Saturday 23 January 2010

oh GIPAANGGgg?

salam :)

bismillahirrahmanirrahim.

okay, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia-Nya kita masih dipertemukan di laman sesawang ini.meskipun mata tidak bertentang mata, namun diharapkan agar hati sentiasa diikat Rab.

*permulaan yg agak skema.hehe.

apa itu GIPANG?
adakah nak kena pelempang?pap!
atau, tembak menembak?pang pang.*eh, betul kee?hehe
mungkin juga, cara menghalau sesuatu?
duh, mungkin husna merepek barangkali.

bila usia menjangkau 16 tahun ni, mungkin normallah dapat tanggungjawab dan beban yang baru.dann..semakin banyak.kan?kan?
yeah, tepat sekali.tolongla jgn cuba nak nafikan lagii.tolonglaa.

post kali ni, bukan nak kata pada sesiapa atau apa2.cuma mungkin ingin mengatakan sesuatu.
adilkah jika seseorang itu tidak berkeinginan utk memegang jawatan itu, tetapi disebabkan kepercayaan org terhadapnya, dia berani memikul dan dia digelar gila pangkat?
jgn sampai menjadi fitnah.kerana mulut badan binasa.

mgkin ada yg yg smpi 4, 5, 3 atau lebih dari tu yg dia pegang.tapi, betulkah dia tu gipang??
eh,eh.janganla nilai orang dari luaran.kalau dah tahu mata tu tak boleh nampak dalaman, tak payahla kan nak sok sek sana sini.kang free free je dpt sesuatu.tahu pulak marahkann.


tolong, jangan buat apa yang anda tak suka pada org lain.

sok sek bukan sikit je,
kalau boleh nak sampai makcik kantin ke, pak guard sekali tahu kan?
hal kecik pun, nak bising.
kalau nak sangat,
ya silakaan..nah ambil!
tahu pulak, "eh taknak laa.hehe"
ha'ah, byklaa.dahtu, jgnla sedap2 je ckp mcm2.
igt apa, org yg pikul tu tak tanggung apa2?
cuma dapat nama semata?dahla hati sakit, pening pulak tu perlu fikir macam2.
hei, memang silap lah sesiapa yg berfikiran cmtu.

okay, itu yg lain.ade pulak yg terbalik.
waduh2, ada juga yg mukanya ada tembok ya pak.haha.kok sampai begituk sekali.
terang benderang, memang gilakan pangkat.
haa, susah jugak tu kan?
tapi takpela, semangat dia tu lain.biarkan saja.
mulut tu kasi senyap sudahla, tak perlu nak bising tentang gipang.
tak boleh ke?

okay, itu saja mungkin.
pada mulut2 yang tidak ingat akan balasan Allah Azza Wajalla, anda dipersilakan utk berkata mcm2.tidak kisah dari bhs apakah yg anda ingin gunakan.sila, sila.jemput, jemput.inilah masanya anda utk bercakap apa yg terbuku dikalbu.jangan segan, janganlah malu.

akhir kata,
maafkan saya jika terlanjur kata, tersalah bicara, membuat sesiapa terasa atau barangkali saya ini sudah keterlaluan.kadang hati manusia itu cool and down.yeah.
koreksi diri, muhasabah peribadi.

nota tambahan=
kamus dewan : gipang ialah perkataan yg telah dipendekkan.pada asalnya ialah 'gila pangkat'(abehla kena marah dgn cgu wasitahhh.)

iman siapa yang tidak turun dan naik melainkan malaikat.

*utk pengetahuan seisi dunia, saya kini berada diambang kemalasan dalam menggunakan internet.nafsu semakin merudum sejak akhir-akhir ini gara-gara homework yg terlalu banyak dan masa study yg perlu dilebihkan.ini bermakna, saya semakin tidak aktif utk menaipkan sesuatu.tetapi, bukan juga bermaksud saya tidak menjengah laman ini.masih jengah okay.mana mana yg namanya tidak ada, hrp maaf dan bersabar.susah rasanya nak buat balik.hehe.(pdhl malass,)

terima kasih buat semua yg sentiasa menjenguk blog ini.teruskan selagi mahu :)

sekali sekala saya menaip,
Khalidah Alhusna Kamilen :)

Monday 11 January 2010

okay, repeat repeat.

salam :)

alhamdulillah, mata yg diberi amanah oleh Allah ini masih bisa melihat keindahan dan kekuasaan Ilahi Sang Pencipta.mulut yg dikurniakan masih lagi mampu utk membaca ayat2 suci Allah.terima kasih ya Allah.

rasa mcm dah lunyai blog ni.orang pun dah jemu menjenguk.asyik tidak ber'update' jee.hehe.tapi, memang itulah hakikatnya.kan?hem, tidak mengaaapa.memang manusia itu ada perasaan bosan, jemu, suka dan sebagainya.nak tak nak, kenala terima seadanya kan?hee.

takpelah, lunyai kejap je kott.haha.*yo yo o jee..
okay, okay.

seperti mana yg tahu, hari ni dah mula masuk sekolah.yeay??haha.
kadang rasa,
takut utk besar, sebab husna tahu.beban dan tanggungjawab semakin berat dan besar yg akn kita pikul.
kadang rasa,
makin besar ni, makin banyak ke amal yg dah buat?hem.fikirlah kembali kan?.
kadang rasa,
SAYA MASIH TAK BERSEDIAAA..

tapi, memang husna tahu.hidup mesti diteruskan.mesti!
jadi husna, awak kena kuat.awak mesti terus maju.awak mesti terus melangkah ke hadapan.okay?hem.


Ya Tuhan, pinjamkan aku pelangi.agar aku bisa melalui jalan yang berduri ini.

Ya Tuhan, jadikan aku cahaya.agar aku bisa menerangi yang lain.

Ya Tuhan, pinjamkan aku keinsafan.agar aku mengerti kehidupan.

Pinjamkan aku seketika…


kalau nak bicara tentang hati dan perasaan.semua orang ada.kan?tapi, yang pasti dlm setiap hati insan itu berbeza perasaannya.
kenapa mesti ade yang mempertikaikan sesuatu perkara seolah-olah dia tidak pernah berbuat jahat atau apa.
ya, itulah perasaan sebenarnya.perasaan ingin tahu.am i right?

saya sedar,
memang diri ini lemah.tak kuat.mudah jatuh.
justeru itu,
pimpinlah saya.bantulah saya.tolonglah saya.tegurlah saya.ingatilah saya.

kenapa tajuk repeat ek?haha.takde, ustaz Ayub ckp itu je dlm kelas bhs arab tgi tadi.jadi memang rasa teringat jee.
masa lunch, kawan tanya : "khalidah, balik pukul bape harini?"
jawapannya : "lambat kot, kau?"
next answer : "oow, aku pun sama.balik lambat jugak.."
jadi, secara tak sengaja : "hem, harini aku balik naik van."
terkejut : "ape?van?kenapa kau naik van pulakkk.."
jawaplah lagi kan : "mak aku suruhh.aku naik dgn adik2 aku, wa kakak akuu.."

okay, fine.mereka bantai gelaaaaaaakkkkkkkk...!!
ceh, kurang asam je rasee..mereka kata, "laah, rumah kau dkt jeee.sebelah IIS je punn.mcmlah jauh sgtt.."hahaha :D*saya anak maaak laa..ikut ckp maaakk..hahaha.tapi, mmg mereka gelak habis2an.tapi kenapa?ahha.

baiklah, satu lagi yg saya dapat belajar hari ni.
agak sedih wa terkilan, kerana setelah 3 tahun kelas saaammaa.tapi, hari ni segalanya berubahh..
kami tidak lagi bersaaamaa..hem, yaaa.tidak mengapa, mesti kuatkan khalidah?okay okay.*saya kuat kalau anda bersama.aceyh.


Mana milik kita?

Mana ada milik kitaa..

Semua yg ada Allah yang punya..

Tidak ada kita punya, kita hnya mengusahakannyaa..

yang hilang berganti, yang patah tumbuh kembali.baiklaah..terimalah hakikat ituu.

saya kuarang pasti apa motif saya post kali ini.tapi, sejujurnya memang rindukan laman blog ni.oleh itu, saya memohon maaf jika anda tidak mendapat sebarang apa apa ibroh atau apa yg seangkatan dgnnya.saya cuma manusia biasa, sama seperti anda.mungkin harini gelas saya kosong, maka isilah yea.perasaan sangat bercampur baur sekarang ni.sedang menyiapkan diri.*lambatkan?haha.pedulikaaaaann.

so, goodluck semua.untuk apa yg anda lakukan.may Allah bless ;)

macam-macam rasa,
Khalidah Alhusna Kamilen.

Sunday 3 January 2010

Nothing

Salam :)

In the Name of Allah, Most Beneficient Most Merciful.

Alhamdulillah, saya masih mampu untuk memicit butang-butang huruf di papan kekunci murah ini walau tidak lama dan walaupun di dalam keadaan badan yang tidak berapa nak sihat ini. terima Kasih ya Allah di atas segala jenis gas yang Kau cipta yg membuatkan aku terus bernafas hingga ke hari ini.

Tahun 2010 baru saja menjelang sejurus meninggalkan 2009 yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kenangan sama ada yg Semanis madu mahupun Sepahit asap rokok Malboro (?) segala Azam yg ditanam subur harapnya terlaksana sehabis baik insyaAllah . maaf buat semua peminat blog saya yang tidak seberapa ini kerana menghilangkan diri dan tidak dpt update blog di atas situasi kenteteraman otak yang kurang berfungsi dengan lancar. post kali ini pun tidak mampu ditaip panjang kerana jari pun sudah serupa henfon punya vibrate bergetar. maaf, disebabkan masalah kesihatan yg menjadi-jadi ini ,saya jadi tak berapa nak betul sgt. maaf juga diatas segala kekurangan di post ini, segala yg Baik datang dari Allah dan setiap yg buruk datang dari saya, insan yg penuh dengan kelemahan.

yang kurang sihat menaip penuh keterpaksaan,
Khalidah Alhusna Kamilen :(