Friday 20 February 2009

.aku DILEMA BIRU dan HITAM.

segala kesyukuran dipanjatkan bg Allah, Tuhan semesta alam yg telah memberikan Husna secebis lagi harapan utk terus hidup dimuka bumi Allah yg tiada tolok bandingnya..
segala puji-pujian hanya layak diberikan untukMU Sang Pencipta cinta kepada seluruh insan..
beribu-ribu keampunan dimohon drpdMU ya Allah, diatas segala kekhilafan dan kealpaan ku utk menuruti perintahMU..sesungguhnya, Kau sajalah Yg Maha Pengampun lg Maha Mengasihi..kepada Engkau sajalah tempat aku berlindung dri gangguan syaitan yg direjam..

bismillahirrahmanirrahim, penghulu segala bicara..

berbalik kpd topik yg ditulis diatas,
AKU DILEMA BIRU dan HITAM..
ade maksudnya tersendiri..Husna mmg betul2 dilema..ergh..payah betul bila dilema nie,,bukn dilamar ekkkk..yekk..mcmlah ade yg nk..(maen2 jelah)eish, fokus pd tajuk..lihat dibawah seterusnya,.

DILEMA BIRU

sebenarnya takdalah rumit sgt bg org yg mcm pro utk tangani ni semua kott..sebb dh ada pglmn dulu2kan..jadi mereka mgkin xmerasa apa2 sgt..bukannya apa, skrg tudg warna dh berbeza,(bukn nk bngga,baca jelah.kecohh pulak)jadi kdg tu, kita sndiri automatik jd berbeza..kdg terasa, kita ni akn diperhatikan oleh org lain, tgk apa keslhn yg kita buat..asyik carii keslhn jelah xhenti2, bia biru dihentam abis2an..ingat biru tu apa?malaikat apa xbuat slh lgsg..

then, kdg kita nk rush kejar sesuatu benda,,smpi tercicir nk bg salam pd biru yg laen..fuh, kita dianggap lupa diri pulakk, bangga lah apalah yg sewaktu dgnnya..apa semua ni..cubalah berfikiran positif sikit..
kalau xbg salam pd putih lglah dahsyat,! nati dianggap biru hipokritlah, belagaklah, bajetlah apelah..!macam2lah! apa ja biru boleh buat? dia pun mcm mereka, tak sempurna..jd, apalah slhnya putih pulak bg salam..kan3? apa dpt dosa kah?laenlah kalau kutuk biru, ha itu baru buat dosa..

paling ketara, salahkah biru berkawan dgn putih??serupa mcm BN ke warnanya?perlu ke kelompok biru?bila dh biru je, kata xbergaul dgn putih?jahat kah biru tuh/putih?bila putih buat slh papa, yg ditengok tu biru jelaaahhhh! x abis2 nk slhkn org laen,,yg dipndg hina, biru jugak,,.apalah nasib biru2 nie..geli sgt kah biru?jelik sgtkah?
tahukah anda biru itu mggalas satu tugas dn amanah yg berat?apalah slhnya saling membantu?dpat benefit bukan biru ja, putih sekali...aih,,xpahamlah apa persepsi org trhdp biru nie,.macam fikiran yg paling kolot pernah aku tengokkk..


DILEMA HITAM

pertamanya, spect ni..aihh..plg best tu, first2 masuk sekolah..ada pulak bnin kata,"woi, pgws mana bleh pakai spect hitam kat sekolah!"ambooooooooooooooiiii2....sedap2 je mulut tu nk lemparkan mcm2 ye..nk kene cili ke?ha, pilih cili boh atau cili padi?eish...ingat org apa?gatai2 pakai spect mcm tu..bukn utk apapun, mengubati penyakit je..itupun mslh..
paling best, "bila anti tuka cermin hitam nie?bukn td putih ke?boleh bawak eh?"eh3...ingat org ahli silap mata ke nk tuka2 cermin...lagi syok, masa jalan desa(xrentaslah, jalan je)smpai di stu checkpoint tu..cg baru kata"banat pinjam spect, bestla!"heehee..mmg best pon cg! paling xdpt dilupakan, masa main bola tampar..bola sampai, tgk2 tersasar..cg alfatah tanya, "anti nampak tak Khalidah?"aduhhh...saya nampak semuanya..jelas dongg!kadang, kwn usik.."khalidah, panasla! nak spect?!"amboi, abeh aku xpanas la?ehhe;) Husna sendiri tak perasan ianya berubah..rasa mcm biasa je..

keduanya, kucing!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Husna dahlah takut kucing! ferghhhh,,,tengok2 kat rumah nie makin beranak pinak pulak kucing hitam nie! sana sini kucing hitam! menakutkan tahu x?dahla suke ikut org..mengempel je keje nya dekat org..xleh ke org lain?nak jugak Husna..takut tahu x..kdg tu, smpai terpijak ekor dia..kesian..tuhla, org suruh g tmpt lain xnk! kan dh kena xpasal2..minta maaf ya..

paling2 tak kan dilupakan,
dulu, masa cute2 dulu..terlihat seekor kucing berwarna hitam..boleh kata comel lah jugak...sedang elok2 perhatikan kucing tu, tiba2 je! kucing tu berubah bentuk berubah menjadi **n/******n,,fuhhh,, terkencinglah masa tu..siapa xcuak tiba2 menjadi stu rupa yg aneh!?mmg xdpt dilupakan...sebab haritu, sampai kini Husna takut kucing..terutamanya kucing hitam! ingat, kucing hitam tu kdg2 bukn kucing taw, 'benda' sebenanye..sebut Allahuakbar3x,kalau ia xg..hem..gamatla...

secara konklusinya, Husna dilema HITAM dn BIRU..ahha..

p/s;jgn sesekali bg kucing kat Husna, mmg tercampak hayunlah kucing tu..jd, klau rasa xnk buat dosa, baik jgn kasi..

Sunday 15 February 2009

sungguh! ini benar! bacalah! tak rugi!

[Bukti kebenaran Al-Quran. Fenomena ini telah disebut dalam Quran 1400 tahun dahulu dan 1999/2000 tahun gambar itu diambil oleh NASA.]


* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500
tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066..


* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065....


* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...


* Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan
bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah kalian kira sendiri...



p/s;tolong jangan sampai disini sahaja..sebar2kanlah apa yg baik..agar mana yg terleka,alpa..terus kembali pd yg Esa..ini benar2 belaka..sebabnya, terdapat hadith yg sahih..kita sbg umat islam, ada dua pegangankan?iaitu Al-Qur'an dn hadith..namun, hari akhirat itu, Allah sahaja yg tahu...sebb tu kena beramalkan?jadi..teruskan beramal ya!beringat2 sikit...

gadis yang terlampau-lampau!!

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
nasihat orang tua itu. Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada
di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis
yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri... Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

p/s;lihatlah, buka mata, buka hati, koreksi diri! inilah gadis zaman sekarang sebenanya..apa yg kita tahu??apa?suka ria je kejee kan?subhanallah..dimana kita sekarang nie?benarkah kita mahu menempah bilik dineraka?na'uzubillah..Allah itu Maha Berkuasa diatas segala ciptaanNya..jgn diperlekehkan segala apa yg ada dimuka bumi Allah ini..kita siapa??kembalilah...pd si jejaka, jagala pandangan liarmu..pada semua, hormatilah warga tua..kelak, kita akan dibalas seperti itu juga..

p/s;semua ni utk husna dan semua juga,,tidak kira apa jantinanya..semoga kita, para GADIS sekalian tdak seperti diatas, insyaAllah..

Friday 13 February 2009

nampak tak itu benda??

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, segala pujian hanya untukNYA..selawat buat junjungan, Nabi Muhd S.A.W..moga ku diberi syafa'at oleh baginda..yang dikasihi lagi termimpi-mimpi, ahli keluarga tercinta,..yang dikasihi, rakan taulan yg sntiasa disisi ini..salam sejahtera diucapkan pada semua...(ceh, ayt apa ini?)


dupdapdupdap..alhamdulillah, aku masih betah utk berdiri lagi hari ini..namun, seperti kurg daya tahan..tidak mengapa, inspirasi ku ttp ada..aku berjalan meniti hari yg tdak seberapa malam..dgn titis2 hujan yg tidak terlalu lebat..baju yg menutupi tubuh badanku terus menerus dibasahi embun atas..ah, aku pedulikan itu semua..perjalanan tetap dn harus diteruskan juga!

setelah kaki lenguh berjalan laju, aku memperlahankan rentak kaki ku..disaat mata ku meliar melihat tumbuh-tumbuhan..YA ALLAH!! APA ITU? BENDA APA TU? KENAPA DIA RENUNG AKU??!! AKU TAKUT, YA ALLAH!! MATA DIA! BENTUK DIA! YA ALLAH....!!LINDUNGILAH AKU...
(kawan, kamu nampak tak itu?'mana?'alaaaaa....tulaa...'tak nampak ape2 pun..mane ade pape..')

Ya Tuhan,
Demi Allah, bersaksikan awan langit membiru yg dipenuhi kejora..aku nampak benda tu!!
siapa aku utk menipu, ya Allah..?

sejurus dgn kejadian itu, daya tahan badan aku tdak mampu lagi utk bertahan..aku rebah utk beberapa hari selepasnya...

kenapa ya Allah??
kenapa hijab aku dibuka utk sekian lama..?telah 8 tahun aku mengalami benda yg sama setiap hari..setiaaap hari!!!!

sewaktu dikem hari itu,,ya, aku mmg penakut!tapi, kamu nampak tak apa yg ada dipagar?nampak tak apa yg ada dikubur?nampak tak apa yg ada dicelah pohon itu?nampak tak apa yg ada dibwh pkok itu?nampak tak apa yg melayang2 itu??nampak tak apa yg ada disebelah kamu itu?atas kamu itu?belakang kamu itu??kamu nampak tak???!!

apa yg bisa aku lakukan,?aku terus kaku dimakan ketakutan..sudah jelas sekali,uji cekap tak kan bisa ku gapai...ahhhhh...apa yg kamu tawu?aku lebih arif tntg diri aku..fikir aku menipu??siapa yg tanggung??

aku!aku!aku!!semua aku!

kenapa ya Allah....??

lantas, aku bertanyakan kejora..kenapa hanya aku?bilakah masa hijab ini akan ditutup..?makhluk2 itu, terlalu gerun utk aku menghadapinya..

pasti ada hikmah disebalik semua ini..itu aku pasti!kesabaran dan kecekalan yg bisa menemani ku disetiap perjalanan hari ku..semoga aku bisa menghadapi hari2 yg bakal mendatang ini,ya Allah..aamin..

p/s;boleh jadi aku itu adalah husna..boleh jadi juga bukan..so, fikir2kan,..