv lah, kat lantai ada..ha, bersepah2.kan lain tu?tadarus sama-samalah kan.. lepastu, mesti ada tugas.."aku kemas, kau hidang. aku masak, kau basuh''. sekarang :

huda : husna, aku skrg balik lmbt.study kat sekolah.kau balik awal tolonglah masak, hidang apa semua yeaa.

husna : yelaaaaahh, kau kemas+basuh semua pinggan wa mangkuk, wa cawan.haaa.

h&h : DEAL! :)

sampai sini sajalah celoteh saya.semoga Ramadhan kali ini dimanfaatkan dgn sebaik mungkin :)

dari saya,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Friday 13 August 2010

bila saya ..

bila saya tengok mata awak kawan,
saya rasa terharu bercampur baur sayang yang teramat sangat..

bila awak datang mengahampiri saya kawan,
saya rasa sangat dekatt...dgn awakk..tak dapat bayangkan kalau awak tinggalkan saya kawan..

bila saya makan dengan awak kawan,
saya suka sangat tatap wajah awak..berdua.
saya suka sangat bergelak ketawa dgn awak berdua kawan..seronokkan? :)

bila saya nak solat,
saya mesti nak cari awak berdua kawan..
sebab kalau tak, saya mesti rasa bersendirian..sayangg sangat kat kamu berdua kawan..

bila saya nak pergi mana mana,
saya nak berkepit dgn awak berdua kawan..sebab sy sangat memerlukan kamu berdua kawan..

bila saya sedih, saya mesti akan mengadu kat awak..
tak kisahla waktu apa pun..awak berdua mesti layani saya.cuba buat saya gembira..kan?

bila saya happy, awak berdua mest lagi happy..
kita mesti sama2 buat 'benda' kan..gelak sama sama..hanya kita kita je yang faham..kan?hee ;)

awak tahu tak kawan..
saya memang tak dapat nak berpisah dengan kamu berdua..
biar badai melanda, saya nak dengan awak berdua jugak...

memang saya tak tipu, saya kadang kadang cemburu pun ada tengok awak lebih mesra dgn org lain kan..tapi, sbb saya sayang awaklah saya diamkan je..sbb ape?
sebab awak berhak utk disayangi oleh org lain juga..

Thursday 5 August 2010

bukan kemahuan.

salam.

bismillah, alhamdulillah.

apa yg awak dah buat ni Husna?
awak tak boleh buat mcmni lagi.
bila lagi nak belajar berdikari?
semua benda nak kena tunjukk..
awak ingat awak tu siapa Husna??
ada kaki, tangan, mata, hati bergeraklah sendiri..

sampai bila nak mcmni?
satu hari nanti, awak tetap kena bergerak sendiri..
dah tade dah org nak bawak awakk.
awaklah yg kena pandu diri sendiri.
jgn bagi tersasarrr.bila serong sikit, cari org yg lebih berpengalaman..

sekarang, semua org dah berubah.
awak patut bersyukur dgn apa yg ada..

****************************

sy bukan nak bersifat kejam atau dingin dgn anda.
cuma bila jadi mcmni,
puncanya dtg drpd sy..
apa lagi sy boleh buat?
sy tak boleh biarkan org terluka dahhh..
semua sbb saya..

kenapa ye, org saje je nak sakitkan hati kita kan?
mula2, menghilang.
lepastu datang, menyindir..

sebenarnya,
bukan sy tak boleh buat baliklahh..!
boleh sangat jeee...
tp sbb rasa tak sampai hati,
saya tak buat okayy.
tapi, kalau nak rasa.
ha, meh la pakat sakitkan hati saya.
no hal, meh meh.

kot ye pun nak sakitkan hati org,
tapayah lah nak menunjuk sgtt..
kang, org buat balik baru tahu?
nanti kata sombong pulak kan..kan kan kan?

****************************************

apa lagi saya boleh cakap?
TERIMA KASIH untuk semua.
semoga Allah membalas jasa-jasa anda.
memang takkan terbalas oleh saya..

********************************

saya perlukan awak walaupun jauh mcne pun.
terima kasih masih menerima diri sy seadanya..
ku apa adanya?
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna.
maafkan saya.maafkan saya.

**************************************

yang baru beroleh nikmat drpd Allah,
moga anda tidak menggunakannya dgn menyakiti hati org lain..
mungkin kita tak sedar, tapi org dh byk sakit hati dgn anda.
sampai bila ingin jadi org yg dibenci?dikutuk?
ingat, apa yg anda sekarang tak akn dapat menjamin apa2 pada masa depan.
jangan takbur, bongkak, belagak , lupa diri, menghina.nauzdubillah.
semoaga Allah melindungi anda.

biarpun org ckp mcm2 tntg ada,
sy masih dpt menahan diri dari turut mengutuk.
cuma satu, jangan bangga dan terlalu inginkan pangkat atau nama.
semua tu hanya ujian semata dan bukan jaminan.
maka, bersiap sedialah dgn apa yg bakal dihadapi.

wallahu'alam.

sy memohon kemaafan daripada semua yang mengenali diri saya.mohon halalkan makan minum wang ringgit yang anda telah korbankan utk saya.hanya Allah yang mampu membalasnya.semoga Allah pertemukan di bulan Ramadhan.amiiinn..

yang benar,
Khalidah Alhusna Kamilen.